Majoriti netizen yang bercakap, buat apa nak ikut trending di Facebook? nak kena post itu ini. Bazir masa jer. Ada yang juga cakap-cakap, "tak mendatangkan apa-apa." Sebenarnya apa yang anda fikir itu semuanya salah. Mengikuti trending akan nampak bodoh, jika anda mengaibkan diri sendiri atau orang lain. Trending itu akan nampak membazir dimata anda, jika anda tidak tahu manfaatkannya. Mahu ikut trending di Facebook, piihlah trending yang berkualiti. Dalam artikel ini, saya akan bongkarkan apa kebaikan yang bakal anda terima jika Trending yang diikuti adalah yang positif.
Apa itu trending di Facebook?
Trending di Facebook adalah sesuatu posting berbentuk teks. Posting yang sama dilakukan oleh pengguna di Facebook sehingga ianya menjadi Trending.
Ianya adalah penulisan yang di muat naik ke status posting wall media sosial anda.
Contoh Trending di Facebook?
"Jika nampak saya, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang?"
Di posting ini, ramai rakan anda berebut-rebut mahu tinggalkan komen di ruangan bawah.
Boleh jadi dengan ikuti trending di Facebook buat orang kenal niche anda |
KEBAIKAN dan kesan mengikuti trending di Facebook ?
1. Aktif
Posting anda akan aktif, kerana ramai yang masuk komen di status tersebut. Secara tidak langsung, anda akan berhubung secara 2 hala bersama rakan-rakan Facebook.
2. Ukhwah
Dengan status tersebut, hubungan anda bersama kenalan alam maya bertambah rapat. Ukhwah sudah terjalin.
3. Engagement
Perbanyakkan bersyukur. Ini kerana dengan satu posting trending sahaja, rakan - rakan akan mula nampak status anda selepas ini.
Posting anda boleh pergi jauh, jika rakan kepada rakan tadi nampak status anda. Sebab ianya pernah berlaku kepada saya. Close 1 job hanya dengan posting begitu sahaja. Jika anda berbisnes, ianya satu bonus buat anda.
Jadi, anda perlu update status secara konsisten. Supaya audiens nampak dan kenal anda.
4. Orang kenal
Menurut pandangan saya sendiri, dengan sertai Trending di Facebook audien lebih kenal anda. Bagaimana anda tonjolkan diri di media sosial, jika anda suka berkongsi ilmu. Alhamdulillah.
Jika sebaliknya, terima sahaja.
Sebagai contoh, saya tonjolkan diri sebagai Ghostwriter dengan perkongsian pengalaman dan panduan Ghostwriter. Jadi, mereka yang akan masuk komen akan berkata demikian.
Melainkan jika saya suka bercerita mengenai anak-anak di media sosial. Audiens akan kenali saya sebagai ibu penyanyang dan bukanlah Ghostwriter.
5. Tricks
Trending di Facebook juga salah satu tricks untuk memikat bakal pelanggan. Bukan tujuan mahukan populariti atau seumpamanya., seperti yang di uar-uarkan segelintir orang.
Mengapa perlu sertai Trending di Facebook?
Sudah pastinya, rakan-rakan yang masuk di ruangan komen menjadikan Brand Image anda semakin kukuh di mata audiens. Dari sini lah bakal pelanggan akan percaya dengan anda. Trusted!
Selain itu, jangan lupa konsisten hasilkan konten berkualiti bagi menyokong pandangan audiens mengenai diri anda.
Berapa lamakah Trending di Facebook?
Trending kebiasaannya berlaku sekitar 7 hari sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika anda tetap melakukannya, audiens sudah tidak teruja untuk masuk tinggalkan komen.
Kesimpulannya mengenai Trending di Facebook, sila sertai jika ada. Ikuti trending semasa bagi menumpang vibe tersebut, asalkan ianya tidak mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Selain itu, ianya sangat bagus untuk mereka yang berbisnes. Ada juga yang mengatakan bahawa, dengan melakukan trending di facebook dapat kenal diri sebaiknya. Sebagai contoh, apa yang orang lain nampak mengenai dirinya. Ia juga dipanggil personal branding yang telah dilakukan sebelum ini.
1 Ulasan
Oh di FB pon ad trend ya..
BalasPadamCuya tahu trend di Tiktok saja.. hehe