Ujian dari Allah untuk hambanya

Bulan Ogos 2023, sesuai diberikan nama ujian dari allah untuk hambanya. Saya menerima ujian dari Allah, kali ini ujian lebih dasyat  dari sebelumnya. Allahuakbar! pada masa ini, seakan merasai nyawa di hujung tanduk. Dalam tempoh 2 minggu, sakit-sakit berlarutan. Sakit tersebut berpindah-randah dalam tubuh badan. Betapa seksanya saya. Mujurlah dalam tempoh tersebut, sekolah cuti penggal ke-2. Masya Allah, baiknya Allah susunan kali ini. 


ujian dari allah untuk hambanya
ujian allah untuk hambanya



Apa yang saya sakit

Ia bermula dengan sakit gastrik, kemudian pulih. Bersambung pula dengan sakit tekak, bayangkan tekak saya bagaikan ditoreh. Kesakitan tersebut, membuatkan saya hilang fokus untuk meneruskan  kerja ghostwriting. Kesakitan tersebut menjadikan leher sakit untuk disentuh, tidak bengkak namun tidak boleh mendongakkan kepala keatas. Tengkuk saya berat. Mungkin kerana kerja menaip terlalu lama, kadang-kadang saya menaip sehingga 5 jam lamanya bagi menyiapkan artikel-artikel SEO klien. Kemungkinan besar, ianya berpunca dari sini. 

Sewaktu tekak saya sakit, ada juga saya menunggu ketibaan batuk atau selsema. Biasanya, tekak akan sakit begini jika mahu batuk dan selsema. Sangkaan saya meleset, saya bukan selsema dan batuk. Tubuh badan saya hampir demam, tetapi bukan. Katanya doktor, petanda mahu demam. 

Setelah saya sihat selama 2 hari, kesakitan menerjah pula ke bahagian badan yang lain. Iaitu sakit berdenyut bahagian rusuk. Ya Allah, masa ini saya mampu berdoa sahaja supaya Allah angkat segera kesakitan saya tanpa meninggalkan kesakitan lain. Masa ini saya ingatkan mahu mati, tanda-tanda kematian 30 hari.


Bersambung sakit 

Sebelum kami pergi bercuti di Shah Alam pada minggu terakhir cuti sekolah. Lagi sekali saya diuji Allah. Betul lah orang cakap, ini antara ujian dari allah untuk hambanya buat seterusnya bagi menghapuskan dosa. Tetapi, kali ini pinggang saya sakit yang teramat. Sehinggakan saya bertanyakan soalan begini kepada suami . 

"Abang, saya ni nak kena sakit buah pinggang ke?" memandangkan abang ipar sakit buah pinggang yang perlu dialisis. Itulah saya tanya. 

"Bukanlah. Sakit tu ada tanda kaki bengkak dan urin berbuih. Tapi, awak langsung takde simptom." ujar suami. 

"Tapi kenapa ayang sakit ni. Tengah tidur waktu malam, pinggang sakit secara tiba-tiba. Tidur terlentang dan mengiring ke kiri dan kanan pun masih sakit."


"Nanti kita checkup di hospital ya."

Simptom saya sakit pinggang tu lain macam. Bukan sakit sehingga menganggu waktu kerja saya untuk menulis. Ada waktu tertentu sahaja. Iaitu tengah hari rembang, dia berdenyut. Sakitnya memang nak meraung! mujurlah hanya kurang dari 5 minit sahaja berlaku. Itu pun semasa memandu.

Kesakitan saya selama  2 malam menganggu waktu tidur. 


Ujian dari Allah untuk hambanya

Seterusnya ujian dari allah untuk hambanya ini adalah terkena keracunan makanan. Ia berlaku sewaktu saya makan malam di Shah Alam. Kononnya mahu menikmati seafood segar dari Sabah. Kemudian, nasib saya tidak baik. Tengah malam, saya menahan kesakitan yang teramat. Perut memulas, tanpa membuang air besar. Perut sakit setiap sejam, sehingga jam 5 pagi. Baru mengeluarkan najis. Cirit-birit saya sampaikan sakit-sakit sendi. Selama 3 hari saya sakit cirit-birit. Pergi ke Klinik, baru sembuh.

Walau bagaimanapun, ianya bukan pulih sepenuhnya. Hampir seminggu perut saya ok untuk menerima makanan. Jika tidak, sakit dalam perut.


Bagaimana saya  mengurangi kesakitan tersebut 

1. Sebelum tidur saya lakukan yoga. Walaupun ada pandangan ulamak mengatakan ianya tidak bagus, tetapi keadaan saya darurat ketika itu. Saya hanya niatkan untuk sihat sahaja. Masya Allah, allah dengar niat saya. 1 jam sebelum tidur saya buat Yoga. Ok lah, lembutkan urat yang tegang. 

2. Dalam ujian dari Allah untuk hambanya, saya juga turut membaca ayat-ayat syifa dan amalan pendinding diri lain seperti : 

Pagar diri dengan ayat 7 Mubin sebelum subuh, petang dan malam sebelum tidur. 

Perbanyakkan selawat keatas nabi untuk mendapat syafaat. 

Al-kahfi setiap kali solat. Hanya baca ayat 1-10 terawal , dan ayat 100-110 ayat akhir. 

Ayat An-Nubbuwah. Ayat ini saya amalkan selepas solat 5 waktu sehari

Ruqyah  jibril kepada Nabi, sewaktu beliau di sihir. Bukan masalah  sihir sahaja boleh diamalkan, malah untuk pulih dari sakit. Sama ada pandangan ain, gangguan jin dan sihir. 

Amalan doa daripada Ustaz Ariffin Ayob. Saya ikuti beliau di channel Youtube . 

Masya Allah, tabarakallah. Dengan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran saya sembuh. Ujian dari Allah untuk hambanya kali ini adalah berat bagi saya. Tiada lagi sakit bersambung-sambung. Berdasarkan pengalaman ini, saya rasa seperti tidak mahu aktif di media sosial. Doakan untuk saya kembali. Sekarang saya sedang beramal dengan ayat-ayat suci al-quran dan cara hidup islam yang sebenar. Untuk keduniaan, saya rasa macam sudah kurang. Saya hanya post status untuk bercakap perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa menyakiti mana-mana pihak. 







Catat Ulasan

0 Ulasan