Kenangan Raya Aidilfitri 2023, last minit pulang beraya.

 Beraya di tahun 2023, paling bermakna apabila kami seisi keluarga  dapat beraya di kampung. Dengan ini, dapatlah kami merasai bagaimana suasana menghadapi kesesakan lalu lintas. Syukur juga dapat menyambut Aidilfitri 2023 di Kulai, Johor pada raya ke-2. Maklumlah, kami pasangan berkahwin dengan jiran sekampung. Jadinya, memang macam ini lah setiap kali perayaan Aidilfitri. Dengan anak-anak berkeinginan untuk pulang ke kampung. Cuma, tahun ini jer berbeza. 

 

 

aidilfitri 2023
Furqan dah puas duduk dalam kereta selama 7 jam. Ini lah jadinya pada gambar pertama

 


Raya sederhana Aidilfitri 2023

 

Sambutan Aidilfitri kali ini disambut sederhana. Kami tidak menyambutnya beria. Suami memang sudah terima gaji awal pada bulan Mei 2023. Baju-baju raya anak perempuan di sponsor oleh ibu saudaranya. Manakala, anak lelaki kami pula menggunakan baju melayu 'recycle' tahun lepas jer. Masih lagi baru, sebab hanya sekali jer pakai itu pun raya pertama dan selepas itu berlipat rapi disimpan dalam almari. Mujur lah saya ni jenis suka beli baju anak-anak besar dari usia mereka. Dapatlah jimat duit disitu. Pakaian t-shirt raya anak-anak  tambah seorang sepasang juga menggunakan hasil ghostwriting job. Mesti ada yang tertanya, kenapa suami tak keluarkan bajet? sebab utama adalah suami perlu keluarkan bajet untuk pulang beraya ke Johor dan Melaka yang berjumlah 4 hari 3 malam.

 

Baju raya saya jer beli sepasang. Itu pun menggunakan duit sendiri, hasil ghostwriting job. Manakala, duit baju raya yang suami berikan pula kebetulan baju raya itu tidak muat dengan saiz badan. Terus lah saya sedekah kepada sepupu sebelah abah. Alhamdulillah! masya allah, tabarakallah. Asbab sedekah tersebut, saya dapat ganjaran daripada Allah didunia iaitu jualan hampir 5 ratus untuk ghostwriting job. Allahuakbar! moga ganjaran saya beroleh syurga juga asbab menggembirakan orang dalam kesusahan. 


Aidilfitri menjelma

Syukur sangat ya allah. Tahun 2023, saya beraya di kampung. Iaitu di rumah Angah ( kakak ). Jika tidak, suami mahu mengajak kami bercuti di kawasan perkampungan dah di musim perayaan. Hahaha. Mengarut betul kan? 

Ibaratnya seperti orang mengantuk disorongkan bantal kami ni tau.. 

Kebetulan, perancangan sebulan sebelum itu makcik kami buat hari keluarga  bagi susur galur AKI. Iaitu sepupu, sepapat, ipar dan biras.  Alhamdulillah, kami berkumpul di Melaka selama 3 hari 2 malam. 


Konflik kereta apa nak bawa ketika Aidilfitri


Bukan pening kepala nak menunjuk kereta apa nak bawa balik beraya...

Sebelum perancangan ke Melaka. Kami plan untuk menyewa kereta sahaja. Tetapi, rezeki kami sampai disitu. Kami kena scam pula dah. Nama scammer kereta sewa tersebut ialah 66  BBQ RENTAL. Ini lah apa yang nak terjadi kan? suami yang uruskan. Kalau saya sendiri, habislah saya akan siasat di semua platform media sosial kereta sewa tu.  Maklumlah, duit bukan senang nak cari zaman sekarang. Jadi, memang kena teliti betul-betul. 

 

Kereta kami ni, bukannya tiada. Ada 3 buah, Subaru 4 pintu ( second jer untuk suami main turbo ), kancil dan kereta kami ada MPV Toyota Caldina tetapi tidak muat nak masuk ramai. Kebetulan abah kena kerja hari raya ke-2 tu. Makanya, mak dan adik perempuan tumpang kereta kami. Akhirnya, kereta Toyota Unser ( kereta syarikat )  kami gunakan untuk beraya di Johor dan Melaka. 

 

Konflik sebab kami berkira-kira sama ada mahu bawa Caldina ke untuk pulang beraya, memandangkan kereta Toyota Unser ni uzur kan. Boleh jadi gaduh tau laki bini semata-mata kerana kereta punya hal. Hahaha. Yer lah, unser tu uzur. Berbunyi pula tu kereta unser, mungkin absorber kot. Sebab dia berbunyi ekk ekkk, sewaktu kereta nak berhenti dan juga ketika penumpang turun dari kereta. 

 

Pernah juga anak mengadu, "mama, ada orang besar perempuan tu cakap kereta kita buruk." sewaktu berhenti isi minyak dalam perjalanan pulang anak dari sekolah. 


Hmm, bagi saya lah kan. Normal manusia macam tu. Bila memandu kereta cantik sikit disanjung. Apabila memandu kereta buruk atau kereta lama, akan dihina. Silap hari bulan, orang tidak mahu berikan laluan kepada kereta buruk tau. Eheheh. Sebab saya pun pernah kena situasi macam ni. Pernah dipandang hina.. 


Kami tawakal sahaja. Ikutkan kereta Unser ni memang dah uzur sangat dah. Beberapa kali breakdown, semasa suami ontheway ke Kuala Lipis. Dan, akhirnya bos suami tukarkan engine kereta. Alhamdulillah, syukur! memang banyak berjasa kereta syarikat ni. Awal perkahwinan kami pun, hanya gunakan Kancil jer tau. Unser ni lah banyak bawa kami berjalan-jalan, cuma suami tanggung minyak sahaja. 


Pengalaman bersesak di Jalan Raya sempena Aidilfitri

Ini adalah pengalaman pertama Aidilfitri 2023, kami seisi keluarga pulang berhari raya ke-2. Selama ini, kami hanya berhari raya di Kuantan jer. Tidak beraya di rumah mak mertua, rumah makcik suami, lepas tu rumah saudara sebelah suami. Sebelah saya, hanya ada makcik dan saudara lain semuanya berada di luar Kuantan. 

Kiranya, dah boleh pecah rekod tahun 2023. Beraya atas jalan raya. Kami ikut jalan Segamat. Jika waktu biasa, hanya mengambil masa selama 5 jam menuju ke Kulai, Johor. Tetapi, di musim perayaan dari Kuantan ke Kulai, Johor sudah mengambil masa 7 jam. Dah macam masuk Singapore pula dah. Memang tergelak besar lah kami. Nak sangat beraya suasana balik kampung kan? 

Alhamdulillah, sampai tepat jam 4 petang pada hari raya ke-2. Apa yang bestnya, di Johor hujan. Berbeza di Kuantan, kami kemarau sejak raya pertama. Maklumlah, Kuantan di kelilingi sebanyak 6 buah pantai semuanya. 


Marhaban Aidilfitri di Johor

Masya allah, tabarakallah. Tepat jam 7.15 petang, kami menerima kunjungan dari geng marhaban. Lebih kurang 30 tetamu yang hadir memeriahkan suasana raya kami. Oleh kerana ketua marhaban tiada, maka hanya kunjungan biasa sahaja. Mereka hanya makan dan minum sahaja. Geng marhaban terdiri daripada ahli keluarga abang ipar. 


Sebelum pulang, mereka berikan duit raya kepada anak-anak kecil yang ada dirumah Angah. Jumlah terkumpul, geng marhaban berikan kepada 4 orang anak saya adalah RM 21 setiap seorang. Katanya lagi, 50 buah rumah mereka buat kunjungan. Dasyat juga warga Johor ni ye? tapi bagus juga. Mengeratkan silaturrahim, antara keluarga serta kejiranan sempena Aidilfitri.


Kesimpulannya, kami seronok beraya di kampung sempena Aidilfitri 2023 dengan suasana pulang beraya menghadapi kesesakan di Tol juga. Oh ya, raya ke-2 haritu sesak sebab tol percuma selama 3 hari. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Seronok ada kunjungan marhaban tu, di kampung Ekin tak ada orang buat macam tu,

    BalasPadam