Show Don't Tell video review Gaya Nabila Huda di TikTok

 Dah stress dengan ghostwriting job, saya inginkan ketenangan pula. Terus laju jari-jemari runcingku meluncur membuka aplikasi di TikTok. Maka, saya terjumpa satu video produk review memasak daripada Nabila Huda atau nama panggilannya Abil anak penyanyi Amy Search. Saya tahu, nak tenang sujud kepada sang penciptanya iaitu Allah SWT. Namun, cara lain dengan kaedah memasak sebagai terapi saya selain menulis untuk diri sendiri, dan bagi pihak orang lain. 


Info tepat mengenai Cara review produk berkesan 



cara-review-produk






Seharian, saya menonton video secara berulang daripada pelakon Nabila Huda di Tiktok. Terminat tanpa sengaja, apabila konten memasak beliau melalui wall saya tempoh hari kerana keunikannya. Dalam masa yang sama video memasak ini lah yang boleh digunakan untuk review produk.

Video memasak, simple je. Yang buatkan,saya jadi nak memasak menu western adalah :


1. Menu yang di masak


adalah kegemaran saya setiap kali makan di luar. Juga, kegemaran ramai jika menu western. Takkan 24 jam makan nasi je kan?

2. Langkah demi langkah memasak yang mudah.


Walaupun tiada suara, tetapi masih boleh difahami oleh penonton.

3. Video ada subtitle


Yang ini, mungkin dah ramai yang buat. Sebenarnya subtitle yang menjadikan orang berulang tengok. Selain itu, dapat naikkan views.

4. Ada emosi dalam video masakan


Tidak ramai yang tahu, emosi adalah paling berpengaruh dalam apa jua jenis konten sama ada video di Tiktok atau teks.

Dalam video, beliau masukkan emosi seperti gembira, excited dan bahagia sewaktu menikmati hidangan. Dari sini, sudah mempengaruhi penonton untuk mencuba resipinya.

5. Show don't tell


Hampir kesemua diakhir videonya, saya perasan beliau menggunakan lunch box dari La Gourmet.
Juga ditunjukkan dalam video, bagaimana beliau menyusun makanan dalam lunch box tersebut.

Permulaan, saya pun tidak berminat dengan lunch box set bag. Tetapi, disebabkan ianya berulangkali ditunjukkan dalam video memasaknya jadi terminat tanpa sengaja. Saya kira Nabila Huda menggunakan teknik Show Don't Tell menjadi di TikTok.


5. Elemen Curiosity dalam video


Nabila Huda buat penonton tertanya-tanya. Dan akhirnya saya buat carian di Google. Hahaha.

Ok lah, nak beli pun anak-anak jenis tak bawa bekal. Jadi, tahan sahaja lah untuk tidak membeli.


Kesimpulannya:

1. Video beliau, telah buatkan saya rajin untuk mencuba menu western baru. Dalam satu masa, dapat menjimatkan duit saya juga. Haha.

Jika tidak, kos sepinggan RM 20 keatas. Kadangkala dapat spaghetti hanyir bau telur, muak dek terlebih keju, dan tidak setimpal dengan harga di bayar.

2. Nak buat review produk, boleh masukkan ciri nombor 2 hingga 5.

3. Review tidak nampak terlalu menjual.

P/S : Jika anda nak review produk bertulis di blog bagi tujuan awareness sahaja, boleh mengupah saya untuk menulis produk anda. Yang pastinya, produk anda akan berada di carian Google mengikut format Search Engine Optimization ( SEO ) yang mana menggunakan keyword tertentu.



Review produk bertulis SEO terus whatsapp ya. Saya akan review produk secara bertulis di blog www.ehbelogaku.com . Menggunakan format SEO, keberangkalian artikel berada di halaman pertama Google sangat tinggi.






Catat Ulasan

0 Ulasan