Anniversary 4 Tahun sebagai Ghostwriter

Teringat dulu, kenangan sewaktu mempunyai baby 90 hari. Di tahun 2020, saya sudah mula tawarkan servis penulisan Ghostwriter kepada pelanggan. Masa mempunyai baby, saya reda. Yer lah, bila mempunyai anak kecil ni masa terhad berada di depan laptop. Kadang 2 jam je untuk saya menulis di sebelah siang hari. Waktu lain adalah fokus utama bersama baby.




anniversary-4-ghostwriter









Selebihnya, waktu menulis ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Iaitu sekitar jam 1 hingga 4 pagi. Ah, rasa berdosa pula semata-mata bangun pagi sebab kejar duniawi masa tu. Kemudian, tak lama selepas itu, saya habiskan di tikar sejadah 2 jam untuk solat dan mengaji serta berzikir. 


Disebabkan mempunyai baby, saya langsung tidak membuka   job penulisan berat seperti perlu menulis sehingga 600 patah perkataan lebih iaitu seperti penulisan artikel dan e-book.


Pengurusan masa sebagai Ghostwriter


 
Namun, dalam fasa berikut. Allah lorongkan saya betul-betul dengan rezeki sesuai dengan masa. Di ketika ini, saya hanya menulis content dan copywriting klien sahaja. Walaupun ketika itu, saya menjaga 3 page klien. Masa saya mencukupi. Antara keluarga dan kerja Ghostwriter saya.


 
Memandangkan masa saya agak terhad di sebelah siang. Saya banyak menulis content, caption dan copywriting di dalam buku sahaja sebagai draf. Selebihnya, saya akan sediakan content klien berjadual melalui smartphone sahaja.



Suami dan anak-anak memahami 




Syukur Ya Allah, saya dikurniakan suami dan 3 lagi anak-anak yang memahami saya sebagai ibu yang bekerja secara sepenuh masa dengan menulis bagi pihak pelanggan. 


Setiap rezeki yang saya perolehi, tidak lokek untuk berkongsi bersama mereka. Dan, satu lagi untuk bermula sebagai Ghostwriter sekitar tahun 2020, saya usahakan sendiri dengan bermodalkan duit KWSP untuk membayar kelas-kelas yang saya pernah sertai. Pernah suami tawarkan pinjaman, saya tidak suka. Risau tidak menjadi kan? 


  
P/S: Tak pernah dalam fikiran saya ni, ada perkataan susah untuk jana pendapatan bila mempunyai baby. Sebaliknya, semakin meriah rezeki Allah SWT berikan.

 
Diri pula, semakin bersemangat untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan seorang ibu, isteri dan anak. Tambahan lagi, 12 tahun lalu saya seorang yang bekerja. Jadi, memang tidak senang jika tiada pendapatan bulanan. 

 
Selain itu, sebagai seorang isteri mesti mempunyai simpanan kecemasan. Jadi, ini lah antara salah satu 'why' yang menolak saya untuk berusaha bersungguh dari dulu sehingga sekarang.


La hawla wala quwwata ilah billah.



4 Tahun kerjaya sebagai  Ghostwriter 




Anniversary rupanya pada tarikh keramat hari ini, iaitu 26 April 2024. Tanpa saya sedar, dah 4 tahun bergelar Ghostwriter. Macam baru je semalam sertai kelas Ghostwriter. Masya Allah tabarakallah.
 
Sepanjang menceburkan diri sebagai ghostwriter, banyak tugasan saya terima daripada pelanggan. Pelanggan terdiri daripada individu, dan syarikat Sendirian Berhad. Tugasan ada datangnya daripada Blog peribadi, platform Facebook dan secara buah mulut ramai pelanggan.
 
Dari tugasan yang tak pernah dilakukan iaitu translate tagline kepada Bahasa Malaysia sehingga lah kepada tugasan biasa. Iaitu menulis caption, manuskrip, copywriting SEO, content media sosial page, e-book, dan artikel SEO.
 
Job mencabar pula, saya ditawarkan dalam Niche servis ( industri ) untuk content media sosial secara bulk oleh agensi. Copywriting niche servis dan artikel SEO niche servis. Walaupun mencabar, ianya satu pengalaman menyeronokkan bagi saya. Dapat mendalami bisnes pelanggan dan bekerja secara berkumpulan dengan staff mereka secara atas talian.
 
Di interview dengan pelanggan di platform Zoom Meeting, close job 90 artikel melalui email, close job manuskrip dengan 300 halaman,  dan proses closing berjaya di telefon dalam beberapa minit bagi job e-book dan Content Writer page. Dan banyak lagi. 
 
Paling lucu, pelanggan datang ke rumah untuk buat bayaran bulanan secara tunai selepas 20 minit perbincangan di whatsapp. Semuanya dengan izin Allah SWT, berkat bulan ramadan keluarga kami diuji dengan kekurangan wang ringgit di kala musim PKP. Saya lah ketika ini, membantu ekonomi keluarga. Bermula daripada kejadian ini, suami percayakan saya untuk bekerja sebagai Ghostwriter. 



Kelas Online 



Selepas penulisan artikel-artikel SEO saya tulis berjaya website ranking. Kini membuka Kelas Basic SEO sehingga sekarang. Usia kelas saya sudah pun mencecah satu tahun. Serta, kelas buat blog dan cara menulis artikel di blog dengan betul mengikut artikel kesukaan klien. 





Servis penulisan  SEO Ghostwriter Malaysia 



Sehingga kini saya tawarkan penulisan seperti Content convert sales, Ebook, Copywriting, artikel SEO di blog, artikel SEO di website, Research Keyword dan Kelas-kelas online berbayar kepada penulis. 



Perlukan servis penulisan Ghostwriter > Whatsapp 









Catat Ulasan

0 Ulasan