Kedai kerepek Ayer Hitam - Ternyata rakyat Johor pakar dalam pembuatan kerepek raya

 Akhirnya jumpa juga port sedap kedai kerepek Ayer Hitam , Johor. Pada mulanya kami sekeluarga terjah di lokasi lama Ayer Hitam Patutlah sunyi sepi, ingatkan kedai bercuti sebab raya cina, rupanya bukan. Tidak tahu pula tentang kewujudan tempat baru ni iaitu lokasi seperti arked di Arena. Dah lama rupanya, sebab tengok tempat baru ni dah ramai penjualnya. Kedudukan dari tapak lama tu, korang kena patah semula ke belakang. Anggaran lokasi 2 minit dari situ. Akhirnya jumpa juga kuih dan kerepek sedap untuk raya. 


Table of Contents


Kedai-kerepek-ayer-hitam






Kecewa dengan kerepek tak sedap

Sebelum ini, kalau beli kerepek mesti tak sedap. Kerepek pedas ke, atau kerepek ubi.  Sampaikan saya sudah berputus asa, setiap kali mak tanya. "Kaklang, tak beli kerepek ke? mak nak singgah ni." Saya selaku anaknya, ikutkan sahaja. Dalam hati merungut. "abislah mak aku beli kerepek tak sedap. Paling teruk kerepek lemau, kerepek tak sedap!"


Itu lah saya, disebabkan menjaga hati mak. Ikutkan sahaja, tapi saya tidak membeli. Risau kalau beli yang tak sedap, membazirkan duit. Saya kalau membeli, terus beli banyak untuk stok kudapan anak-anak. Sebab jika tak sedap, anak saya yang bongsu 5 tahun pun tak nak makan. Bukan tak bersyukur, tapi itu lah hakikatnya. 


Tip tengok kerepek pedas sedap atau sebaliknya .


Buat carian di Google mengenai kedai kerepek Ayer Hitam


Nak dijadikan cerita, hari kejadian tersebut. Saya bijak lah sikit. Hahaha. Ada smartphone dan data kan? terus buat carian di Google. Maka terjumpalah lokasi kerepek yang bernama Arena, saya pilih kedai Johan. Iaitu himpunan terbesar antara kedai  para penjual  makanan kering seperti kedai-kedai kerepek, biskut raya, kuih tradisional, dan menjual buah-buahan di bahagian belakang. Tidak lupa juga menjual pakaian jersi JDT, pakaian dan mainan kanak-kanak, dan barangan kraftangan. 



Apa yang dibeli di Arena Ayer Hitam


Tidak banyak membeli pun. Saya hanya mengambil 2 jenis kuih, iaitu batang buruk dan kerepek Tortila. Saya ni, kalau nak kikis trauma terbeli kerepek tak sedap susah nak buang. Jadi, 2 jenis ini saya membeli. 


Batang buruk tu memang sedap sangat! memang lupa terus harga. Sempat angkut 1kg jer, RM 28 kot. Sebab batang buruk memang mahal. 


Cara kenal batang buruk sedap?


Masa ni boleh rasa, kita makan lah. Penjual pun pandai tarik pelanggan. Nak orang membeli, dia beri jer rasa. trick sangat! nasib baik tak beli berkilo-kilo. Hahaha. Fikirkan bulan masih muda. Sabar!


Batang buruk yang sedap terletak pada warnanya. Kalau batang buruk warna beige, bukan putih kapas. Itu gerenti sedap!


Sebab kalau kuih batang buruk tak sedap, warna putih bersih. Ini kemungkinan besar menggunakan tepung susu. Bukan original batang buruk menggunakan kacang hijau sebagai bahan utamanya. 


Satu lagi, jangan lupa petua nak kenal batang buruk sedap. Kalau kuih batang buruk tu, batang dia nipis. Itu pun tak sedap! sebab dia terlalu nipis. Tak feel makan! kalau korang tak tahu lah. Masing-masing punya selera mesti berlainan kan? 




Lain-lain kerepek di Ayer Hitam



Saya membeli kerepek tortila. Sedap! ni kalau buat Nachos beef cheese, gerenti terangkat. Betul-betul sedap ni tau. Tengok warna dia pun dah tahu sedap dan rangup! Menyesal beli sekilo. Oh, selain itu saya juga membeli kuih bahulu. 



Entah lah apa saya beli, masuk sini je pun dah berhabis RM 200 termasuk beli mainan anak-anak. Moga Allah gantikan lagi kerezekian lain untuk saya dan keluarga kami. 




Ternyata, rakyat Johor memang produce kuih dan kerepek yang sedap-sedap belaka untuk bakal pelanggan mereka. Jealous lah dengan mereka ni, semuanya sedap makanan yang di jual dalam Arena. Duit jer kena sediakan ha. Dengar cerita, Batu Pahat pun ada kilang kerepek tersedap ya? belum singgah lagi ni.





Catat Ulasan

0 Ulasan