Sebenarnya, saya ni memang gagal jika memasak aneka nasi. Tapi, ada suatu hari itu. Tiba-tiba menjadi pula Nasi Beriani Ayam. Allah nak beri jadi, sebab masa tu saya tawakal jer masak untuk juadah berbuka pada hari Jumaat. Jom tengok apa resipi Nasi Beriani Ayam ni, ianya mudah disediakan oleh sesiapa sahaja dan ANTI GAGAL!...
Resipi Nasi beriani ayam anti gagal! |
Nasi Beriani Ayam
Bahan-bahan Nasi Beriani Ayam ( 7 orang makan )
4 Sudu Besar Minyak Sapi jenama GHEE.
1 Batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji cengkih
1 bungkus pes rempah MAGGI ( Nasi Beriani )
1 Inci halia
2 kotak kecil kismis
1/2 isi ayam bahagian dada
Cara menumis rempah Nasi Beriani Ayam
1. Panaskan kuali, dan masukkan minyak sapi.
2. Masukkan pula, halia yang dihiris nipis, cengkih, buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan pes nasi beriani sehingga sedikit garing. Masukkan isi ayam, sehingga ayam bertukar warna isi ayam putih.
4. Apabila sudah garing sedikit, boleh masukkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi.
5. Masukkan air mengikut sukatan beras tadi. Saya menggunakan pot gelas kaca, dan sukatan airnya mengikut beras iaitu 2 1/2 gelas air saya gunakan.
6. Masukkan kismis yang telah dibasuh bersih ke dalam nasi tadi.
Cara memasak beras basmathi untuk 7 orang makan
2 1/2 pot gelas Beras Basmathi.
Rendamkan beras sehingga kembang. Saya mengambil masa selama 3 jam. Atau kalian boleh kurangkan masa merendam, asalkan beras basmathi kembang dengan sempurna.
Nasi Beriani ayam ini, saya gabungkan dengan Acar mentah serta bersama Ayam Masak Merah Kenduri
Acar Mentah
1 batang timun - di potong kecil memanjang
1 batang lobak - dipotong kecil memanjang
1 cili hidup merah - dipotong kecil memanjang
1 biji cili hidup hijau - dipotong kecil memanjang
4 Sudu Besar cuka makan 3 Sudu Besar gula 1/2 gelas air masak
acar mentah timun nenas |
Cara membuat acar mentah
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam besen. Biarkan perap sehingga 1 jam supaya bahan-bahan tersebut menjadi rapuh dan sebati.
2. Kemudian, masak di dalam kuali sehingga menggelegak. Siap!
Ayam goreng mamak Merah
1 Ekor ayam yang dipotong serta dibersihkan. Tos kan. 3 Sudu Besar Tepung beras1 Sudu Besar Kunyit serbuk1 Sudu Besar Gula 2 Sudu Besar Cuka makan
2 Sudu Besar Cili Boh 1/2 Sudu Besar garam 1 Sudu Besar serbuk kari Babas1 Sudu Besar pewarna merah atau Sirap 2 tangkai daun kari
1. Masukkan ayam ke dalam besen serta tambahkan tepung beras, serbuk kunyit, gula, cili boh, garam, gula, cuka makan, rempah serbuk kari dan pewarna merah. Perap ayam selama 1 jam minima, atau 3 jam paling lama. Lagi lama, bertambah sedap ayam tersebut.
2. Selepas melepasi masa perap ayam, dah boleh goreng. Goreng ayam sehingga masak.
3. Jangan lupa masukkan daun kari untuk bau yang sedap.
4. Siap dihidangkan.
Nota memasak :
1. Masak setengah jam nak berbuka, Ayam goreng sedap dimakan panas.
2. Tepung beras kegunaannya dalam ayam goreng untuk efek rangup.
3. Cuka bertindak sebagai menjadikan ayam tidak terlalu kering. Ayam goreng akan jadi moist.
Alhamdulillah, siap juga nasi beriani ayam ini. Walaupun ada insiden tidak dikehendaki telah berlaku kepada saya. Di mana saya hampir jatuh terkangkang di dapur, adui memang sakit sangat. Dah berbunyi keletaqq. Memang menggigil lah nak tegakkan badan kembali masa tu.
Saya doakan, semoga menu nasi beriani ini mendapat tempat dihati sesiapa yang menggunakan resipi. Masya allah, suami saya sendiri makan sehingga 4 kali bertambah. Dan anak-anak yang selama ini tidak sukakan nasi beriani pula makan bertambah, katanya tak muak langsung.
Jika kalian nak buat untuk juadah berbuka atau pun sebagai hidangan di pagi raya pun boleh. Resipi nasi beriani mudah! paling best, orang yang tidak pandai memasak aneka nasi seperti saya pun mampu memasaknya. Kos nasi beriani ialah RM 60.00 sahaja. Dikala semua orang perlu berjimat, saya sarankan memasak sendiri untuk perut insan tersayang.
1 Ulasan
Sedap buat berbuka puasa ni
BalasPadam