Perompak Berjaya Memasuki Rumah Melalui Grill Tingkap Moden Waktu Siang

 Ya Allah, jantung bagaikan mahu gugur ke tanah apabila saya membaca daripada group whatsapp kejiranan kami dengan potongan ayat begini. "Salam, nak maklumkan bahawa rumah adik ipar saya bernombor 42 telah di rompak. Kereta hilang dan berhati-hati semua." Ketika chat di baca ialah pada 5.48 petang. Terus fikiran saya proses laju. Di mana perompak masuk? takkan di grill tingkap moden tu kot? grill pintu rumah? sliding door depan?  Serius, rasa mahu pitam. apa yang saya risaukan adalah 2 buah laptop kami turut hilang.


Korang nak tau tak, rupa-rupanya Allah dah datangkan petunjuk. Ketika tahun 2019 pada bulan Disember. Kayu rod langsir patah , mungkin perompak dah aim lama kot. Boleh teruskan bacaan. 


Sebelum rompakan berlaku, kami seisi keluarga diganggu . Dan, apa yang mengejutkan gangguan hilang selepas rompakan berlaku. Wallualam. Yang tidak pasti. 



grill-tingkap-moden




Diluah mati bapak, ditelan mati anak. Saya rasa peribahasa ini sangat sesuai dengan situasi sekarang yang menimpa kami sekeluarga. Innalillahwainna ilaihi rojiun. Tamat! semoga ianya berakhir. 


Sebelum kejadian, saya selepas menunaikan solat zohor terdetik untuk ke rumah mak. Hati saya berkata rindukan sangat mak dan abah. Sudah lama tidak ke sana. Jadinya, saya mengarahkan suami untuk menghantar kami ke rumah mak sebelum suami pergi kerja sebelah petang. Ini kerana, saya mahu duduk berlamaan di rumah mak. Oleh itu, suami yang hantar. Maklumlah, saya silau di waktu malam sewaktu pemanduan. 



Subaru Imprezza Hilang 


Dan, Allah gerakkan hati suami juga untuk membawa kereta Toyota Caldina petang kejadian. Kebiasaannya suami akan membawa kereta Toyota Unser milik company tempat dia bekerja sahaja setiap hari. Nak dijadikan cerita, di parking hanya ada kereta Subaru Imprezza bewarna putih dalam parking di rumah. 


Untuk makluman pembaca. Kereta Subaru milik suami adalah manual dan engine turbo. Maka itu, saya tidak boleh membawanya kerana pick up terlalu laju. Saya takut! tambahan lagi, suami pun tidak izinkan saya membawanya tanpa ada kepakaran. 


Detik-detik kehilangan kereta 


Grill tingkap moden rosak

Apabila suami pulang ke  rumah, didapati kereta kesayangannya tiada di parking kereta. Suami terus membuka pintu utama rumah, di dapati juga grill tingkap moden kami telah rosak akibat di umpil oleh perompak tersebut. 


Sungguh di luar kotak! bagaimana lah perompak boleh masuk, sedangkan grill tingkap moden yang di reccomend oleh tukang besi boleh di umpil dengan mudahnya. 


Suasana dalam rumah semuanya bersepah dengan baju-baju bertaburan di lantai. Di dalam bilik utama kami, handbag saya yang sering bawa untuk berjalan turut bergelimpangan di atas lantai. Semua barangan dalam handbag dikeluarkan. Handbag satu lagi saya bawa keluar, untuk kegunaan harian.


Ada kemungkinan perompak mahu mencuri duit dan barang kemas juga. Nasib baiklah, kami suami isteri tidak suka menyimpan duit dalam rumah. Manakala, barangan kemas yang saya sorokkan tidak disentuh langsung oleh perompak. 


Selain grill tingkap moden di umpil,  tingkap di bahagian dapur basah kami turut menjadi sasaran perompak. Namun,  perompak gagal berbuat demikian kerana grill bahagian dapur agak tebal. ( Sila rujuk gambar di bawah )


Kemudian, suami berlari ke arah rumah abangnya di hujung deretan taman kami. Terus bergegas ke Balai Polis terdekat untuk membuat report. Kejadian dianggarkan pada jam 3.45 petang Isnin ( 18 Disember 2023 ). 



Siasatan polis


Kami tidak dibenarkan untuk menyentuh isi rumah sebelum polis datang mengambil maklumat dan cap jari. Malam kejadian, saya tidak tidur di rumah. Suami tidak benarkan saya tidur di sini, kerana tingkap rumah kami tidak boleh di tutup. Risaukan jenayah lain pula yang menyusul. 


Ini kerana kesemua kunci kereta iaitu sebanyak 4 buah kereta turut dicuri oleh perompak, bersama kunci rumah. 



Hebahan 


Selepas mendapat berita musibah ini, saya terus menghebahkan ke semua media sosial seperti di group-group Facebook dan TikTok. 



Lebuhraya Pantai Timur


 Hanya 2 jam sahaja kereta Subaru Imprezz di larikan oleh perompak, orang awam mengatakan kereta ini telah memasuki Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ). Rumah saya di Kuantan dan untuk memasuki ke arah LPT pada waktu bekerja amat mustahil terlalu cepat. Dan, tidak mustahil juga perompak telah menekan pedal minyak sehingga rapat ke lantai kereta untuk menggunakan kuasa engine turbo tersebut. 



Belum pun 24 jam, kereta sudah dilihat berada sekitar Seberang Takir Terengganu. Smartphone suami memang tidak berhenti masuk dengan maklumat orang ramai. 
 




grill-tingkap-moden
Grill telah di cabut, untuk di bawa ke kedai besi untuk ukuran grill tingkap rumah 



Bila tingkap rumah ternganga macam ini, saya dan anak-anak takut untuk pulang ke rumah. Di tambah pula, kesemua kunci kereta sebanyak 4 buah telah di ambil oleh perompak bersama kunci rumah. Malam tersebut, hanya suami sahaja menjaga rumah. Laporan telah pun di buat pada hari kejadian. 



grill-tebal
Ini lah naco yang tidak berjaya di umpil. Grill ini agak tebal dan mempunyai lapisan iaitu palang dan grill



contoh-grill-tingkap
kali ini kami memilih design grill tingkap moden simple 


Akibat rompakan 


Banyak duit telah kami belanjakan untuk membaiki grill tingkap rumah, dan membuat kunci-kunci yang hilang pada keesokan harinya. Design grill tingkap moden seunit adalah RM 700 . Ada yang cakap mahal, namun kami faham. Dalam kesegeraan, harga boleh berubah. 


Masih ada berbaki 4 tingkap yang perlu ditukar demi keselamatan kami seisi keluarga. Semuanya akan ditukar pada masa akan datang seperti cctv dan alarm system turut menjadi keperluan. 



Pengajaran kepada kisah kami adalah jangan memiliki kereta terlalu banyak. Dan jangan ubahsuai kereta tersebut kerana kereta begitu adalah carian panas oleh perompak. Selebihnya adalah ujian daripada Allah SWT belaka. Kami sekeluarga reda dengan ujian kali ini. Jika tidak, selagi tidak reda dengan ujian ini, selagi itu lah kepala kami suami isteri sakit akibat stress. jadi jalan sebetulnya adalah reda dengan kehilangan harta dunia. 





Catat Ulasan

0 Ulasan