artikel kesihatan : Jangan sakit, baru nak workout ya !
Kenapa pilih kasut tinggi ketika bekerja?
Paling tinggi 2/5 inci tumit. Brand yang jadi pilihan semestinya V. Memang top lah masa tu brand ni. Entah lah, oleh sebab rekaan kasut cantik dan minat mendalam. Saya sanggup beli kasut bertumit tinggi setiap 2 bulan sekali. Brand ini antara termurah di pasaran, iaitu pada harga RM 29.90 dan jika mahal sikit pada harga RM 49.90.
Kerana jenis pekerjaan saya ketika itu adalah promoter kedai DVD di salah sebuah mall Kuantan. Disebabkan bekerja perlu berjumpa dengan ramai orang, penampilan diri seperti muka dan pemakaian harian perlu di jaga bagi mengejar keuntungan semata-mata. Allah! daif betul saya ketika itu. Walhal hanya bergajikan RM 700 sahaja.
Jadi, dengan penggunaan kasut bertumit adalah bersesuaian dengan diri saya. Dress up zaman dulu yang popular, sekitar tahun 20818 adalah jeans, blouse dan tudung.
Tidak bersesuaian dengan gaya bekerja
12 jam waktu bekerja
Bayangkan, waktu saya bekerja adalah 12 jam dengan berdiri. Bayangkan, cara bekerja di sini tidak boleh duduk. Setiap promoter di sini perlu mempromosikan jualan di kiosk. Perlu pastikan jualan harian adalah berjunlah RM 1,000 . Jika tidak, pekerja akan di tukarkan ke mall lain.
Dengan heels macam tu, sanggup saya pakai. Kelakar kan? otak belum empuk masa tu. Saya berulang ke satu kiosk ke kiosk saya jaga tu dengan kasut tumit ( jika stock DVD tiada di kedai saya jaga ) . begitulah. Jika lenguh kaki, saya duduk mencangkung sekejap.
Kurangkan kesakitan kaki
Kerja saya perlu berjalan setiap masa. Ini kerana, jika stock DVD tiada. Saya perlu mencari di 2 kiosk lain pula. Saya ok jer, sebab bila saya berjalan. Sakit dan lenguh kaki akan berkurangan. Jadi, saya akan volunteer untuk berjalan ke kiosk dalam mall tersebut.
Permulaan kejadian kaki mengeras
Pengamatan saya apabila mengenakan kasut tumit tinggi adalah detik hitam bermula. Iaitu pada anak jari kaki sebelah kiri. Anak kaki ini akan jadi tidak stabil apabila kita mengenakan tumit tinggi kerana rekaan nya.
Rekaan yang menyebabkan tekanan kepada kaki, asbab penggunaan kasut tersebut dan berdiri lama.
Sewaktu kejadian, saya tidak ambil serius langsung. Sebab kejadian akan menyerang beberapa saat sahaja. Kemudian hilang, dan kekerapan berlaku tidak sekerap seperti umur mencecah 30- series.
Dan, bila semakin kerap berlaku saya menangis ( saya fikir, takkan nak jadi stroke ). Selain itu, saya fikir, mungkin kifarah daripada Allah sebab lalai dengan duniawi.
Dapat mengelakkan kejadian serius terhadap kekejangan kaki
Masya Allah, tabarakallah. Dengan izin Allah juga saya temui cara bagi mengatasi masalah diatas dari berlaku lagi. Seperti saya katakan diatas, semakin menua kaki mengeras semakin kerap. Kekejangan otot masih berlaku sekiranya saya gerakkan kaki secara mengejut. Dasyat kan?
Jadi, saya rasa Allah bukakan jalan untuk kesihatan diri ini.
Apa saya lakukan untuk elak kekejangan kaki berulang kembali?
1. Bersenam setiap hari atau mingguan.
Buat mana yang termampu sahaja, sesuai dengan berat badan dan tahap kesihatan.
Jenis senaman adalah ringan. Saya sudah berhenti lakukan TABATA, kerana pergerakannya laju ( sejak keguguran lalu, saya alami dalaman sensitif )
2. Berurut
Selain bersenam, saya tidak lupakan berurut. Walaupun tidak mahir mengurut, saya cuba dan praktikkan setiap masa. Masya Allah, boleh lah buat urut keluarga dan suami serta diri sendiri dalam kecemasan.
3. Kekerapan mengurut
Kekerapan mengurut adalah setiap malam sebelum tidur. Saya akan fokus mengurut di bahagian betis, tumit kaki, tapak kaki serta di bahagian atas permukaan kaki. Ya Allah, sedap betul bila di urut. Berbunyi krak, krak juga lah. Mungkin urat lama sudah mengeras.
4. Alternatif kesihatan kaki kaedah luaran
Minyak panas menjadi bahan ramuan tambahan dalam proses mengurut. Saya menggunakan Roll On Aroma theraphy Kasturi Kijang ( RM 10 ) yang di beli secara onlin. Sesuai dengan situasi saya yang mempunyai kaki kerap kejang tu. Nak beli Aroma Theraphy Kasturi Kijang terus hubungi nombor : 011-36686519 Azlin
5. Minuman tanpa gula
Kini, saya sedang belajar mengamalkan minuman bud rose, tea chrysanthemum .
Bersyukur atas apa yang berlaku, saya dapat mengurut sehingga sembuh. Tiada lagi masalah kekejangan kaki berlaku, asbab konsisten mengurut serta dengan izin Allah SWT maha penyembuh. Serta minyak panas Roll On juga sebagai perantaranya.
Selepas kejadian tersebut, sehingga kini saya menggunakan kasut sukan sahaja untuk berjalan-jalan. Jika teringin memakai kasut bertumit, hanya setengah inci sahaja. Kasut bertumit tinggi, sebenarnya akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan tubuh terutamanya pada bahagian kaki. Sebab lain menjadi berulang adalah kekurangan aktiviti bersenam dan pemakanan sihat.
0 Ulasan