2 malam, aku sudah tidak lena tidur. Berapa jam je tidurnya. Ini semua disebabkan syaitan laknatullah, iaitu gangguan jin yang datang bukan kepada diriku sahaja, malah seisi rumah turut diganggunya. Bukan aku seorang sahaja yang dengar, tapi seisi rumah. Suami dan anak-anakku.
Apa jenis gangguan
Jenis gangguan yang biasa aku lihat adalah kelibat di siang hari. Kadang-kadang tengah memasak, aku rasakan bilik stor yang bersebelahan dapur basah aku seperti ada kelibat yang mengintai dari dalam. Tapi, aku abaikan sahaja. Malas nak melayan, kalau dilayankan agaknya memang tidak berasap dapur. Adakalanya, kelibat tersebut aku rasakan itu semua khayalanku.
Gangguan JIN yang aku terima yang lebih teruk iaitu kerap di belakang badan kena cakaran. Bangun pagi jer, terasa pedih. Rupanya dah ada kesan cakaran panjang.
Bukan aku sahaja yang kena cakar, suami ku sendiri alami nasib sama. Sebanyak 2 kali sahaja. Hahaha, sebab masa tu suami tidak percaya yang mengatakan bahawa dalam rumah kami ada JIN.
Bila gangguan menganggu
Gangguan tersebut mula menganggu keluarga kami pada tahun lepas. Masa tu, kami buat tidak endah sahaja. Yer lah, mungkin anak-anak jiran sebelah yang buat bising. Maklumlah, anaknya jika tidak silap saya 6 orang, dan semuanya dari usia sekolah rendah dan paling bongsu bawah 6 tahun. Jadi, saya fikirkan bunyi terebut datangnya daripada rumah sebelah.
Bagi menguatkan lagi kenyataan diatas, suami pun pernah bertanyakan hal ini kepada jiran sebelah. Dan, beliau akui anaknya yang bongsu mengamuk tengah malam sambil ketuk dinding.
Pada tahun lalu, rumah selang 3 buah daripada rumahku. Tuan rumah tersebut memanggil budak-budak Tahfiz membaca serta memagar rumahnya pada siang hari. Ermm.. ada kemungkinan tak ek? beralih ke rumah lain pula bangsa JIN? wallahualam.
ATAU bangsa JIN yang berada dirumahku adakah kemungkinan daripada batu yang ku ambil
Bunyi menukang
2 hari lepas, aku dan anak-anak masuk tidur jam 10 malam. Jika korang nak tahu, semua anak-anakku ketakutan nak tidur di bilik mereka. Jadi, kami berkumpul di bilik utama.
Sedang lena kami tidur, ada bunyi ketukan yang terlalu kuat di dinding rumah. Bunyi tersebut sebanyak 3 kali.
"Tung! Tunggggg! Tunggg!" bunyi tersebut seakan orang menukang rumah.
Korang bayangkan, dah tengah malam bunyi macam orang menukang pada dinding rumah. Tapi, bunyi tersebut dari dalam dinding. Macam nak runtuh rumah kami.
"Al-Anuka Bilaknatillah! Al- Anuka Bilaknatillah! Al-Anuka Bilaknatillah!" suaraku memecahkan suasana tengah malam. Jam menunjukkan angka 1 pagi.
Sementara itu, Soffea menggelupur berselubung dengan kain selimutnya.
Maksud ayat tersebut adalah : "aku laknat kamu dengan laknat Allah"
"Allahuakbar!" celah laki aku secara tiba-tiba, apabila mendengarkan suaraku melaungkan potongan ayat tersebut.
Kemudian, bunyi seperti menukang sudah lenyap. Macam biasa, aku jenis sukar tidur malam jika sudah terjaga. Maka, dalam kepala ni bermacam-macam ku fikirkan sehinggalah terlelap.
Semakin mengganas usikan
Malam seterusnya, aku tidur berselimut sehingga menutupi mukaku. Hari tersebut, aku diserang selsema. Jadinya, hidung aku akan tersumbat apabila kesejukan aircond dan juga terkena angin kipas siling.
Sedang aku tidur lena, kain selimutku ditarik. Dan aku perasan, kain yang menutupi mukaku bergerak. Korang sila bayangkan macam mana perasaan korang jika berlaku? jantung aku berdegup sangat laju, mengalahkan enjin turbo kereta lakiku. Allahuakbar! dalam masa yang sama, aku ketakutan.
Sebaik kain selimutku ditarik, aku spontan membuka selimut dan "Allahuakbar!" spontan kalimah Allah keluar daripada mulutku. Dan terus berpaling ke sebelah kanan. Sebab tadi aku tidur secara terlentang, dan aku dapat rasakan ada sesuatu berpaut di kakiku.. berat. Kerana kaki ku mahu menjadi kaku dan hampir tidak boleh bergerak.
Aku ingatkan setakat itu sahaja usikan pada malam itu. Rupanya tidak!
"Ketak, ketakkkkkkkk, ketakkkkkkkk." Bunyi seakan benda terjatuh, macam guli tapi tak tahulah tu. Memang bunyinya begitu.
"Tunggggg, tung, tunggggg, tungggg, tung!" kedengaran pula bunyi ketukan yang keras di dalam dinding. Iaitu lokasi dinding tersebut hanya bersebelahanku sahaja. Aku memang tidak berani untuk memalingkan muka ku kearah dinding tersebut. Dan, anak bongsuku tidur di tepi dinding.
"Al-anuka Bilaknatillah!" nampaknya bunyi tersebut semakin kuat kedengaran.
"Al-anuka Bilaknatillah! Al-anuka Bilaknatillah , Al-anuka Bilaknatillah!" aku melaungkan sekuat hati kearah dinding tersebut lalu meniupnya kali ini. Namun, usahaku gagal! kerana bunyi tersebut semakin kuat. Lebih kuat dari suaraku.
Bacaan ayat Qursi mula ku bacakan saat ini. Seperti tadi, gangguan bunyi semakin kuat sehinggakan semua anak-anakku terjaga daripada tidur. Mereka semua memerhatikan tingkah laku ku.
"Kenapa bising malam-malam?" ujar suami.
"Syhhhh! ayang nak habiskan malam ni juga. Penatlah kena ganggu macam ni!" marahku kepada suami. Sebab suami memang tidak percayakan hal-hal ghaib. Katanya, bunyi-bunyi tersebut terhasil daripada paip bocor sahaja.
Sewaktu azan dan ayat Qursi dibaca secara berulang, dan bunyi yang menganggu seperti guli-guli jatuh bertaburan ke lantai disertai bunyi menukang yang bingit semakin kuat seperti mahu menenggelamkan suaraku ketika itu. Aku daripada berani, terasa kerdil secara tiba-tiba. Dengan suami yang tidak percayakan hal-hal begini.
Aku mendapat akal. Teringat satu video yang aku tonton di TikTok dan juga aku amalkan selepas solat.
Aku laungkan sekuat hati dalam keadaan bertenang, dan bergantung harap sepenuhnya dengan kalimah Allah SWT. Ini senjata terakhirku ketika ini.
Allahumma sholli ‘ala muhammad,
Ya Rabbi sholli ‘alalihi wasallim
Ya Allah limpahkanlah sholawat kepada Nabi Muhammad SAW, wahai Tuhanku limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepadanya
Allahumma sholli ‘ala muhammad,
Ya Rabbi sholli ‘alalihi wasallim
Ya Allah limpahkanlah sholawat kepada Nabi Muhammad SAW, wahai Tuhanku limpahkan rahmat dan kesejahteraan kepadanya
Rabbi fanfa’na bibarkatihim,
wahdinal husna bihurmatihim Rabbi fanfa’na bibarkatihim,
wahdinal husna bihurmatihim
Ya Allah dengan barokah mereka berilah kami kemanfaatan, dan dengan kehormatan mereka tunjukkan kami kepada kebaikan
Kesan gangguan tersebut.
Cara untuk mengusir JIN dalam rumah
1. Keesokan harinya, aku membaca potongan ayat yang diberikan oleh Ustaz Shahzan di TikTok seperti dalam gambar. Ia mujarab dalam mengusir JIN yang berada dalam rumahku. Setelah aku ulang baca 2 kali iaitu Asar dan malam sebelum tidur. Tidur malam kami tenang tanpa gangguan. Allahuakbar! syukur dengan izin mu Ya Allah.
Doa pengusir JIN dari kediaman |
2. Selain daripada itu, jika ku rasakan seram di dalam rumah atau ternampak kelibat. Aku melantunkan selawat tempur yang diajar oleh Ustaz Ujang Bostami daripada Indonesia. Begitu juga dengan anak-anak, mereka diajar olehku untuk mengamalkannya supaya mereka tidak terlalu takut. Seterusnya menjadi kekuatan kepada mereka.
Secara kesimpulannya, jika di rumah korang mempunyai gangguan. Tidak memadai jika korang pasangkan ruqyah plugin sahaja. Sebab rumahku pun sudah dipasang dan tidak menjadi. Kerana sebaik-baiknya adalah bacaan yang keluar daripada mulut kita sendiri dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Segala petua saya sudah kongsikan untuk menghalau gangguan JIN dari rumah, semoga anda dapat beramalnya untuk mengelakkan dan semasa kejadian.
0 Ulasan