Sejak awal bulan 4 2024 lagi, Soffea dah beritahu siap-siap kepada Mama dan abah untuk sambutan birthday nya. Kelakar pun ada dengan Soffea ni, dan geram pun ya juga. Manakan tidaknya, hampir 2 minggu dia cakap bila nak sambut birthday dengan beli kek hari jadi. Naik bernanah telinga, bukan setakat mama dan abah jer. Si kakaknya dan adiknya pun bosan juga. Dalam tempoh 2 minggu tu, dia peringatkan kami.
Hari yang dinantikan telah tiba semalam, 18 April 2024. Dia minta sebiji kek. Tapi, mama dan abah bawa makan malam di restoran Azam Roasters. Kali ini, sambutan hari jadi tiada kek dan digantikan dengan makan malam sahaja. Keluarga kecil kami, akan spend RM 200 untuk makan di luar. Biasanya, begitulah. Bukan lah setiap hari makan di luar.
Pada mulanya, kami nak sambut di Nasken Coffee Indera Mahkota. Menu kat sini semuanya sedap-sedap. Selain menu western, ada kek slice, dan aneka kopi best. Tapi, tiada rezeki. Mama lemas bila kedai yang crowded. Memang penuh dengan umat. tidak tahu mana datangnya semua orang. Lebih kurang 10 minit, kami angkat kaki untuk menuju ke restoran Azam Roasters. Hujan pula malam tadi. Kecewa lah tak dapat makan di Naskeen.
Pengalaman mengandungkan Soffea dan bersalin
Dan paling best, saat bersalin kan Soffea. Keluar memang mudah, setibanya di hospital jalan dah buka 5cm tanpa rasa sakit. Tanda bersalin tiada. Akan tetapi instinct seorang ibu amat kuat, mengatakan soffea nak keluar juga 18/4/2015.
Masa dihospital dilayan macam VIP. Duduk di wad biasa, sedangkan saya bersalin anak petama berisiko. Rezeki kali ini, alhamdulillah rezeki sgguh. Sehari je duk hospital.
Asal usul Nama Soffea
Wardina bermaksud, seorang yang warak dan alim. Sekarang ni, dia asyik minta tudung labuh nak ke sekolah. Pergi jalan-jalan pun dia bertudung. Soffea pula sebab saya minat Soffea Jane.
Pengalaman sedih bersama Soffea
Teringat sewaktu mengandung kan Soffea, saya jadikan 'habit' dengan bermain belon. Asyik tekan belon yang kempis. Dan. Akhirnya, pusat nya terjojol.
Alhamdulillah, 3 minggu berpantang. Pusat Soffea kembali normal. Syukur! masa ni airmata abah dan mama dah kering bila terima berita macam ni.
0 Ulasan