Keluarga saya adalah Strong why untuk ke hadapan |
Firman Allah dalam Surah Al-Isra` ayat 31 maksudnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak mu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu."
Hasil duit Ghostwriting Job
Setiap kali ghostwriting job yang diterima bulanan terkumpul, saya sentiasa belanjakan untuk anak-anak. Selain makan-makan di luar bersama keluarga, juga saya belikan mereka dengan susu Lazz Kambing. Saya rasa lapang setiap kali dapat belanja anak-anak dan keluarga kecil kami.
Paling best, anak-anak sentiasa mendoakan kerezekian saya. Masya Allah, tabarakallah. Saya selaku sebagai seorang mama rasa mahu sahaja berjurai airmata. Kadang tu, boleh berpeluk saya dengan anak-anak asbab mereka.
Kadang-kadang perkara itu kecil dimata kita, tetapi anak-anak menganggapnya begitu besar. Jika kalian yang ada anak-anak, pasti boleh related kan perkara ini? kalian yang tidak pernah merasai suasana begini, lepas baca ini terus cuba ya.
Mustajab doa anak-anak ini, cepat atau lambat sahaja pasti Allah SWT makbulkan. Allahuakbar! The powerful doa daripada anak kecil.
Sebelum dapat menumpang rezeki anak
Sebelum dapatkan ghostwriting job, cabaran nya memang banyak. Selaku individu yang menjadi penulis upahan atau Ghostwriter secara sepenuh masa, tipu lah saya tidak diuji oleh Allah. Terlalu banyak.
Antaranya ujian mahu mendapatkan rezeki :
1. Mati idea untuk menulis 15 artikel setiap bulan. Jujurnya, mood kadang kala akan mati untuk menulis niche yang sama setiap hari. Memerlukan panjang Artikel SEO yang ditulis sebanyak 1500 patah perkataan . Boleh terbawa-bawa dalam mimpi tau setiap tajuk yang saya kupas tu.
1. Mati idea untuk menulis 15 artikel setiap bulan. Jujurnya, mood kadang kala akan mati untuk menulis niche yang sama setiap hari. Memerlukan panjang Artikel SEO yang ditulis sebanyak 1500 patah perkataan . Boleh terbawa-bawa dalam mimpi tau setiap tajuk yang saya kupas tu.
Antara cara kontra keadaan diatas, saya akan buat free writing di platform media sosial sendiri. Perlu muntahkan idea atau pendapat yang ada dalam kepala segera mungkin.
2. Masalah teknikal
Selain mengambil upah menulis artikel SEO, turut mengadakan kelas untuk penulis. Khusus buat mereka yang ingin belajar penulisan Search Engine Optimization ( SEO ) .
Dah siap recording, boleh pula recording tidak berjaya. Akhirnya, terpaksa saya korbankan masa untuk lakukan recording secara sendirian pula. Ini telah membazirkan masa saya antara ghostwriting job dan kelas.
3. Berlari
Semasa sesi Kelas Basic SEO berlangsung, boleh pula anak-anak bergaduh dalam Zoom Meeting. Haha. Jadinya, terpaksa saya take 5. Kalian bayangkan, terpaksa ada adegan behind the scene kelas. Sempat saya kejar anak-anak dengan hanger baju bagi mendiamkan mereka.
4. Aktif
Orang cakap, teknik saya merugikan sebab saya tidak fokus kepada platform media sosial. Bagi saya sungguh berbaloi dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tidak perlu fokus kepada 1 medium sahaja.
Tambahan lagi, saya menggunakan zero marketing. Jadi, wajar agresif di pelbagai platform media sosial seperti di Blog, website, Instagram, Facebook, TikTok, Whatsapp, Telegram, dan Youtube. Walaupun hasilnya tidak nampak sekarang, Insya Allah. Kita berserah kepada Allah SWT.
Secara keseluruhnnya, ibu bapa yang inginkan rezeki luas. Jangan lupakan anak-anak. Kerana ibu bapa hanya menumpang rezeki anak sahaja.
Jangan bersedih jika tidak dapat belanja anak banyak, sedikit pun boleh.
P/S : Jika ada antara pembaca yang minat menulis, dalam masa yang sama tidak tahu cara bagaimana mahu dapatkan pelanggan Ghostwriter atau serta mahu baca study case daripada 13 orang Ghostwriter. Boleh dapatkan buku Unseen Writer .
Feedback buku Unseen Writer |
0 Ulasan