Selain menerima upah sebagai penulis upahan . Saya juga mempunyai blog peribadi. Pada permulaan, saya hanya mencari di Google sahaja bagaimana cara buat blog sendiri. Akhirnya, muncul lah blog dengan nama ehbelogaku.com . Blog bila sudah berusia, semakin menjadi rebutan pelanggan ya. Yang ini ramai pengguna tidak tahu. Buat blog jangan fokus kepada pengiklanan melalui Adsense sahaja, Adsense perlu menunggu tabung penuh. Jika ada ingin tahu lagi, banyak cara buat duit dengan segera.
menulis sebagai terapi |
Sebagai contoh biasanya klien akan tawarkan kepada saya dengan sponsored post, link placement, dan review bertulis di blog. Pelanggan dalam dan luar negara. Konsep ini win-win situation. Tetapi, ianya perlukan masa untuk bina kepercayaan pelanggan.
pernah disindir dengan nama blog saya. Namun, saya tahu hala tuju blog peribadi.
Mungkin ada yang berkata, tidakkah rugi buat blog?
Sebenarnya, tidak. Tiada pembazirab apabila kita laburkan duit dan sebaliknya ia memberi pulangan yang besar di masa akan datang.
Apakah yang saya laburkan untuk memiliki blog peribadi :
1. Bayar hosting dan domain secara tahunan.
Kos beratus. Nilai sebenar saya sudah lupa. Saya menggunakan domain dan hosting daripada netKL. Untuk blog wordpress saya www.azlinaghostwriter.com bernilai RM 260 setahun.
2. Ubah cantikkan blog
Yang ini, saya upah orang untuk design blog. Sejak blog dibina tahun 2017, kurang dari 10 orang saya sudah menggunakan khidmat mereka. Betulkan template, dan kemaskan blog. Masa saya berniat untuk tahu cara buat blog sendiri, sudah berazam mahu upah sahaja orang sebab tidak mahu sakit kepala main coding, lagipun ianya bukan kepakaran saya.
3. Kos masa
Saya habiskan masa beberapa tahun untuk hasilkan artikel-artikel di blog. Keseluruhan artikel ialah hampir mencecah 300.
Walaupun blog peribadi yang memaparkan pendapat dan pengalaman, juga terdapat konten artikel yang unik lain di mata pelanggan.
4. Broken link
Setiap kali ada error di blog, saya sendiri perlu pastikan bersih dari error tersebut. Jika tidak, akan affect SEO kepada blog.
5. Minat
Saya tidak buat blog kerana duit. Kerja saya hanya menulis sahaja untuk beberapa tahun, kemudian baru terima hasil atas artikel yang ditulis oleh saya.
Pesan saya, percayalah bila anda niatkan nak buat blog sendiri untuk dapatkan duit. Nescaya anda akan penat dan berhenti di situ sahaja. Jadinya, tiada artikel di update. Sebab minda kita sudah di set nak duit, macam mana nak buat duit dengan blog. Berzikir yang ini sahaja, memang tidak kemana.
Seperti saya, blog dibina berdasarkan minat mendalam dengan penulisan.
6. Airmata
Tidak dinafikan, airmata pun kos saya juga. Setiap kali blog ada masalah ke apa, saya laburkan dulu dengan airmata. Kemudian baru jumpa jalan keluar, dengan izin Allah SWT.
Permintaan pelanggan untuk blog peribadi saya |
Kesimpulannya:
1. Tidak sesekali pernah merasa kerugian dalam melabur untuk blog peribadi. Hosting dan domain expired, cari sampai dapat kos untuk menampung domain jika expired. Usaha, doa, dan tawakal kepada Allah.
2. Tidak pernah menyesal memiliki blogspot dan belajar blog. Ini kerana, ada klien yang mengupah saya untuk menulis bagi pihak mereka juga. Pelanggan ini terdiri daripada individu perseorangan, bukan syarikat.
Cara buat blog sendiri
Berikut adalah langkah-langkah untuk cara buat blog sendiri:
2. Daftar akaun
2. Cara buat blog sendiri adalah dengan memilih tema atau template di blog.
3. Sesuaikan tampilan blog
4. Buat konten
5. Atur navigasi
7. Terus perbaharui dan kembangkan blog
1 Ulasan
Semoga terus berjaya dalam dunia penulisan blog
BalasPadam