Menjadi seorang ghostwriter bukanlah mudah. Namun, jika kalian tahu membawa diri untuk kembangkan karier ghostwriter ianya boleh menjadi mudah sahaja. Apa pun, dah nama pun ghostwriter iaitu penulis upahan. Penulis pun melakukan bisnes, cuma ia menawarkan servis penulisan sahaja. Produk digital dalam bentuk tulisan. Apabila melibatkan proses bisnes, bermaksud adalah proses yang perlu dilalui. Tetapi dalam artikel ini saya nak kongsikan bagaimana mahu kembangkan karier sebagai Ghostwriter ini.
strategi kembangkan karier sebagai ghostwriter |
Kalian boleh jer bermula di mana-mana platform. Asalkan kalian selesa menulis dan platform tersebut mudah diakses.
1. Blog
Platform yang menarik untuk kalian melatih menulis. Saya syorkan kalian gunakan blogspot sahaja untuk menulis.
Jika kalian sudah mahir, boleh buka satu lagi blog Wordpress sebagai sokongan lain untuk kemahiran menulis ala website.
Saya pun bermula daripada blogspot. Blog dibuka pada tahun 2016. Masa tu memang tunggang langgang penulisan.
Menulis setiap hari, menjadikan penulisan kita tidak kaku. Jadi mudah mahu sesuaikan penulisan di website nanti.
Jika blog kalian sudah lama berada di Google, maka boleh menerima apa-apa sponsored post dan buat review secara bertulis di blog.
Boleh belajar 7 tips review produk di blog.
2. Facebook
Saya percaya, Facebook ni pun kekuatan dia masih ada.
Cuma penulisan jika boleh ditulis dengan gaya santai supaya semua golongan faham isi kandungan kalian.
Tambahan lagi, pengguna media sosial ni ada pelbagai lapisan umur dan taraf pendidikan. Tulis je yang ringkas.
Mudah dibaca oleh audiens dan hadam seterusnya pembaca boleh bertindak membuat keputusan.
Hasil aktif menulis di facebook, penulis akan menerima prospek yang berpotensi untuk menjadi klien. Jadi, tidak rugi menulis di facebook. Ini lah salah satu strategi ghostwriter yang boleh digunakan sehingga kini.
strategi ghostwriter |
3. Lain-lain platform
Kalian boleh bina konten berbentuk penulisan, selain blog dan di Facebook.
Mungkin di Instagram, TikTok dan Linkedin.
Boleh cuba juga bina konten berbentuk video di TikTok dan Instagram.
Ghostwriter penulis artikel
Saya pernah menerima aduan daripada seorang klien. Sekarang klien tersebut sudah menjadi loyal klien saya.
Klien adalah niche fesyen, entah bagaimana penulis yang diupah menulis dalam bahasa 'sastera' katanya klien. Maksudnya Bahasa Malaysia aras tinggi. Klien tersebut kecewa dengan hasil penulis tersebut. Kecewa klien tu, sehinggakan dia tunjukkan barisan ayat yang ditulis oleh penulis tersebut.
Apa yang saya lihat, penulis tersebut mempunyai 3 kesalahan iaitu :
Artikel tiada sasaran ( target )
Sepatutnya, sebagai seorang penulis perlu tahu artikel tersebut mahu ditujukan kepada siapa sebagai sasaran.
Sebagai contoh :
Klien jual produk jubah remaja, takkan nak tulis dalam artikel tersebut sesuai untuk orang yang sudah berkahwin. Fikir logik akal juga.
Sebetulnya, menulis artikel tersebut hanya fokus sahaja remaja. Tidak perlu bercampur.
Warna pilihan
Apabila menulis artikel fesyen. Pastikan warna-warna tersebut hanya bersesuaian dengan sasaran sahaja.
Sebagai contoh : Klien menjual tudung uniform penjawat awam.
Warna tudung tersebut tidak boleh dipilih. Takkan jawatan jururawat boleh pilih warna hitam dan lain-lain warna pula.
Fungsi warna
Menulis warna tudung pula, penulis perlu lakukan sedikit kajian dahulu. Kita tidak boleh menulis sembarangan.
Sebagai contoh :
Artikel yang ditulis oleh penulis tersebut. "Warna hitam adalah warna untuk mengelakkan dari sihir."
Jika klien menjual tudung sekolah dan tudung penjawat awam, mana boleh menulis dengan cara tersebut.
Saya selaku penulis upahan pun rasa terkejut dengan penulisan macam tu. Katanya klien, beliau tetap membayar atas usaha penulis.
Cuma klien merasa kecewa dengan penulis terbabit. Demi menjaga reputasi syarikat, beliau tidak menyiarkan artikel tersebut.
Mahu jadi ghostwriter yang selalu menjadi pilihan klien? sila rangka strategi kalian. Pastikan mempunyai 'roadmap' sebagai ghostwriter. Jika tidak mahir menulis, latih terlebih dahulu menulis dalam blog. Menulis setiap hari, supaya penulisan tidak menjadi kaku..
Kesimpulannya ;
Justeru, seimbangkan dengan konten bertulis. Sebab kalian mahu jadi ghostwriter kan?
Apabila lama tidak menulis, saya percaya minda kita akan rasa kosong.
Atau rasa janggal mahu menulisnya. Dan idea kita terhad untuk hasilkan idea baharu.
Lagi
satu, jangan menulis ikut orang. Tanya diri kembali, menulis sebab apa?
Adakah mengejar Ghostwriting job semata-mata? atau menulis untuk
memberi solusi kepada audiens.
Jangan juga terlalu ikutkan format sangat. Akhirnya, diri terikat. Maka, tiada satu pun konten yang dihasilkan oleh kalian.
Ingat! Jika kita banyak memberi manfaat kepada audiens. Tak mustahil, Allah pun akan membalas perkara yang sama.
Hmm. Pendapat kalian pula bagaimana? rasanya cukup sahaja kupasan saya mengenai strategi cara bagaimana mahu menjadi Ghostwriter dan kembangkan karier.
Belajar strategi Personal Branding sebagai ghostwriter.
Ikuti saya di SEO Ghostwriter Malaysia
Jangan lupa ikuti saya di facebook : Nor Azlina Mohd Ali
0 Ulasan