Hilangkan stress di 2 Lokasi berbeza sehari iaitu Tempat Berkelah di Kuantan

 Bagaikan mimpi buat saya serta anak-anak tanpa ditemani oleh suami. Kami berada di 2 lokasi berlainan sehari di tempat berkelah di Kuantan. Mana tidaknya, kami sangat teruja ketika pergi berkelah di lokasi berbeza iaitu Pantai Sepat dan juga Sungai Lembing. 


Cadangnya, hari Ahad memang mahu duduk di rumah sahaja. Tetapi, memandangkan angah balik bercuti di Kuantan. Maka, dia yang buat perancangan. Katanya rindukan pantai.  Maklumlah, dia sudah lebih 5 tahun menjadi rakyat Johor dek kerana tuntutan kerjanya. 

 

 Sebenarnya mahu ke Pantai Cempaka atas lagi tu.

 

tempat-berkelah-di Kuantan
Pasir Kubur, Sungai Lembing

 


Berkelah di Pantai Sepat


Dengan cuaca di Kuantan suhu telah mencecah 33'C. Yang mana, memang tidak dinafikan ianya panas. Kami berkelah di Pantai Sepat, Kuantan. Walaupun berteduh di bawah pokok-pokok besar. Namun, suasana masih panas membahang. Dengan ketiadaan angin, ya allah. Sungguh panas! 

 

Kami hanya berada di Pantai Sepat selama 3 jam sahaja. Yang mana sempat lah juga membuat BBQ di situ. Dan sempat lah kami kenyangkan perut sebentar. 

 

Apabila sudah menginjak ke tengah hari.  Kami 2 buah kereta berangkat ke Sungai Lembing. 

 

 

Teringat kata-kata angah :

 

"Eh, jom kita mandi-manda kat Sungai Lembing pula. Sejukkan badan kat sana. Sini tak sesuai dah panas sangat."

 

"Ok, ok. Jom sekarang! ujar adik nombor 4." Laju jawapan diberi setelah mendapat arahan daripada kakaknya.

 

Dengan itu, laju kami berkemas di tapak perkelahan tersebut. Excited untuk mandi sungai pula. 

 

 

Pasir Kubur Sungai Lembing atau nama barunya Pasir Puteri Sungai Lembing

 

Lebih kurang 40 minit kami ke lokasi. Akhirnya tiba. Ya allah! betul-betul berubah rupanya Sungai Lembing. Sudah kena bayar tapak sebanyak RM 5. Serta kanopi sewa dikenakan sebanyak RM 35.00 untuk kadar sewaan selama 1 hari sahaja. 

 

Masya allah, tabarakallah. Sungguh seronok kami. Terutamanya anak-anak. Ini lah pengalaman pertama kali anak-anak bermandi-manda di Sungai Lembing. Syukur! juga adik bongsu bersama  2 anaknya yang masih kecil turut serta.

 

Kebetulan sangat, suami sibuk bekerja. Jadi, tugasan mama lah menggembirakan anak-anak. Sungguhlah, anak sulung sudah mula merungut dengan abahnya bahawa setiap hari  bekerja. Maka, hari Ahad  untuk mereka bersuka-ria. 

 

 Info tambahan sebagai peringatan penting,  ketika berada di Pasir Kubur, Sungai Lembing!


Sungguhpun, Sungai Lembing adalah tempat beriadah orang ramai. Ada juga pelancong yang tidak tahu bahawa tempat ini telah banyak mengorbankan nyawa pengunjung di sini. Hanya yang tahu sahaja,  tidak akan menghampiri kawasan tong hijau, oren dan biru. 


Kerana di situlah. tempat kejadian dipercayai mangsa lemas.

 

Nama  lokasi yang kami kunjungi adalah Kg Pasir Kubur. Jika dahulu, airnya sangat sejuk. Kini, telah berkurangan rasa tersebut. Mungkin disebabkan faktor cuaca yang panas melampau.

 Tibanya di Sungai tersebut, kami terus masuk ke dalam sungai. Sebelum itu, sudah saya ajarkan pantang larang kepada anak-anak apabila memasuki ke tempat ini. Hormati dan baca bismillah 5 bagi perlindungan diri mereka. Ya allah! syukur. Walaupun air tersebut tidak terlalu sejuk, tetapi bagi kami syukur. Dengan aliran air laju mengalirnya. Lagi bertambah seronok. Kami memilih kawasan tengah, iaitu dimana berhadapan kanopi kami. 


Apabila jam menghampiri 2 petang, aliran arus air sungai semakin laju. Kata abah, mungkin air dari hulu turun. Orang ramai dah pun naik ke darat, sambung makan kot. Sebab ada yang sedang membakar ayam dan ikan di tapak kanopi mereka. 


Kami juga beruntung, menu BBQ kami semuanya sudah dimasak sewaktu berada di Pantai Sepat tadi. Datang ke Sungai Lembing hanya mandi dan makan sahaja. Selain ayam BBQ, ikan serta hotdog, bekalan makanan kami adalah bihun goreng beserta ais cincau. 



Tempoh  masa


Kami berendam di dalam Sungai sehingga habis tangan dan kaki masing-masing kecut dan pucat. Hanya saya, anak-anak, angah, suami dan kakcik ( adik nombor 4 ) sahaja yang berendam lama. Manakala, abah tidak begitu lama berendam. Temankan mak di kanopi. 


Adik bongsu  hanya menemani anaknya bermain air sahaja di kawasan cetek. 

 

Hampir 4 jam juga kami bermain air. Seronok! katanya anak sulung. "Dah hilang stress mama." 

 

 

 6.30 petang ,  tiba kami di rumah. Alhamdulillah~ syukur kepada allah swt. 1 hadiah Allah berikan kepada anak-anak iaitu keseronokan. Syukur! 2 lokasi berbeza, dalam sehari untuk tempat kami berkelah di Kuantan.



Pesan saya, jika kalian mahu mencari tempat berkelah di Kuantan. Boleh pergi Pasir Kubur, Sungai Lembing. Manakala, Pantai Sepat lebih sesuai berkelah pada jam 5 petang hingga matahari jatuh.



Pasir kubur-sungai-lembing
Gambar pada tahun 2010. Dating bersama suami.






 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan