5 Teknik Pitching prospek. Dan, bagaimana pula menanganinya jika anda di reject oleh Prospek?

Pitching prospek adalah satu proses dimana Ghostwriter perlu mengetuk pintu rumah prospek. Atau situasi dimana perlunya ghostwriter menghantar whatsapp, surat elektronik ( e-mel ), mesej di ruangan Facebook dan sebagainya bagi memberitahu tentang kewujudan servis yang dijalankan. Ibaratnya, seperti individu sedang mencari pekerjaan dengan prospek ( majikan ) .


Pitching-prospek


 

Prospek adalah bakal pelanggan anda.

 

Bagaimana mahu pitching prospek Ghostwriter

 

 Apabila ghostwriter mahu pitching prospek, seharusnya ada beberapa perkara yang perlu disediakan :

1. Resume 

Perkara utama, apabila kita mahukan sesuatu pekerjaan adalah Resume hal yang pertama prospek tanya. Jadi, sediakan resume lengkap. Tidak tahu menulis resume bagaimana? boleh google. Ada banyak template yang terbukti berkesan untuk mencari pekerjaan. 

 

2. Portfolio 

Ghostwriter perlu sediakan satu portfolio diri. Isi yang terkandung dalam portfolio ghostwriter, boleh rujuk Servis di SEO Ghostwriter Malaysia : Portfolio

 

3. LinkedIn 

Platform linkedIn, adalah satu platform mencari pekerjaan. Jadi, bina konten anda disini. Mengumpul followers boleh dilakukan melalui perkongsian ilmu. Boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau English sebagai perantaraan komunikasi. 

 

Follow akaun saya : Nor Azlina Mohd Ali 

 

4. Facebook 

Pastikan anda mempunyai akaun di Facebook. Sila aktifkan menulis disana. Kerana penulisan anda dinilai oleh prospek melalui konten. Jadi, bina konten yang baik-baik sahaja. Konten termasuk pendapat, ilmu dan kehidupan peribadi. 

 

Content Writer limited edition!

 

5. Blog 

Selain media sosial diatas. Boleh cuba menulis di blog. Di sini, anda boleh melatih menulis. Bila anda menulis setiap hari dengan bilangan patah perkataan yang melebihi 500 patah perkataan, tulisan anda tidak akan kaku. Pembaca boleh rasakan bahawa, penulisan tersebut mudah dibaca dan difahami. 

Pastikan blog anda ber autoriti. 

 Justeru itu, bagaimana cara mahu pitching prospek dengan mahu mengetuk pintu rumah orang. Ghostwriter sila persiapkan dahulu diri dengan 5 perkara diatas.


Jika anda tiada persiapan diatas, bersedia untuk di reject mentah oleh prospek. 


Bagaimana jika anda di 'reject' oleh PROSPEK

Pernah saya hampir-hampir direject oleh prospek. Saya tak sedih. Sebab ada teknik lain. Apa yang saya lakukan adalah :

 

1. Artikel 

Saya berikan artikel ( dari blog )  yang ditulis kepada prospek bagi meyakinkan beliau. Apabila prospek membacanya, terus prospek tadi bertukar kepad status klien.  Alhamdulillah, syukur sangat!

 

2. Testimoni 

Tunjukkan testimoni klien lepas. Yang sama dengan servis prospek mahukan. Bila matching berlaku. Ini lah jadi close!

 

3. Follow Up 

Jika 2 perkara diatas tidak berjaya. Saya akan hantarkan artikel berbentuk panduan dan teknik bisnes kepada mereka. Hantar melalui whatsapp secara berkala. Pastikan hantar artikel mengikut target. 

 

4. Copywriting 

Jika ke 3 cara diatas masih tidak berjaya. Copywriting adalah penyelesaian terakhir. Alhamdulillah. Berjaya juga akhirnya. Kadang terus close 10 Artikel SEO. Kadang tu juga, dapat job bulanan daripada klien yang sama. 

 

Kajian kes : selaku seorang Ghostwriter dan Copywriter.

Sikap klien bukanlah sama.


Ada klien yang jenis serahkan bulat-bulat kepada penulis untuk menulis copywriting ( ayat jualan ). 


Namun, berbeza klien saya baru-baru ini. Beliau suka bertanyakan idea saya dahulu, sebelum saya hasilkan Copywriting. Dengan syarat, deposit sudah dibayar lah. 


Jika tidak bersetuju, awal-awal klien akan 'reject' saya ataupun copywriting tersebut. Betul lah cara kerja beliau. Tak ada salah pun. 


Sebagai penulis, otak kena ligat berfikir jenis copywriting apa yang sesuai dengan audiens beliau. Memandangkan saya hari tu macam sesi temuduga pun ada. Ehehe. 


Tambahan lagi, di page bisnes mereka sudah ada banyak Copywriting ( ayat jualan ) yang telah dihasilkan oleh beliau sendiri. 


Begitulah, pengalaman sebagai copywriter. Kadang-kadang kerja copywriter mencabar! 


Adakalanya, biasa jer. 


Yang menariknya, penulis perlu belajar sedikit jenis bisnes klien. Segelintir klien kurang faham Unique Selling Point dan Value Point mereka. Silap-silap penulis sendiri kena buat swot analysis tu. Yang ni, lagi keras lah maharnya. Sebab susah.


Kita sebagai penulis lah yang kena bertanyakan kepada klien, korek sehabis mungkin maklumat untuk hasilkan Copywriting yang boleh hasilkan jualan.

 

 

Lagi satu, ghostwriter sila elakkan dari bersangka buruk apabila di 'reject' oleh prospek. Mungkin anda kekurangan ilmu. Turunkan ego, sertai mana-mana kelas. Jika kurangnya ilmu, saya sarankan sertai mana-mana kelas. Tapi jika mahu sertai Kelas Basic SEO, boleh baca lanjut di pautan PENULIS WANITA :  YANG NAK BELAJAR KELAS BASIC SEO BAGI PENULISAN ARTIKEL

 

 

    Kesimpulannya dari sesi pitching tadi. Sebagai ghostwriter perlu ada sifat sabar dalam melayan sikap prospek. Kadang-kadang mereka juga banyak bertanya disebabkan masih kabur dengan apa yang dia mahukan. Jadi, ghostwriter perlu menerangkan dengan lebih terperinci. Apabila prospek jelas dengan setiap pertanyaan serta ghostwriter menjawab dengan baik, baru mudah proses berlaku. 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan