Rawatan Dermaplaning dan Dragon Blood bagi masalah Jeragat Muka

Tercapai hasrat untuk tenangkan diri dengan pergi ke C  Manja Spa di Kuantan setelah burn out dengan kerja ghostwriting. Nak dapatkan rawatan jeragat muka ni. 

 

 

jeragat-muka-freckles
jeragat muka, rawatan dengan Dermaplaning

 

 

Spa dipercayai 

Oleh sebab, keberkesanan selepas melakukan rawatan di Spa tersebut. Jadi, saya terus setia dengan C Manja Spa. Kesannya tidak sampai seminggu sudah menampakkan hasilnya, kalian boleh tengok di hasil melakukan rawatan keatas muka. 

Saya ni, cerewet lah sikit. Sebab sebelum ni pun dah banyak laburkan duit ke spa tetapi hasil mengecewakan. 

 

 

 

 

jeragat-muka-freckles
kagum sebentar, apabila melihat banyak sijil treatment yang diperolehi C Manja Spa

 

Dari sudut pandangan saya, selaku pelanggan spa. C Manja ni berlainan sedikit. Boleh dipercayai. Selain hasil selepas mendapatkan servis di spa, saya juga suka melihat sijil-sijil yang mereka perolehi.

Dan, ternyata mereka mempunyai sijil setiap rawatan yang ada disediakan. Jadi, saya tidak lah ragu-ragu bagi mendapatkan servis daripada mereka. 

Yer lah, muka kita kot. Kalau tiada sijil. Bahaya lah, kemungkinan besar mereka tidak pakar dalam sesi rawatan tersebut. Kan ada kes, kecoh spa mana entah lah yang kulit terbakar dan melecur. Tapi bukanlah spa yang saya tuliskan artikel ini.

 

Rawatan jeragat jenis freckles

Muka saya ni memang mempunyai jeragat. Setiap kali datang ke spa, memang suka bertanyakan jenis jeragat yang saya miliki sejak berumur 25 tahun. Katanya beautician kak Yuna, jenis jeragat di muka saya adalah jenis freckles. 

Bukanlah jeragat yang jenis sukar dibuang. Jenis saya yang jenis bertitik di muka. Ia berwarna coklat kehitaman bersaiz duit sepuluh sen.

 

Punca terjadi jeragat muka

Punca terjadinya jeragat muka, sebab saya sewaktu zaman anak dara (  18 tahun hingga 24 tahun ) mengabaikan penjagaan kulit. Tidak mengenakan sebarang sunscreen pada muka sewaktu berada di luar rumah. Hmmm, kesannya muka berjeragat  apabila menginjak ke umur 26 tahun. 

 

Rawatan di C Manja Spa

Sehari sebelum ke spa, saya lakukan appoinment dan memilih rawatan Dragon Blood 

Selain daripada itu, saya turut menambah sesi rawatan Dermaplane. Nampak perubahan lakukan Dermaplane keatas kulit saya yang berjeragat. 

 

Siapa yang perlukan rawatan DERMAPLANING? Rawatan jeragat muka

1. Mereka yang mempunyai kulit sunburn. Terbakar dek kerana panahan cahaya matahari. 

2. Mempunyai kedutan di muka.

3. Kulit kusam dan kering. 

4. Parut jerawat.

5. Bulu halus di muka. 

 

 

Jeragat-muka-freckles
selepas jalani Dermaplaning treatment. 



 

 

 

    Sambil lakukan sesi rawatan muka, sempatlah saya bertanya mengenai kulit muka saya. Berkenaan blackhead banyak ke tidak. Lepas tu, tanya kedutan. Yer lah, kulit saya ni jeragat. Ada bahagian kering dan berminyak. Berpotensi untuk kedutan muncul awal sebelum waktu tau. 

 

Katanya beautician, kulit saya masih belum muncul kedutan. Blackhead pun sedikit. Alhamdulillah, syukur lah. Tahun ni, dah menjangkau usia 36. Dan, buat masa sekarang ni, hanya uban je yang tumbuh. Punya lah gatal kepala ni ha. 

 

Pengalaman sesi Dermaplaning tu, beautician kikis jeragat. Eheheh. Macam sedap lah pula kena kikis ni. Bunyi lah krukk kruk kat pipi ni. Hasilnya, nampak jeragat berkurangan selepas dikikis menggunakan peralatan yang sesuai. 

 

Kos keseluruhan rawatan bagi  jeragat muka ialah RM 185.00. Hampir 2 jam sesi rawatan. Saya ketika itu adalah pelanggan terakhir.

 

 

jeragat-muka-freckles
Dragon Blood iaitu serum yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Bukan darah naga yerr

 

1. Selepas muka bersih, baru lah proses untuk Dragon Blood ini dilakukan keatas muka. Serta proses menggunakan alatan mereka. Jika kalian dah pernah buat rawatan seperti BB Glow, pasti perasan mesin yang digunakan untuk Roll-On bahan-bahan ini untuk dimasukkan ke dalam kulit. 


2. Walaupun dimasukkan ke dalam kulit, tidak beerti ianya haram. Kerana hanya lapisan kulit pertama sahaja, Dragoon Blood ini dimasukkan.


3. Tetapi sebelum itu, ada menggunakan mask Dragon Blood juga dan saya diminta untuk berehat ke dalam mesin yang fokus bahagian muka sahaja.  Tujuannya , bagi kulit muka menyerap kolagen tumbuh-tumbuhan tadi. 


4. Akhir sekali, muka di pakaikan dengan mask Dragon Blood juga. Serta dibiarkan bahagian muka ditutup dengan mesin agar mask tersebut kering, supaya kolagen tersebut meresap kedalam kulit muka. 

 

Selain itu, saya turut menyukai sesi buang blackhead pun sedap juga, macam biasa masuk dalam pengewap muka. Diikuti menggunakan tools untuk cabut blackhead dan juga mesin untuk sedut. Erm, tapi bunyi macam pencukur. 



Lain-lain servis di C Manja Spa selain rawatan Dermaplaning, Dragon Blood, Laser, BB Glow dan lain-lain jenis rawatan mengikut masalah jenis muka.  


Rawatan lain iaitu Rebonding, Warna rambut, Eyelash Perming, Tangas, dan mandi susu. 


Derma planing-jeragat-muka
Result selepas mendapatkan rawatan di Manja Spa Kuantan


 

Kesimpulannya, saya berpuashati dengan servis layanan di C Manja Spa. Beautician juga memesan kepada saya untuk menggunakan serum untuk jeragat secara konsisten. Gunakan setiap hari untuk kekalkan kelembapan kulit serta merawat jeragat. 

 

Lokasi C Manja Spa, Kuantan

Untuk lokasi spa, boleh search di waze C Manja Spa. 

 

Facebook : C Manja Spa 
 Hubungi : 017-737 3617
 
 
 

Catat Ulasan

0 Ulasan