Pengalaman sebagai penulis Artikel SEO : Ilmu Copywriting dan Artikel SEO berkaitan

 Sejak bulan June 2023, jadual tiba-tiba boleh jadi padat. Titik permulaan  dari menulis artikel SEO di salah satu syarikat yang menjual produk kesihatan. Ketika itu, saya diberikan peluang menulis 5 buah artikel sahaja. Nampak best je kan? dapat job menulis. Tapi di sebaliknya, ada kisah tersembunyi. Pengalaman menulis artikel SEO. Dalam artikel ini saya ceritakan sebagai penulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ). 


pengalaman-menulis-artikel-SEO


5 Mitos SEO di mata Pelanggan yang anda patut tahu!



Detik pertemuan dengan klien



Klien terjumpa saya di platform Facebook ketika itu. Jika difikirkan saya, Facebook saya sukar close job. Maklumlah, personal branding tidak kuat dengan memiliki 710 pengikut di sana. 


Satu hari, saya di tanya oleh klien. Artikel SEO saya ini bagaimana saya menulisnya. Selain itu, apa keyword yang saya gunakan? cara mencari keyword dan sebagainya. Paling penting,  mahu lihat contoh artikel yang pernah di tulis sebelumnya. 


Sewaktu di soal oleh prospek di bahagian Messenger, ligat otak berfikir. Mana nak cari artikel sebenarnya. Maklumlah, sebagai Ghost Writer hasil kerja adalah kerahsiaan. Hak penulisan hanya untuk klien yang lepas. 


Mujurlah, saya pernah menjadi penulis tamu di salah satu website. Apabila menjadi tamu, profile penulis memang sedia ada di paparkan penghujung artikel. Ini kerana klien membenarkan penulisan saya dikenali. Ini peluang yang saya gunakan sebagai contoh penulisan yang boleh di tunjukkan kepada prospek. 



Sesi meeting sebelum prospek memilih saya sebagai penulis


Wah, bayangkan. Memang prospek tiada pun mention, dalam chat messenger tu bahawa partner beliau mahu tanya saya dengan pelbagai soalan. 


Bayangkan, sekali Zoom Meeting dilakukan. 1001 soalan yang di keudarakan. Ya Allah! nasib lah segala pertanyaan beliau berkaitan bidang saya dan marketing. 


Selain SEO, beliau juga bertanyakan copywriting dan hal-hal Content Writer di Media sosial. 


Saya seakan di temu bual seperti menghadiri interview pekerjaan tau. Kecut sekejap! darah seakan berhenti mengalir dalam badan saat soalan diajukan. 


Paling kelakar lah saat interview sedang berlangsung. Saya, prospek yang chat dan partner beliau. Semuanya lelaki. Saya ni cepat menggelabah kalau macam ini tau. Haha.


Dari dalam ruangan menulis dalam bilik, sehingga ke ruangan tamu saya bercakap. Mujur lah klien sudah OFF video, memandangkan line internet asyik bermasalah. Itu yang sampai berjalan dan meniarap ketika saya bercakap. Maklumlah, nak hilangkan rasa gugup. 


3 hari selepas itu, klien memberitahu kata putus mahu mendapatkan 5 artikel SEO daripada saya. Klien ini juga mengadu kepada saya bahawa, sebelum ini pun mereka ada hire Ghost Writer tetapi seakan tidak berpuas hati. Maksudnya mungkin servis tersebut tidak sampai kepada mereka. 


Klien kali ini memerlukan saya membaca semua bahan-bahan kajian mereka. Bahan mereka termasuk journal in english. Juling juga lah bacanya.  Semuanya sebagai maklumat tambahan untuk artikel SEO. 


5 artikel tersebut termasuk menulis artikel mengenai company profile. Huhuhu. Bayangkan? nasib baik dengan berbekalkan ilmu copywriting saya berkebolehan. Jadi, copywriting dan artikel SEO bersangkutan sebenarnya. 


Akhir kata, sengaja saya menulis artikel ini sebagai rujukan pembaca. Artikel ini santai sahaja. Tanpa keyword dan format SEO. Masih menyiapkan 20 jenis  artikel kesihatan klien berlainan. 








Anda sedang mencari penulis untuk menulis artikel SEO di website?





Mahu melanggan servis penulisan SEO daripada Nor Azlina?






Terus whatsapp ke langganservispenulisan

Catat Ulasan

0 Ulasan