Berjualan di bulan puasa ( Bazar Ramadan ) : Titik permulaan saya untuk lebih serius berniaga

 

Setelah lama saya meninggalkan dunia jualan masakan di bulan puasa. Ramadan ke-2, saya kembali lagi berjualan. Tapi jawatan sehari sebagai pembuat kuih-muih seperti puding roti karamel dan menyiapkan tauhu sumbat. Saya hanya membantu adik bongsu sahaja berjualan makanan berbuka puasa. Kerana berjualan di bulan puasa di tahun 2023, saya teringatkan pengalaman masa berumur 13 tahun.

bulan puasa

Berpisah dengan mak dan abah 

    Imbas kembali sewaktu berada di tingkatan 1, pada tahun 2000. Sepanjang cuti sekolah bulan puasa, pak saudara saya yang berada di Kemaman mengupah saya dan kakak sebagai pembantu mereka menyediakan bahan-bahan inti murtabak. 

 

Walaupun mereka mempunyai kakitangan iaitu anaknya sendiri perempuan seramai tiga orang, mereka masih mengupah kami. Yer lah, kami kan orang susah masa tu. Hanya ketua keluarga sahaja yang bekerja. 

 

     Syukur ke hadrat Ilahi, kerana ada saudara yang sanggup berikan kami berdua peluang mencari duit di bulan puasa. Ibu dan bapa saudara melayan kami baik sepanjang berada disana. Kami dan anak-anaknya pun rapat, tiada pergaduhan berlaku. Dilayan macam adik-beradik sendiri. 

 

    Sungguh tidak sangka, mak melepaskan kami dua beradik pergi ke Kemaman selama sebulan. Biasanya, mak takkan lepaskan kami pergi berdua bersama tau. Mesti salah seorang jer. Ehehe. 

 

Entah lah, tiba-tiba mak terbuka hati melepaskan anak daranya ke Kemaman pula. Jarak Kuantan dan Kemaman, tidak lah jauh mana. Tetapi saya setiap hari rindukan mak dan abah di ketika itu. Ini pengalaman pertama berpisah dengan orang tua. Tiap malam je rasa sayu teringatkan mak. Nak menangis. 

 

Berjualan di Bazar Ramadan Kemaman

Bapa saudara berkahwin dengan orang Kemaman. Dan, keluarga isterinya memang kaki bisnes. Dari Nenek serta adik-beradiknya turun temurun menjual kuih Net Bat iaitu kuihnya seperti bahulu tetapi ianya tawar dan perlu direndam bahulu serta dimakan bersama air gula, lain-lain kuih akok, dan kuih bakar. 

 

Rutin setiap pagi, kami memang akan menghidu bau sabut kelapa yang dibakar. Proses ini, mahu bermulanya membakar net bat, kuih akok dan kuih bakar. Memang kuat baunya asap tersebut, kerana bilik yang saya tidur itu adalah berdekatan dengan tempat penyediaan kuih-muih nenek. 

 

Permulaan puasa

Setiap pagi, jam 8. Kami sudah bersiap-siap untuk melakukan tugasan masing-masing. Saya dan kakak tugasnya perlu mencincang halus kobis. Dari jam 8 pagi, sehingga jam 1 tengah hari. Baru lah siap kerja-kerja kami. 6 jam kami bekerja setiap hari sepanjang bulan puasa. 

 

Apabila sudah siapkan mencincang kobis, bersambung pula mengikat sos cuka murtabak. Yang ini tak sampai berjam lamanya. Sebab sepupu turut membantu. Sepupu kami, tugasannya lagi lah banyak jika nak dibandingkan dengan kami. Mereka tiga beradik itu juga mencincang daging untuk isi murtabak. 

 

Perkara lucu semasa menyediakan bahan ramuan murtabak

Satu-satunya pengalaman paling lucu saya adalah ketika membungkus sos cuka bawang murtabak. Nak bungkus, sampai melecet-lecet berdarah jari. Hahaha. Punya lah manja jarinya kan? selepas luka jari, selama dua hari juga saya tidak membuat kerja membungkus kuih sos tu. Sayang jari. Ehehe. Kemudian, sepupu saya cadangkan salotape di bahagian jari yang mahu mengikat. 

Pengalaman menjual di Bazar Ramadan 

 Seawal 4 petang, kami berada di Bazar Kemaman. Baru sahaja kami meletakkan barang-barang di booth. Sudah ada pembeli yang beratur. 

Buat pertama kalinya, saya gementar. Sudah lah di sekolah takut mahu berdepan dengan orang ramai. Kini, di bazar pula perlu berhadapan dengan para pembeli.

Mujur lah, bapa saudara tidak meminta saya melayan pelanggan yang datang membeli. Saya hanya datang sekadar memeriahkan suasana sahaja. Belajar bagaimana kemahiran berhadapan dengan pelanggan. 

Dapat upah sebagai pembantu belakang tabir di bulan puasa

Masa ditunggu-tunggu adalah ketika bayaran upah diberikan. Selepas  pulang ke rumah berjualan, pak saudara membayar kami upah bekerja selama 6 jam. Syukur sangat! masa cuti sekolah pun dapat duit belanja. Itu lah gaji pertama kami. 

 

Beberapa hari lagi nak raya, bapa dan ibu saudara bawa kami shopping pakaian raya. Mereka belanjakan kami sepasang baju dan seluar jeans raya. 

 

Masa tu cerita Mujhse Dosti Karoge tengah hot ditayangkan, seluar jeans begitu lah saya cari. Namun bukanlah seksi. Hampir menyerupai sahaja. 

 

Bermula dari sini lah, saya minat dalam dunia perniagaan. Secara tidak langsung, minat itu berputik tanpa paksaan. Terima kasih bapa dan ibu saudara. Tanpa mereka, mungkin saya sehingga sekarang tidak berniaga. Dari berjualan roti, biskut raya, produk-produk, jadi pemborong dan agen MLM.

 

Sejak dari itu, ibu saudara menyuruhku menyertai program Mara. Kursus-kursus yang melibatkan perniagaan. Namun, disebabkan saya mempunyai anak-anak yang masih kecil ketika itu, serta suami perlukan disisinya, saya batalkan hasrat.

 

 

Resipi > resepi chicken 65 khairul aming

 

 

 Alhamdulillah, rezeki lain saya menyusul dalam dunia perniagaan. Tetapi melibatkan dunia penulisan kreatif. Iaitu menulis artikel SEO, Copywriting, content media sosial dan e-buku ( e-book ) . Tugasan sebagai ghostwriter dan juga copywriter.

 

 

                                      Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

 

 

Catat Ulasan

1 Ulasan