28 ramadan 2024 : Sampai bila-bila akan ingat

 Ujian Allah pada 28 Ramadan 1445H, amat bermakna bagi diri saya. Sebenarnya sudah 7 hari saya mengalami batuk berkahak, badan on off macam nak demam dan Migrain. Bayangkan macam mana 3 penyakit datang menyerang serentak di bulan ramadan pula tu. Kahak di hidung turut ada, walaupun selesema tiada. Waktu ini, saya dah fikir nak mati sahaja. Dengan tidur malam asyik terganggu dengan batuk berkahak. Tiada apa yang saya fikirkan ketika itu. Sadis kan? 



ubat-migrain



28 Ramadan, baru saya disahkan mempunyai kuman dalam paru-paru selepas ujian darah di ambil selepas pemeriksaan oksigen. Alhamdulillah, walaupun oksien stabil. Perkara menakutkan saya adalah ketika doktor minta buat ujian darah segera. Mujurlah! terus proceed. Tak perlu ke hospital. Sebab saya dah dengar banyak kes bila ke hospital. Ia paling menakutkan saya, dengan pengalaman lalu ke hospital sekitar 2 tahun ( 2022 )


Ketika bersoal jawab dengan doktor, banyak pula penyakit saya ditemui. Allahuakbar! itu yang menjadikan saya sedikit patah semangat serta berfikiran negatif. Berapa hari sahaja, umat islam mahu beraya. Tetapi, saya berlinangan airmata memikirkan kesihatan. 


Bukan itu sahaja, semakin menakutkan saya apabila di wall Facebook banyak berita tentang kematian. Setiap kali buka facebook, mesti ada kematian. Jadi, serba sedikit menganggu saya. Akhirnya saya tidak aktif dan scroll Facebook untuk beberapa hari. Tujuannya, nak jaga emosi sendiri. Itu saya aktifkan diri di Thread. 



Rupa-rupanya Sinus 


Selain migrain, batuk berkahak dan selsema ringan. Doktor juga sahkan, dalam hidung saya bengkak teruk. Allahuakbar! kata doktor akibat sinus. Ya, saya memang mempunyai resdung. Tidak menyangka akan menjadi sinus. Patutlah bahagian mata saya ni senak apabila disentuh. Buat pengetahuan pembaca, hidung saya juga kerap tersumbat dan menyukarkan saya bernafas pada sebelah hidung. Jadi, saya bergantung bernafas menggunakan sebelah hidung sahaja. 



Bagi surutkan bengkak dalam hidung, doktor sarankan saya untuk mengambil ubat selsema yang mana affect boleh meredakan bengkak dalam hidung. 




Tidak mahu beraya 


Sebenarnya, saya tidak mahu beraya. Tetapi, terdetik dalam hati. Mungkinkah ini Aidilfitri terakhir saya bersama anak-anak? jadi, saya kuatkan semangat beraya juga. 


Memasak juadah pada pagi raya iaitu pulut kuning, rendang daging dan ketupat nasi pada hari raya pertama. Dan raya kedua adalah menu Laksa Penang. 


Semua menu diatas adalah satu kelainan yang saya tidak pernah buat sepanjang tempoh perkahwinan. Sebab setibanya Aidilitri, saya akan memasak juadah Nasi Minyak atau Nasi Bryani.  Demi keluarga tercinta!




Beraya bersama ubat-ubatan 


Bayangkan korang. Saya pergi beraya dengan ubat-ubatan sahaja. Dah macam sakit kronik pula dah! 

Antibiotik, selesema, migrain, dan batuk berkahak. 


Ya, sebab migrain tidak boleh terkena cahaya matahari. Jika terkena, kepala otak rasa nak pecah. Sakit tahu tak. Saya kira, di tahun 2024 adalah diserang migrain paling teruk dalam sejarah hidup saya. 



Bagi masalah migrain, saya kurangkan tekanan di rumah. Kurangkan ambil tahu mengenai rumah, saya lepaskan tanggungjawab semuanya kepada suami sepenuhnya. Saya hanya lakukan kerja rumah dalam tidak secara tergesa-gesa. Dengan sifat tergesa-gesa ini lah yang menjadikan saya sakit. Ok, lepas ni nak self love betul-betul. 


  Tidak membasuh pakaian secara harian ( mungkin 3 kali seminggu sahaja ), mengemas rumah suami uruskan dan anak-anak lelaki pula suami uruskan. Itu sahaja yang boleh redakan masalah saya selain bergantung kepada ubat. 



Kos ubat-ubatan 


Kos perubatan dan konsultansi doktor adalah Rm 128 sahaja. Klinik paling dekat dengan kediaman saya di Pelindung Kuantan iaitu Klinik Az-zahra. Ok lah, ubat pun berkesan untuk diri saya. 


Doktor pun ada tanya sama ada saya mempunyai alergik ubat dan gastrik sebelum ubat-ubatan diberikan. 



Thread 


Bila saya luahkan rasa sakit saya di platform Thread. Rupa-rupanya ramai yang berkongsi pengalaman. Jadi, sedikit sebanyak dapat redakan saya dari keresahan dan overthinking. 




Kesimpulan :

Kesimpulannya, Allah datangkan Ujian supaya kita kerap berdoa dengan bersungguh-sungguh. Mungkin DIA nak saya meluahkan rasa kepadanya. Siapa tahu? 


Dengan ujian kecil ini, saya rasa bersemangat. Banyak saya perbaharui hidup saya sebagai seorang ibu, isteri, anak, dan hamba Allah. Masya Allah, dalam diuji dengan kesihatan sempat saya teruskan beramal sepanjang bulan ramadan 2024. 




Catat Ulasan

0 Ulasan