Mengimbau kembali bisnes makanan dari rumah .

Semalam, singgah di kedai vendor jual aneka makanan termasuk kuih-muih dan desert. Maka, otak pun ligat mengimbau kembali bisnes makanan dari rumah pada tahun 2016 sehingga 2017.

Bila masuk je kedai, saya teringat satu ketika di mana saya perlu lakukan offline bisnes bagi merancakkan produk jualan ketika itu. Antara jualan saya adalah biskut-biskut raya seperti Almond London, Snow Almond, Semperit, dan Tart Nenas. Hot selling ketika itu adalah snow almond dan Tart Nenas. 




bisnes-makanan-dari-rumah




 

Apakah jenis-jenis bisnes makanan yang boleh dijual dari rumah?

Selagi isteri yang bergelar suri rumah pandai memasak makanan semua boleh dijual. Makanan yang mendapat permintaan tinggi di sebuah daerah yang anda menetap. Faktor makanan dijual mengikut trend perkembangan semasa, musim perayaan seperti bulan ramadan dan Hari Raya. Sama ada makanan berat dan makanan ringan. Sayang sangat jika suri rumah tidak manfaatkan bisnes makanan dari rumah jika mempunyai kemahiran memasak.

Introvert perlu ke depan jika mahu bisnes dari rumah

Berbalik kepada cerita, bayangkan seorang  introvert nak bercakap dengan orang yang tidak di kenali. Berpeluh-peluh muka saya peluh menitik. Dari satu kedai ke kedai saya masuk premis tersebut. Saya tebalkan muka masuk ke kedai orang untuk letakkan biskut raya. Ada yang reject sebab vendor penuh dan mempunyai persamaan biskut raya. 2 kedai saya dapat letak masa tu, gembiranya lain macam masa tu. Dan repeat order juga datang daripada kedai-kedai vendor selain rakan-rakan alam maya. Selain itu, suami juga agen dropship saya ketika itu. Memang tidak menang tangan. 

Orang berbudi, kita berbahasa

Ya. Orang dah buat baik dengan kita. Jadi apa yang saya balasnya, dengan memberikan 3 balang kuih Snow Almond, Tart Nenas, dan Almond London kepada pemilik kedai vendor. Tidak sangka pula, biskut raya yang saya berikan kepada Kak Bam di buat sample kepada pelanggan kedainya. Sungguh baik orangnya. Darpada sini lah pelanggan mula order 3 balang untuk biskut Snow Almond.

Seingat saya, nama kedainya Kak Bam Corner. Beliau tidak minta pun duit sebagai deposit meletakkan produk saya di kedainya, hanya mengambil komisyen jika setiap kali ada jualan berlaku keatas biskut-biskut raya saya. Masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Allah SWT kirimkan orang baik untuk peniaga kecilan macam saya, memang satu rahmat buat saya. Moga Kak Bam rezekinya lancar bagaikan air zam-zam hendaknya.

Apakah proses bisnes makanan dari rumah 

Sebulan sebelum ketibaan bulan ramadan saya sudah bermula mengambil order dan menjualnya.
Berbalik kepada cerita vendor, masa tu saya tidak kisah langsung walaupun kena potong berapa pun yuran.  Apa yang saya tahu, tapak untuk letakkan biskut-biskut raya saya berjaya milikinya. Sebagai sokongan sahaja.

Selain itu, saya juga buat jualan secara online. Blog memang saya tidak pernah tinggal, kerana medium blog sangat membantu selain platform media sosial yang bersifat sementara seperti di Facebook dan Instagram. Cumanya, saya buat hard sell di blog. Tiada satu pun artikel yang educate pelanggan. 

Kesimpulannya, mahu bisnes makanan dari rumah sila pelbagaikan medium platform media sosial. Biar letih buat content, jangan tunggu rezeki datang bergolek. Memang wujud rezeki bergolek, cuma tidak selalu.
Dan, jangan mengeluh bila tiada rezeki. Kerana anda sendiri tidak berusaha.

Ok. Itu cerita masa anak 2 orang. Cerita anak 4 rezeki lain sebagai penulis upahan . Masha Allah. Tabarakallah, Allah SWT tarik dan DIA gantikan yang lain. Sama ada dalam bentuk ilmu dan kerezekian lain.

P/S: Baru nak makan petang, setelah laptop di tutup. Tadi siap hantar email kepada peserta Kelas Ghostwriter Expert dan buat slide kelas dan jangan tidak tahu pula. Buat slide pun salah satu kerja sebagai Penulis Upahan atau Ghostwriter .

Lahawla Wala Quwwata ilahi billahi alihil Adzim

Catat Ulasan

0 Ulasan