Cerita duit belanja Furqan darjah 1. Jika diingat kembali, 3 orang anak-anak saya yang bersekolah masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Tetapi cerita Furqan adalah berbeza daripada anak-anak saya yang lain. Maka, saya naikkan memori itu di dalam blog sebagai tatapan umum.
Tidak dinafikan lagi, anak-anak saya semuanya tidur lambat. 10.30 malam baru lah waktu tidur mereka. Bukan tidak pernah ajar untuk tidur awal, akibat tidur awal mereka ni semua akan bangun lambat untuk ke sekolah. Berbeza pula jika tidur lambat, seawal 5 pagi mereka sudah bangun untuk ke sekolah.
duit belanja in english adalah pocket money. Tapi dalam entri blog ini mahu saya ceritakan duit belanja Furqan darjah 1.
Ulang kaji
Sebelum tidur, saya ulang kaji cara menggunakan duit belanja yang diberi setiap pagi dengan duit bantuan khas persekolahan sesi 2023 . Duit belanja sebanyak RM 3 diberikan kepada Furqan darjah 1 sahaja untuk setiap anak untuk kesekolah.
Selepas jadual persekolahan Furqan tahun 1, siap disusun.
Malam ni, mama nak ajar belanja duit makan. Kita ulang kaji sikit. Boleh ya.
"Ni ape?" Soal saya kepada Furqan.
"Duit." Intonasi suara Furqan yang bersemangat, apabila melihat 3 note biru ditangan mama.
"Ok. Sekarang mama nak ajar, beli macam mana. Kamu beli apa waktu rehat?"
"Pasta. Dua ringgit je mama."
"Ok. Sekarang duit warna biru ambil 2 keping berikan kepada makcik kantin . Lagi baki seringgit nak buat apa?"
"Beli keropok."
"Ok. Baki ni beli keropok. Jangan beli air Milo. Sebab kamu dah bawa bekal air masak."
"Baik mama." Dengan mengangguk kepala, tanda faham dengan arahan yang diberikan.
***
"Ok, sekarang kita tukar situasi. Kamu pula pegang duit."
"Nak ape dik?" lagak saya seperti makcik kantin. Konon mahukan situasi urusan jual beli seperti di kantin sekolah.
"Nak beli pasta. Nah, makcik. 2 keping warna biru." Tersengih Furqan sambil hulurkan note berwarna biru.
"Lagi?"
"Nak keropok juga." Balas Furqan.
"Ok. Duit adik dah habis ya." Ujar saya selaku makcik kantin.
Sementara itu..
sambil menggeleng kepala, suamiku yang dari tadi duduk di atas sofa melihatkan aksi dua beranak berlakon.
P/S : 3 kali kami berlakon untuk fahamkan Furqan tentang duit belanja. Supaya dia tidak lupa. Semalam, dia bawa balik duit Rm 4. Katanya, kawan baik berikan duit raya.
Kesimpulannya:
Anak-anak darjah1 seharusnya diingatkan. Sentiasa ulang kaji tentang cara bagaimana penggunaan duit belanja terutamanya kepada darjah 1 serta pengiraan duit dengan tepat. Tujuannya supaya anak-anak kita tidak ditipu dan tidak salah dalam membuat pembelian di kantin sekolah.
0 Ulasan