Cara aku tangani anak stress di sekolah akibat di ejek atau di buli
"Mama, kawan-kawan semuanya ada baju pengakap." Sambil menangis teresak-esak sebelum masuk waktu tidur.
"Nape?" cuba cerita pada mama.
"Kawan-kawan semua tak nak kawan dengan Sara. Sara takde kawan dah kat sekolah sebab takde baju pengakap. Kakak je pakai baju sukan hari Rabu. Kakak STRESS"
"Oh, tu je? ala, kakak ni itu pun nak stress. Lain kali kalau orang ejek, baik kakak fikir balik sekolah nak makan apa. Nak makan peha ayam ke, nak main dengan adik ke, tolong mama masak sedap-sedap ke, atau mandikan adik."
"Hahahaha, mama ni." Gelak Sara selepas mendengar panjang lebar aku memujuk.
Alhamdulillah, Sara dah ceria. Dia dah tidak bersedih lagi. Sebab aku ajarkan bagaimana cara nak tukarkan mood sedih kepada yang lebih baik.
Entah apa yang ingin jadi terhadap pelajar sekolah sekarang.Walaupun zaman sudah berubah, tidak bermakna boleh membuli begitu. Aku sebagai ibu, sangat sedih. Mungkin ada yang katakan ini adalah hal kecil. Tetapi bagi ku tidak sama sekali. Bagaimana jika keluarga kami itu adalah fakir miskin. Lagi sedih kena macam ni tau.
Aku bercerita begini, kerana aku sendiri pernah melalui kehidupan susah suatu ketika dahulu. Duit gaji abah pun hanya cukup-cukup makan sahaja. Ingin membeli pakaian sukan dan baju kokurikulum, memang tidak mampu. Tambahan lagi abah seorang sahaja yang bekerja ketika itu. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, langsung tidak pernah merasa memakai pakaian badan beruniform. Sedih kan? baju tshirt kokurikulum pun tidak mampu membeli, apabila ada kegiatan kokurikulum kadang kala aku curi pakai yang kakak. Berebut lah pakai..
Buli di sekolah bermula
Berbalik kepada cerita anak aku tadi. 2 hari yang lepas, dia mengadu sambil menangis sebelum tidur. Katanya kawan-kawan asyik sindir dan tanya kenapa tidak pakai pakaian badan beruniform pengakap. Apabila anak tidak mengenakan pakaian badan beruniform, kawan-kawannya tidak mahu bercampur. Anak aku di pulaukan, itu yang membuatkan Sara semakin tertekan. Walau ia nampak kecil di mata orang lain, tetapi ia mempengaruhi emosi anak kecil itu tadi.
Demi anak..
Aku tidak sanggup lagi mendengar cerita sedih anak sulungku. Semalam, hari selasa. Selepas waktu sekolah tamat, aku arahkan anak-anakku bersiap untuk mencari pakaian beruniform Sara. Dan, cikgu sekolah dia pun dah pesan awal-awal untuk membeli di kedai Outpost Kuantan sahaja. Berbanding kedai lain yang menjual pakaian yang sama. Ini kerana ada perbezaan dari segi warna pakaian tidak sama dengan sekolah.
Dengan anak yang ramai, aku ajak lah abah temankan kami. Sebab aku tidak memandu jauh-jauh jika ketiadaan suami. Maklumlah, anak kecil ramai, bagi aku sukar di kawal. Kang hilang lagi bertambah masalah.
Agak sukar mencari kedai pakaian pengakap Sara ni. Maklumlah, tidak pernah ambil tahu sebab masa tu anak belum lagi terlibat dengan badan beruniform. Puas lah juga guna waze, baru jumpa. 20 minit juga masa terbuang tau.Tapi takpelah, demi anak.
Kos Pakaian Pengakap Sekolah Rendah Kuantan
Bajet kasar aku adalah sekitar RM 80 jer. Tetapi bila datang kedai yang menjual pelbagai pakaian badan beruniform, nah! RM 128. Termasuk lencana ( ni saja ada 4 perkara ), baju, seluar, skarf dan topi baret. Mujurlah keluarkan cash RM 200 sebelum sampai sini. Itu tidak beli lagi baju t-shirt Pengakap. Ehehe.. beli mana yang ada je dahulu. Ini pun beli, nanti claim dengan suami. Bukan apa, tidak mahu ajar sangat suami asyik gunakan duit sendiri untuk anak-anak. Eh, risau juga. Lagi pun, part aku hanya membayar bil utiliti sahaja.
Selesai membeli baju pengakap anak ni, terus singgah ke kedai jual kurma. Beli untuk anak-anak makanan sunnah sebelum pulang.
Aktiviti semalam memang sedikit penat. Sehinggakan ghostwriting job tidak aku sentuh semalam tau.
Rasa berdosa pula dengan prospek ni.
Sejak semalam lagi, dia asyik tanya bila FREE nak call. Hari ni baru lah berkesempatan berbincang dengan prospek untuk artikel. Saja lah tadi follow up semula, mujur prospek tak merajuk. Petang ni hantar quotation pula untuk tindakan selanjutnya. Prospek berkenan dengan satu artikel yang aku tulis sebelum ni dalam Niche keagamaan. Alhamdulillah..
Prospek tanya juga terma dan syarat penulisan, setelah artikel di siapkan ;
Adakah nama penulis yang tertera pada artikel?
Sudah tentu TIDAK!
Ini lah satu keistimewaan upah ghostwriter . Baca artikel : Servis penulisan Ghostwriter
Setiap hasil penulisan ghostwriter tadi, menjadi milik client sepenuhnya.
Client seronok, aku lagi berlipat kali ganda seronok sebab penulisan aku disukai oleh mereka.
Masya allah, lama lah juga berbincang melalui telefon dengan prospek. Beliau adalah individu yang bekerja di bawah badan Kerajaan Negeri. Di mana, prospek satu lokasi dengan aku.
Pengajaran dalam artikel aku ini adalah jangan sesekali mengejek kawan-kawan di sekolah, jika melihat sesuatu perkara atau mereka yang ganjil ( kes anak aku dibuli akibat tiada pakaian beruniform sekolah ). Sebagai ibu bapa, sentiasalah ajar anak-anak merendah diri. Jangan pernah sekali memandang hina kepada mereka yang kurang berkemampuan. Hapuskan budaya buli. Ianya bermula dari ajaran di rumah.
Ikuti perkongsian aku di platform Media Sosial lain :
2 Ulasan
ammi pun baru belikan baju TKRS...sbb bulan lepas anak ammi sorang juga tak pakai pastu cikgu tak masukkan dia dalam perhimpunan. Hmmmm cikgu pun kaki buli jugak nampaknya
BalasPadamTini pun risau juga ni, anak-anak akan bertukar ke sekolah di negeri lain Ahad ni. Tak keruan rasanya memikirkan hari pertama persekolahan dan hari-hari seterusnya sebab sebelum ni ketiga-tiga anak perempuan bersekolah di sekolah perempuan sahaja manakala satu-satunya anak lelaki pula bersekolah di sekolah lelaki sahaja. Nanti masuk sekolah co-ed. Harapnya mereka boleh adapt.
BalasPadam