Personal branding itu apa ? mesti pernah terfikir apa pula tujuan personal branding serta bagaimana mahu lakukan. Mesti seronok kan, bila prospek cakap nak buat bayaran penuh ke akaun kita sebagai freelance. Ghostwriter pun salah satu kerja freelance. Mahu buat klien percayakan servis kita sebagai penulis bukanlah mudah. Ia perlukan masa untuk lakukan personal branding .
"Saya bayar full jerlah. Saya percayakan pengalaman yang puan miliki."
Setelah 20 minit sesi perbincangan di whatsapp bersama klien. Beliau membayar secara penuh kepada saya.
Personal branding yang saya lakukan, kini mendapat kepercayaan daripada klien |
Hasil melakukan personal branding, bukan sahaja ghostwriting job saya dapat. Malahan, job sebagai blogger pula yang saya terima. Hahaha~ lucu bukan? magic of personal branding! namun saya terpaksa menolak job blogger.
Alhamdulillah, sujud syukur apabila klien percayakan 100% servis penulisan kepada saya. Kemungkinan besar klien telah menjumpai blog dan media sosial saya yang lain. Kemudian, ini lah hasilnya klien membuat keputusan tanpa perlu saya ceritakan pengalaman dan portfolio kepada beliau.
TEKNIK PERSONAL BRANDING, BAGUS BUAT ORANG YAKIN DAN PERCAYA TERHADAP DIRI.
Jika dahulu, sewaktu saya menjadi blogger. Sungguh saya hairan, kenapa blogger ni mudah dapat job. Sebab muka cantik ke? kulit putih? 24 jam posing dalam media sosial ke? disebabkan perkara ini. Saya sedar, saya tidak ada kesemua itu. Jadi, ini pun punca lain mengapa saya berundur dari dunia blogger. Sedih tak?
Disebabkan hal tersebut juga, selain pengalaman pahit blogger. Saya beranikan diri untuk menceburkan jadi Ghostwriter. Di sini, saya banyak kenal dengan kelompok lain selain daripada blogger. Kiranya, kelompok professional dalam bidang penulisan. Dari sini juga, saya buat research mengenai personal branding.
Nak buat klien percayakan kita adalah dengan personal branding.
Kalian nak tahu tak, personal branding ini apa?
Personal branding adalah cara pasarkan diri sendiri, dalam bisnes yang di jalankan.
1. Bina nama yang unik
Nama yang tak pernah orang lain dengar, boleh buat audiens melekat nama tu. Kalian boleh mencubanya.
Pengalaman saya, pernah menggunakan nama ringkas Akronim kepada N.A.M.A ..
Namun, suatu hari ada seseorang menegur saya di wall, katanya nama tu dia sudah pakai. Hahaha. Masa tu, baru saya sedar rupanya nama tu bukanlah unik.
Kemudian, saya menggunakan nama penuh je Nor Azlina Mohd Ali. Saya lebih selesa menggunakan nama penuh sebagai identiti. Dan, ada juga klien panggil saya dengan nama Azlina Ghostwriter. Ini disebabkan saya mempunyai satu lagi blog www.azlinaghostwriter.com .
2. Cara percakapan
Laju bercakap ataupun perlahan. Intonasi suara sama ada tegas atau lembut.
Cara bercakap dalam dialek atau loghat kenegerian.
3. Tagline
Macam identiti diri. Sebagai contoh, saya menggunakan tagline "SEO Ghostwriter Malaysia" sebab saya satu-satunya ghostwriter yang fokus dalam SEO. Hampir kesemua servis penulisan, saya gunakan kaedah format SEO.
Sebagai contoh : artikel SEO, Copywriting SEO, Press Release SEO, Content SEO, dan lain-lain penulisan menggunakan kaedah Search Engine Optimization.
Atau
" Your 1st Installer Security Best In Kuantan." ini antara tagline yang saya buat untuk klien.
Ingat! tagline kita tidak boleh tiru orang lain. Kerana tagline ini dilakukan selepas kita lakukan SWOT Analysis.
4. Gaya berpakaian
Muslimah, bertopi, bercermin mata bintang, jaket kulit harimau dan lain-lain lagi. Kekalkan dengan imej tersebut setiap kali 'LIVE' .
5. Jinggle
Setiap kali LIVE, lagu yang sama kalian mainkan sebagai muzik latar belakang.
6. Konsisten
Bina konten secara konsisten dan di mana-mana platform media sosial. Tujuannya adalah, beri audiens kenal kalian.
Bila setiap hari audiens nampak kalian, maka timbul kepercayaan mereka terhadap kalian.
Pssst~ personal branding bukan untuk tunjuk diri hebat. Sebaliknya, mempengaruhi audiens. Saya tahu, ada yang cakap asyik nak tunjuk hebat je sepanjang masa. Itu salah. Jika kalian faham mengenai Personal Branding ini, insha allah kalian tidak akan bercakap begini.
Teknik lain dalam personal branding boleh dijadikan melalui kesyukuran.
Tujuan personal branding
Dilakukan supaya audiens kenal dan percaya dengan diri kalian. Apa yang kalian miliki seperti kepakaran, kemahiran dan ilmu. Itu lah yang boleh dinaikkan sebagai cara menaikkan personal branding kalian.
Oh ya, ada yang cakap personal branding tu kena buat logo dan warna branding. Ianya salah! Warna dan logo adalah brand branding. Bukannya termasuk dalam kategori Personal Branding. Personal branding hanya fokus kepada penjenamaan diri sahaja, bukanlah jenama semata-mata.
Sekian tips hari ini mengenai personal branding.
Nota : Tangkap layar dibawah, klien meminta saya menulis copywriting ( ayat jualan ) website dalam format SEO.
Dapat sesuatu dari perkongsian ini? taip lah 'dapat' di ruangan komen dibawah.
Kesimpulannya, personal branding dibina supaya individu tersebut dapat dilihat berbeza daripada berjuta ghostwriter yang ada di pasaran. Mereka yang tidak melakukan personal branding, kemungkinan besar mereka mungkin akan kelihatan biasa-biasa di mata prospek.
Namun, lebih teruk prospek tidak tahu kemunculan kalian sebagai ghostwriter. Sebenarnya, dengan siapa kalian bekerja sebagai ghostwriter sahaja perlu disorokkan daripada umum tetapi bukanlah diri kalian. Bergantung kepada kalian, mahu menunggu job di offer oleh prospek atau sebaliknya.
Mahu jadikan artikel-artikel klien mesra Search Engine Optimization ( SEO )
Belajar seeding keyword ?
Dalam kelas ini, saya kan ajarkan kalian menggunakan kaedah manual dan menggunakan tools Semrush dan beberapa tools lain lagi.
Jom, sertai Kelas Basic SEO sekarang. Baca info lanjut di pautan Kelas Basic SEO
Nak belajar teknik closing deal sebagai Ghostwriter ? jom sertai Kelas Ghostwriter Expert 2.0 pada harga Kelas RM 59 ( 10 peserta terawal Early Bird ) , peserta ke-11 pada Yuran RM 99 ( Mempunyai rakaman Zoom dan nota kelas. Percuma : Exclusive Group Facebook, dan Caj Penulisan. )
Ikuti saya melalui media sosial di bawah :
0 Ulasan