Akhirnya jumpa juga port sedap kedai kerepek Ayer Hitam , Johor. Pada mulanya kami sekeluarga terjah di lokasi lama Ayer Hitam Patutlah sunyi sepi, ingatkan kedai bercuti sebab raya cina, rupanya bukan. Tidak tahu pula tentang kewujudan tempat baru ni iaitu lokasi seperti arked di Arena. Dah lama rupanya, sebab tengok tempat baru ni dah ramai penjualnya. Kedudukan dari tapak lama tu, korang kena patah semula ke belakang. Anggaran lokasi 2 minit dari situ. Akhirnya jumpa juga kuih dan kerepek sedap untuk raya.
Table of Contents
Kecewa dengan kerepek tak sedap
Sebelum ini, kalau beli kerepek mesti tak sedap. Kerepek pedas ke, atau kerepek ubi. Sampaikan saya sudah berputus asa, setiap kali mak tanya. "Kaklang, tak beli kerepek ke? mak nak singgah ni." Saya selaku anaknya, ikutkan sahaja. Dalam hati merungut. "abislah mak aku beli kerepek tak sedap. Paling teruk kerepek lemau, kerepek tak sedap!"
Itu lah saya, disebabkan menjaga hati mak. Ikutkan sahaja, tapi saya tidak membeli. Risau kalau beli yang tak sedap, membazirkan duit. Saya kalau membeli, terus beli banyak untuk stok kudapan anak-anak. Sebab jika tak sedap, anak saya yang bongsu 5 tahun pun tak nak makan. Bukan tak bersyukur, tapi itu lah hakikatnya.
Tip tengok kerepek pedas sedap atau sebaliknya .
Buat carian di Google mengenai kedai kerepek Ayer Hitam
Nak dijadikan cerita, hari kejadian tersebut. Saya bijak lah sikit. Hahaha. Ada smartphone dan data kan? terus buat carian di Google. Maka terjumpalah lokasi kerepek yang bernama Arena, saya pilih kedai Johan. Iaitu himpunan terbesar antara kedai para penjual makanan kering seperti kedai-kedai kerepek, biskut raya, kuih tradisional, dan menjual buah-buahan di bahagian belakang. Tidak lupa juga menjual pakaian jersi JDT, pakaian dan mainan kanak-kanak, dan barangan kraftangan.
Apa yang dibeli di Arena Ayer Hitam
Tidak banyak membeli pun. Saya hanya mengambil 2 jenis kuih, iaitu batang buruk dan kerepek Tortila. Saya ni, kalau nak kikis trauma terbeli kerepek tak sedap susah nak buang. Jadi, 2 jenis ini saya membeli.
Batang buruk tu memang sedap sangat! memang lupa terus harga. Sempat angkut 1kg jer, RM 28 kot. Sebab batang buruk memang mahal.
0 Ulasan