5 Cara supaya Impian hidup anda tercapai! Perlu perbaharui setiap tahun.

 Bila bercakap mengenai impian hidup. Mesti kalian pun memiliki dalam kehidupan. Tipu jika tiada satu pun dalam senarai hidup kan? Ini termasuklah saya sendiri. Ingat roadtax je ke perlu perbaharui? impian hidup pun, saya akan perbaharui setiap tahun bagi merealisasikan sesuatu yang saya inginkan perubahan terhadap  kehidupan dan diri sendiri. Dalam artikel ini saya kongsikan mengenai 101 Impian hidup, bagaimana cara mencapai dalam kehidupan agar ia menjadi kenyataan. 

 

 


 
impian-hidup

 
 
 

Saya percaya dengan mempunyai  Impian hidup, diri dan kehidupan kita akan berubah 360 darjah secara keseluruhannya. Tapi bagaimana mahu bermula ya?

 

Niat mesti jelas

Pastikan kalian mempunyai niat yang jelas mahu berubah. Tanya diri, adakah mahu berubah kerana apa? untuk keluar dari kemelut hidup yang susah? mahu merubah ke jalan allah? jika berubah ke jalan allah, sila cari ilmu. Dengar ceramah agama daripada ustaz dan ustazah yang berautoriti. Sebagai contoh, dengar kuliah daripada Ustazah Asma Harun setiap pagi, bermula dengan zikir pagi. 

 

Senaraikan impian hidup seberapa banyak

Pastikan kalian senaraikan 100 impian hidup yang mahu dicapai sepanjang tahun itu sahaja. Sebelum menulisnya, pastikan kalian faham mengenai maksudnya . 

Definisi impian ialah angan-angan, khayalan, atau cita-cita yang di inginkan.

Sebagai contoh kalian menyenaraikan impian hidup begini :


1. Mesti dan pasti menjadi anak yang soleh.

2. Mesti dan pasti beri duit bulanan kepada ibu ayah sebanyak RM 200 setiap seorang 

3. Mesti dan pasti mempunyai simpanan RM 10,000 sebelum akhir bulan September 2023. 

dan senaraikan seterusnya, lagi banyak lagi bagus. Sebab itu saya panggil 101 Impian hidup. Ehem! kat atas tu, bukan impian saya tau. Sebab apabila menulis impian kita kena senyap sahaja, jangan pergi canang sana-sini. Sebab dalam islam pun dah cakap, impian kita sendiri simpan. Nak canang buat apa kan? silap-silap tak makbul. 

 

Tulis impian hidup dengan mempunyai deadline 

 

Kadang-kadang tu, apa yang membuatkan impian kita tak makbul bukan sebab apa pun. Kita terlupa bahawa, dalam setiap impian perlu masukkan tarikh yang jelas untuk capai. 

Sebagai contoh :


Abu nak kumpul duit kahwin, setiap bulan. Tetapi dia lupa mahu meletakkan tarikh bila dia nak capai jumlah RM 20,000. 

 

Cara betul menulis impian ialah :



Mesti dan pasti duit kahwin RM 20,000 pada bulan 20 June 2023. 


Lihat setiap hari Impian hidup

 

Yang ini pun ramai tidak tahu. Bukan setakat menulis sahaja impian hidup dan seterusnya menunggu sambil goyang kaki dan tunggu ianya berlaku dan makbul setiap impian itu. Salah ya!

 

Kita perlu melihatnya setiap hari iaitu sebelum tidur dan awal pagi. Jika catat dalam buku diari, buka lah setiap hari baca dan lihat.

 

Kerana otak akan menghantar signal untuk bertindak supaya cari jalan untuk mencapainya.   Tambah lagi, sebelum tidur. Kita berada dalam keadaan dimana minda separa sedar  sedang diaktifkan iaitu :

 

Minda separa sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Selain itu, minda separa sedar berupaya merekodkan segala pengalaman kita seumur hidup. Para saintis percaya setiap kejadian yang terperinci disimpan dan direkodkan dalam minda separa sedar. 

Minda separa sedar merakamkan setiap peristiwa yang berlaku seperti kamera atau program komputer. Ia melibatkan seluruh aktiviti kehidupan termasuk emosi, tabiat, hubungan dengan orang lain, kewangan, kesihatan dan berat badan.

Minda separa sedar juga adalah sumber cita-cita dan aspirasi serta mendorong sikap berperikemanusiaan. Fikiran, kepercayaan, pendapat dan dogma yang terpahat pada minda separa sedar, dapat kita rasa dan alami. 

Apa yang kita catat dan fikir dengan penuh perasaan, dialami secara fizikal. Ini disebabkan oleh minda separa sedar yang tidak memperdebatkan perkara yang dimasukkan tetapi menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak

Sumber : Master trance akademi

“Imaginasi itu lebih penting daripada pengetahuan
– Albert einstein

 

Minda bawah sedar pula :  

Minda  menerima sebuah informasi, proses selanjutnya akan berlaku iaitu menukarkannya kepada tindakan atau sikap. Bukankah kata-kata itu DOA?

 

Cara lain untuk jadi orang berjaya adalah dengan menggunakan teknik  pembangunan diri lain

 

Bersyukur

Setiap hari lahirkan rasa syukur dengan cara menulis diatas buku catatan. Sebaiknya dilakukan pada awal pagi, sejurus selepas bangun dari tidur. Bukankah setiap pagi kita perlu bersyukur terlebih dahulu sebelum memulakan hari yang lebih baik? tulis apa yang sudah berlaku sahaja. 

Sebagai contoh :

 

 Alhamdulillah, syukur ya allah. Hari ini dapat close job bernilai RM   XX.XX . 

 Alhamdulillah, syukur ya allah. Pagi ini, seluruh keluargaku sihat sejahtera. 

 Alhamdulillah, syukur ya allah. Pagi ini dapat baca surah al-waqiah. 

 

Setiap apa yang kita syukuri, allah akan menambah lagi nikmat kita di kemudian hari. 

 


Akhir kata, proses akan menjadi mudah jika kalian lakukan dengan konsisten dan yakin dengan 5 cara mencapai impian hidup mengikut kaedah seperti dibincangkan. Justeru itu, saya menyeru setiap individu wajar memiliki impian tersendiri. Dengan memiliknya juga, bantu kalian menjadi seorang yakin diri dan lebih berjaya dalam kehidupan.



Catat Ulasan

0 Ulasan