Pengalaman bersama anak-anak dan suami pergi ke Zoo Negara. Ikutkan saya tidak mahu pergi ke Zoo Negara, apabila memikirkan harga tiket masuk ke Zoo Negara yang agak mahal bagi saya yang kurang berkemampuan. Namun lain pula jadinya, semuanya tiada dalam perancangan pun staycation kami selama 2 hari 1 malam di Shah Alam tempoh hari.
Masa anak 3, kami dah pernah pergi melawat kilang coklat di Seri Kembangan.
Zoo Negara, kami datang!
Semuanya bukan dalam perancangan sebenarnya. Tiba-tiba suami buka waze di skrin dashcam kereta. Katanya lagi suami.
"Sara, Soffea dan Furqan. Nak pergi tak Zoo Negara? ada yang pergi tak ni?"
"Abang ada duit ke ni? risau betul dengan abang ni. 2 minggu lagi kita nak ke Johor pula." Sampuk saya, sambil mengingatkan suami yang tengah gembira memandu.
"Insya allah. Dah alang-alang kita berada di Selangor ni, kita cipta memori anak-anak. Duit kita boleh cari nanti."
"Lah, terlajak pula jalan masuk ke Zoo Negara ni ayang. Tapi takpe, kita cuba cari jalan belakang ni." Ujar suami lagi. Tapi sebenarnya bukan anak-anak yang teruja tau, suami. Sehingga boleh terlepas dari jalan masuk asal.
"Okay abang. Ayang ikutkan jer."
Lebih kurang 15 minit kami mencari jalan masuk ke Zoo Negara melalui jalan belakang. Kami telah menjumpai, kebetulan ada RELA yang jaga parking. RELA menyuruh kami memasuki pintu B iaitu yang terletak di belakang.
Sungguh sesak pada 2 hari sebelum cuti persekolah tamat. Kiri dan kanan bahu jalan dipenuhi kereta. Suami memilih dengan membayar parking yang dkenakan RM 10.00.
Harga tiket masuk ke Zoo Negara
Masa masuk, kami tidak terfikirkan pun mengenai harga tiket. Langsung tidak terfikir berapa harganya. Jika terlampau mahal, kami patah balik kot. Haha. Kemudian, tiba di kaunter suami terus bertanyakan harga tiket dewasa dan kanak-kanak.
Harga tiket dewasa = Rm 45.00
Harga tiket kanak-kanak = Rm 18.00
Kaunter dibuka ketika itu adalah 2. Iaitu bayaran secara online dan bayaran tunai. Kebetulan suami tiada tunai, kami pergi ke kaunter sebelah untuk membayar secara online. Selesai!
Kami dewasa 2 orang dan 3 orang kanak-kanak. Yusuf diberi masuk secara PERCUMA, sebab bawah umur 3 tahun. Kos tiket bagi kami seisi keluarga adalah sebanyak RM 144.00
Tengah hari membahang
Jika diikutkan, saya malas nak masuk ke Zoo Negara waktu tengah hari ni, dengan cuaca panas di Selangor. Demi anak-anak, kami turutkan jua.
Sambil berjalan beberapa meter dari pintu masuk. Ada pula kedai menjual cenderahati. Dalam kedai ini, selain menjual cenderahati, turut dijual payung dan topi-topi. Huhuhuh. Kat sini, mak ayah memang kena standby duit.
Kami pergi pun secara tanpa dirancang ke Zoo Negara. Maka, dalam kereta kami pun tiada payung. Entah lah, anak-anak ke siapa yang pergi keluarkan payung yang sedia ada dalam kereta tu.
Berbalik kepada cerita, anak-anak dah mula minta topi seorang satu. Dan, setiap topi bermula dengan harga RM 24.90. Yang cerdiknya, dengan mama juga mereka minta. Takpelah, niatkan sahaja untuk anak-anak agar ada rezeki lain yang masuk pula.
Jadi, saya mengambil hanya 2 topi sahaja. Untuk 2 orang anak dara iaitu Soffea dan Sara. Memandangkan 2 orang anak lelaki sudah ada topi yang mereka bawa dari rumah.
Bila mempunyai anak perempuan, pandai betul mereka 'kecek' duit mama. Saya juga membeli sekaki payung yang berharga RM 26.90. Masuk kedai cenderahati berhabis RM 76.70.
4 jam kami berada dalam Zoo, berbaloi dengan tiket masuk dan harga.
Sepanjang berada di dalam, kami berada selama 4 jam. Itu pun Soffea dah merungut. Katanya dah tak larat nak meronda lagi dalam Zoo. Seingat saya, dia jer yang mengenakan selipar untuk masuk ke dalam Zoo. Anak-anak yang lain mengenakan kasut sukan, termasuklah saya.
Bagi saya, amat berpuas hati pergi ke Zoo Negara. Ini adalah kerana menjimatkan masa dan duit kami. Boleh bermain dengan burung Kakak Tua secara dekat, rabbit, kambing,ayam dan lain-lain. Juga boleh berikan makanan.
Sebenarnya kami bercadang mahu pergi ke Zoo Melaka pada percutian Raya Cina ini, tetapi nampaknya Zoo Negara lebih berbaloi kerana semua haiwan liar dan haiwan lain-lain disatukan dalam 1 tempat sahaja.
Berbeza dengan Zoo Melaka, kena pergi banyak tempat selain dari tempat dinyatakan seperti taman rama-rama, taman buaya dan taman lebah.
Pulang terus ke Kuantan
Selepas 4 jam kami berada di Zoo Negara. Suami segera bertolak terus ke Kuantan. Ikutkan, nak jer mandi bersihkan badan dahulu sebelum balik check in mana-mana hotel untuk mandi. Namun, suami sudah berbunyi. Katanya lambat sampai, lagipun esok dah hari bersekolah.
Maka, berlengas lah sedikit kami ni. Ikutkan memang tak selesa. Semuanya tidak dirancang oleh kami sebenarnya, jika tahu hari pertama berada di Shah Alam bertolak awal pagi terus ke Zoo.
Katanya Sara, minda Yusuf ( bongsu ) terbuka selepas pergi ke Zoo Negara! banyak dia bercakap selepas pulang.
Baca artikel lain : Percutian Tragis kami
Percutian singkat kami berbaloi, dapat pergi ke Zoo Negara. Walaupun wishlist ni dah lama, dari anak 2 lagi. Rezeki anak ke-4, barulah sampai. Apa pun, perbelanjaan kami sebanyak RM 1,353.00 sepanjang berada di Concorde, Shah Alam dan juga jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Meliputi tiket masuk ke Zoo Negara dan perbelanjaan makan,minum, petrol, tol dan menginap. Berkongsi bayar kami berdua selama 2 hari 1 malam.
1 Ulasan
Menariknya.. bagus lah aktiviti macam ni. Minda anak pun terbuka.
BalasPadam