Suasana malam tadi,sunyi. Sungguh sunyi. Tanpa bunyi-bunyian di luar rumah. Tanpa bunyi cengkerik mahupun bunyi katak memanggil hujan. “Huhh! Panas betul malam ini, berbahang”. Pelik. Bentak hatiku.
Ku kira hampir
20 minit, Suamiku Bersama Furqan ( anak nombor 3 ) Sudah lena tidur didalam
bilik yang dipasangkan aircond jenama ACSON . Aircond yang sudah berusia hampir
10 tahun sama seperti usia perkahwinan kami.
Sementara
di ruang tamu pula ( ruang tamu aku yang simple cukup sekadar mempunyai sofa L,
TV dan 2 bidang karpet yang ku beli secara online ) aku Bersama anak-anak lain iaitu Soffea 5
tahun, Sara 8 Tahun dan baby Yusuf 8 bulan.
Sara sedang
asyik menonton channel Youtube favourite nya ( JOYAH ) , Soffea sedang lena
diatas sofa . Manakala, aku duduk di lantai beralaskan karpet shaggy ( jenis
berbulu tebal dan lembut). Sedang menyiapkan content client. Sedang asyik ku
menaip content, tiba-tiba..
Bunyi
sesuatu diluar rumah iaitu di parking kereta. Jadi, aku hanya buat-buat tak
dengar sahaja. Tak mahu menakutkan anak-anak.
Tetapi,
bila bunyi kali ke-2. Sesuatu ingin menghampiri sliding door.
“prap..prap..prap..
prapppppppp” semakin lama semakin kuat bunyinya. Bunyi seperti derapan kaki
orang berjalan di luar pintu sliding yang ingin menghampiri sliding untuk
masuk.
“mama,
bunyi apa tu?” kata Sara.
Kemudian
aku cuba mengamati nya lagi. Mana tahu, kot ada bunyi lagi yang dapat ku
dengar.
Ya, seolah aku mencabar dengan nya. Lalu ia berbunyi lebih keras dan
kuat.
“prapp..prappp..prappppppppp..” bunyi seakan orang berlari dengan
menggunakan selipar jepun yang basah.
Aku memandang Sara .. lalu kami sama-sama menjerit ketakutan.
Lantas terus kami berlari ke bilik utama, bagi mendapatkan suamiku.
Bukan kami sahaja yang berlari masuk ke bilik. Malah, Soffea yang sedang
nyenyak tidur diatas sofa pun boleh bangun dan berlari masuk ke bilik. Kalian
cuba bayangkan macam mana situasi tersebut?
Kemudian ..
“abang, ada benda lah kat luar tu” kata aku kepada suami.
Bagi menyokong kata-kata ku tadi.. Sara mengiakan sahaja.
“ya abah, ada bunyi betul-betul kat luar tu.” Sara takut ni..
Dengan muka mamai suami menjawab, “takde apalah tu. Kucing kat luar
cakar”
Kmudian baru aku teringat, aku tinggalkan Yusuf keseorangan di ruang
tamu. Lantas ku berlari anak mendapatkan yusuf disana. Alhamdulillah, Yusuf
okay sahaja.#
Sebenarnya, jam 9.30 malam kami ke Teluk Cempedak bagi membeli makanan
melalui “Drive thru”. Entahlah, kemungkinan ada yang mengikut pulang Bersama agaknya.
Yusuf memang ada menangis sewaktu pulang dari membeli makanan , tetapi
aku tak syak apapun masa tu. Dia tak mahu berenggang, sewaktu aku ingin ke tandas.
Hmmm..
.
1 Ulasan
Seram jugak tu. Semoga takde apa2 la.
BalasPadamDone follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊