Sara menangis, dan tidak reda...

 Mata Sara berkaca, seterusnya gugur airmata yang tertahan selama ini. Hampir setahun  lebih, peristiwa keguguran berlaku kepada saya. Semuanya ketentuan allah belaka ketika itu Sebagai orang beriman, sudah lama reda dengan ujian allah. Tetapi bagi Sara, ia menyakitkan hatinya. Maklumlah, umur belum matang untuk memahami tentang ujian allah.

 

 

 

reda-allah

 

 

"Mama, kakak Sara sedih."


"Nape? bergaduh dengan Furqan lagi ke atau  pun Yusuf?" Ujar aku kehairanan melihat anak daraku berusia 9 tahun bermata merah.

 

"Bukan. Isk, isk, isk..." kali ini, lebih  laju airmatanya mengalir. 

 

"Abis tu?"

 

"Erm, tadi mama cakap kat kakak dengar suara bunyi  bayi nangis dan bau ikan bakar?"

 

"Lahhh, yang tu ke? ni ker penyebab Sara nangis? kejiranan kita ada lah tu baru dapat baby,"


"Hmm...yer."


"Sara tak reda ke adik-adik allah ambil?"


"Kakak sedih." Ujar Sara pendek, tapi mendalam maksudnya. Sehinggakan saya sendiri terasa apa yang dirasainya. 

 

 

"Sara kena reda. Reda tu, apabila kita memaafkan sesuatu dan berdamai dengan keadaan dan ujian daripada Allah." Dengan perlahan, saya menyapu airmata di kedua pipi Sara. 


Sara menganggukan kepalanya, tanda faham dengan penjelasan tadi. 



"Jadi, Sara memang nak adik lagi? Yusuf tu bukan adik kakak ke? tapi, kita ada Firas dan Fateh lagi. Anak Acu." Pujuk saya lagi. 

 

 

"Sara memang tak sayangkan mama ker? nanti mama masuk hospital lagi. Mama sakit macam dulu macam mana? mama pun dah tua. Tak boleh lagi nak mengandung macam dulu-dulu. Atau mama belikan awak patung baby nak kat Shoppe?" 

 

"Tak nak lah mama. Patung tu kang malam-malam jadi macam Chucky!" 

 

 

Perbualan kami tamat begitu sahaja. Sara sudah tidak lagi sedih. Apa yang saya pesankan juga kepada anak yang berusia 10 tahun itu adalah reda. Bila reda, hati kita tidak sakit dan pedih. Harapnya Sara akan lebih faham dengan situasi saya begini.  



Apa yang saya selalu amalkan untuk menjadi seorang yang reda adalah memaafkan diri sendiri, atas apa yang telah berlaku pada hari tersebut  sebelum tidur. Selebihnya, berserah kepada Allah sahaja.

 

 





 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan