Ulang Tahun Anak Nombor 3 Arif Furqan

 Ulang tahun kelahiran anak nombor 3 saya, iaitu Muhammad Arif Furqan bertarikh 15 Oktober. Walaupun anak sudah memasuki ketiga ketika itu, seakan seperti kelahiran anak pertama. Ini kerana pertama kali menerima anak lelaki ketika itu. Masya Allah, Tabarakallah. Syukur kehadrat ilahi, akhirnya Allah izinkan juga anak lelaki sebagai pelengkap rumah tangga kami. 


 Selain memiliki Arif Furqan, kami turut memiliki seorang lagi anak lelaki ( bongsu ) dan bersama 2 orang anak perempuaan. Dengan izin Allah SWT. 


ulang-tahun-kelahiran-anak


Mengandung anak lelaki 


Kenangan mengandungkan Arif memang mencabar. Iaitu cabaran terbesar adalah kewangan. Setiap hari saya  mengidam, mahu makan asam pedas kepala ikan merah. Menitis juga airmata suami ketika itu. Airmata saya juga akan menitis, jika hajat saya tidak dilunaskan. 


 Jadi, saya memasak kepala ikan merah  itu, hanya lah pada sebelah bahagian sahaja. Manakala, sebelah pada menu keesokan harinya. 


Pada tahun saya mengandungkan Arif, saya masih belum lagi menjadi Ghost Writer . Hanya aktif sebagai blogger, itu pun sudah ketiadaan job agak lama ketika itu. Jadi, saya memang bergantung harap sepenuhnya kepada suami. Sedih giler kan?  


Namun, dalam kesedihan tersebut. Setiap kali solat 5 waktu, saya akan mengulang baca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai bacaan  harian saya. Al-Quran juga saya jadikan pengubat hati ketika itu. 


Bersalin anak lelaki 


Dengan izin Allah SWT, saya berjaya lahirkan anak cukup bulan. Matang kandungannya iaitu pada minggu 38 kelahiran. Masya Allah, Tabarakallah. Bukan anak premature lagi. 


Jika diikutkan sejarah kehamilan lalu, saya pernah melahirkan baby premature seawal 35 minggu, sementara kandungan kedua juga berisiko kerana sering turun darah seperti mahu keguguran sehingga usia kandungan 6 bulan. 


Allah juga mudahkan urusan saya bersalin. Masuk ke Labour Room pada jam 6.00 petang Sabtu, 6.30 petang saya sudah selamat melahirkan Muhammad Arif Furqan dengan berat 2.9Kg. Syukur!




Melahirkan kamu, seperti pertama kali baru memiliki anak. Setiap inci tubuh kamu, mama periksa, melihat ciptaan Allah dengan penuh kesyukuran waktu itu.

Sambil diselang-selikan juga alunan bacaan zikir-zikir nama Allah ketika itu. Iyalah, memuji Allah tanda syukur kerana akhirnya memiliki juga anak lelaki.

Mama tidak tidur selepas beberapa jam melahirkan kamu. Allahuakbar! punya rasa tidak percaya.

Memiliki kamu, seperti mempunyai 10 orang anak lelaki. Kamu banyak menguji kesabaran mama dalam mendidik.


Sering berdoa mahu bersalin, ketika waktu cuti atau weekend. Maka, Allah izinkan terus. Selamat bersalin pada hari Sabtu. Suami memang cuti jika hari hujung minggu. 



Proses tumbesaran anak lelaki


Benar orang cakap! bila mempunyai anak lelaki. Mak memang kena tahan lasak. Jika anda belum diizinkan lagi mempunyai anak lelaki, mungkin belum lagi sampai masanya kepada anda. 


Memiliki anak lelaki, anda akan stress. Seperti saya, menginjak ke umur 6 bulan. Arif Furqan sudah melasak. Sehinggakan saya migrain. Rasa lucu pun ada. Sebab mungkin sebelum ini, saya sudah mempunyai 2 orang anak perempuan. 


Jadinya, memang berbeza lasaknya. Sehinggakan anak sulung selalu merungut beritahu tidak mahu dah adik lelaki. Ini kerana, adiknya sering menganggu kakaknya. Manakala, anak nombor 2 pula sabar dalam melayani adiknya. 




Suka menolong di dapur ketika 4 tahun 


Apabila Arif Furqan menginjak ke usia 4 tahun keatas. Banyak perubahan keatas dirinya. Allah tiupkan semangat kelakian keatasnya. Iaitu sifat menjaga saya selaku ibunya, sudah boleh dilihat. Sehinggakan suami saya turut cemburukan, kerana anak ini sering melindungi dan menjaga saya. Sebagai contoh jika saya sakit. 


Sebagai contoh, dia juga seorang anak yang rajin menolong saya memasak dan membersihkan rumah. Masya Allah, Tabarakallah. Terima kasih kurniakan kami anak lelaki. 


5 Tahun 


Saya pernah diuji ketika itu, periuk pengukus yang saya masak menghasilkan letupan kecil. Menjadikan sebahagian tangan saya melecur teruk . Menggelupur sekejap saya ketika itu. Allahuakbar!

Arif Furqan dengan segera mengambil wuduk di dalam tandas, serta terus menunaikan solat. Tapi, saya tidak pasti solat apa yang dia lakukan ketika itu. Hanya 2 rakaat. Kemudian, dia berdoa minta kepada Allah SWT dalam keadaan menangis katanya jangan biarkan mama mati. 


Hati saya betul-betul tersentuh ketika ini. Anak yang berusia 5 tahun solat bagi meminta kesembuhan ibu yang melahirkannya. 



Dalam membuat hati saya gembira memiliki anak lelaki, ada juga perkara yang menyakiti hati saya. Antaranya, dia merosakkan adunan doh roti saya yang sedang berehat. Habis di picit-picit sehingga kempis roti yang sedang naik menggebu. 





Cita-cita 


Apabila disoal mengenai cita-citanya, Arif Furqa pernah memberitahu saya untuk menjadi PASKAL dan askar. Entah lah, semasa mengandung tiada pula saya menonton cerita begini. Mungkin disebabkan insirasi filem PASKAL juga barangkali, apa yang dilihatnya.

Dirumah, Arif Furqan bermain dengan Dumbell abahnya. Ringan sahaja Dumbell tersebut, dan satu lagi anak saya ini suka melipay pakaiannya masukkan  di dalam beg sandang. Saya sendiri tidak tahu persediaan apa lagi yang dibuatnya. 


Tiada kek sambutan Ulang Tahun Kelahiran


Selamat ulang tahun kelahiran, anak mama. Muhammad Arif Furqan yang ke-7. Tahun-tahun sebelumnya hanya order kek. Tapi tahun ini, sedikit kelainan kerana mama order dengan kawan kuih apam cartoon kesukaannya.


 Kebiasaannya, memang sebiji kek sahaja jika birthday anak-anak, tanpa hadiah permainan. Sebab abahnya gantikan dengan percutian 2 Hari 1 Malam ke Kuala Terengganu dan jalan-jalan di Melaka 3 Hari 2 Malam pada akhir bulan September 2023. 


Doa dan ucapan Ulang Tahun Kelahiran anak


Akhir kata, semoga anak mama dan abah menjadi seorang anak yang soleh dan bijaksana. Menjadi anak cemerlang di dunia dan menuju di akhirat.  Walaupun catatan ini tidak dapat dimengerti oleh Arif sekarang, mama percaya satu hari nanti Arif akan faham. 











Catat Ulasan

0 Ulasan