Gangguan di Master Bedroom Selepas Jam 12 malam

Korang, ingat lagi tak, cerita master bedroom di kediaman saya terkena gangguan kediaman saya terkena gangguan tu? Masya Allah, dengan izin Allah SWT. Gangguan beransur pulih. Allhuakbar! Setelah menderita sekian lama, akhirnya selesai.




gangguan-di-master-Bedroom
gangguan di master bedroom






Apa saya buat?
Selepas solat maghrib, saya baca Yassin setiap hari. Terima kasih mak, sebab bagi petua ni. Bukan tidak usaha panggil ustaz dan perawat, telah banyak saya habiskan wang ringgit sejak beberapa tahun lalu untuk pemulihan. Dan, akhirnya saya cuba ikhtiar sendiri. 

Betul lah cakap ustaz, 10% hanya daripada rawatan. Selebihnya daripada diri sendiri dengan izin Allah SWT.


Korang nak tahu tak, apa berlaku selepas hari ke-2 bacaan Yassin?


Dalam mimpi, Allah SWT datang kan petunjuk bahawa ada satu keluarga datang masuk ke rumah saya.Kemudian, saya jerkah perempuan tersebut.

Semua ahli keluarganya dengan muka yang sama. Baik lelaki, perempuan dan semua peringkat umur.Iaitu dengan memiliki sepasang mata besar tanpa bulu mata.Korang bayangkan?

Silap post tadi. Semasa saya jerkah perempuan (mungkin pangkat mak) sebab ikat rambut bersanggul.

"Heyyy! ni rumah aku. Nape masuk sini tanpa izin?" "Aku dari sebelah, nak rumah ni." Kata perempuan tersebut. Sementara, ada rakan-rakan lain masuk selamba ke dalam rumah saya.

Perempuan bersanggul tadi, ingin memperkenalkan saya kepada seorang wanita muda berbaju putih dan berambut hitam paras bahu.

Setibanya perempuan muda di depan saya, terus saya bacakan ayat Qursi. Mereka berdua berasap sambil menutup telinganya.Saya terjaga sekitar jam 4.35 pagi. 


Memandangkan gangguan hanya di master bedroom sahaja, saya bacakan surah Yassin di situ sahaja. Andai saya bacakan di ruang tamu atau ketinggalan untuk membacanya, gangguan semakin kuat di bilik.


Sementara itu, suami hanya solat dan membaca al-quran di ruang tamu.



Apa yang menjadi tanda tanya saya adalah :


1. Adakah ini  hantaran orang yang mempunyai hasad? selepas dalam makanan saya ditemui kaca, dan seminggu kemudian di muka saya keluar kaca dengan warna yang sama. Kemudian, baru gangguan di master bedroom sehingga kini.


2. Sebelum rumah di pagar oleh ustaz, beliau telah meruqyah saya. Dan, secara tiba-tiba saya kerasukan. Wallahualam. Dan, apa yang menganggu dalam master bedroom saya selama ini adalah pada tubuh saya.

 Makhluk halus tersebut mengaku telah mengisap darah period saya sehingga kering. Wallahualam. Katanya ustaz, kata-kata syaitan langsung tidak boleh dipercayai. Satu lagi, katanya benda tersebut meminati saya. Seram kan?


3. Selepas ruqyah saya, ustaz azankan serta menghalau dan menyembelih makhluk tersebut. Wallahualam. Benda yang menganggu dalam bilik adalah rakan-rakan kepada makhluk tadi. Kemudian, selepas ustaz pulang. 4 ekor lalat berkeliaran di ruang  tamu saya. Yang peliknya, tidak pernah lalat muncul di malam hari. Jadi tanda tanya, suami saya tidak percayakan perkara begini. 


4. Rawatan bertahan hanya lah semalaman. Keesokan harinya, benda yang menganggu masih ada. Maksudnya pagar menggunakan garam kasar dan  lada hitam tidak berkesan keatas rumah saya. Walaupun pagar di buat dalam dan luar rumah. 

 Segala bunyi-bunyian turut kedengaran di tengah malam, selepas jam 12 tengah malam. Korang bayangkan? saya yang sedang enak tidur, turut diganggu. Bukan saya sahaja, malah suami dan anak-anak turut terkena tempiasnya. 


5. Di dalam mimpi, saya terasa seolah kaki dialihkan dari tidur mengiring ke kanan supaya mengiring ke kiri iaitu arah dinding bilik yang mempunyai gangguan. Bila  terasa kaki saya diangkat tinggi, terus terjaga dari tidur dan memang betul kaki saya tu seolah diangkat. Berpeluh saya ketika itu. Sempat saya melaungkan "Allahuakbar! banyak kali. Sehinggakan suami terjaga di sebelah. 


6. Pernah satu malam, saya mandikan dengan anak-anak dengan air limau. Dalam air tersebut saya bacakan Al-fatihah, selawat keatas nabi, dan ayat Qursi. Malamnya, di  kala orang lain sedang tidur lena. Di bucu katil hujung tembok dinding kedengaran bunyi seperti orang meludah 3 kali. Takkan benda tu jilat kot badan anak-anak atau saya? anak-anak memang tidur satu bilik sejak berlakunya gangguan. Mereka tidur di bawah menggunakan tilam masing-masing. 


7. Apa yang saya perasankan, sejak mengamalkan ayat manzil juga. Saya perasan, seolah sesuatu ingin mendekati saya sewaktu tidur. Apa yang saya rasa, ia seperti melantun atau tendang semula. Ia menyebabkan satu badan saya meremang ketika saya tidur. Seolah-olah sesuatu ingin memasuki tubuh saya sewaktu tidur. 


8. Gangguan ini, kadang-kadang ada masa tertentu. Contohnya, 2 hari tiada gangguan. Hari seterusnya ada gangguan. Jenis gangguan bunyi ketukan di dinding seperti orang menukang, bunyi paip air dibuka sedangkan mata kasar tidak nampak, bunyi pintu kayu dibuka, bunyi orang mencampakkan barangan di dinding secara ghaib, bunyi guli,  dan  kadang-kadang rasa meremang di dalam bilik. Di bahagian lain dalam rumah saya tiada gangguan, hanya di master bedroom sahaja. 


Jika saya semburkan dengan air bidara, hanya setengah jam senyap. Kemudian, gangguan semakin kuat sehingga jam 3 pagi. Plug zikir sudah 3 kali dibeli, semuanya rosak. Tengah malam pasang Youtube, boleh berhenti dengan sendirinya. 


Tetapi, yang peliknya walaupun gangguan di rumah saya. Nasi atau makanan lauk pauk tidak pernah basi. Masya Allah!




Saya mohon daripada rakan-rakan dan pembaca artikel ini. Doakan gangguan ini pulih sepenuhnya . Manfaat yang saya dapat daripada ujian Allah SWT ini ialah jangan lalai dalam kehidupan. Jangan pernah tinggalkan Al-Quran dan bukan setiap ayat-ayat Quran panas terhadap makhluk halus. 






Catat Ulasan

0 Ulasan