Sebelum lipas aktifkan FLY MODE, baik kita usahakan sesuatu.

Sebelum lipas Fly Mode, baik usahakan sesuatu. Itu cerita minggu lepas, teman suami hantar barang pada waktu malam. Sepanjang perjalanan, bunyi suara 4 orang anak kami bersembang. Ada juga bergaduh. Biasa lah tu, bila ada anak ramai. 
 


lipas-fly-mode





Tiba-tiba..

"Yusuf, lipas tu." Kata suami kepada anak bongsu ku.
 
"Mama, lipas." Dia tahu, mama dia supermama. Itu yang report. Yusuf yang berada di ribaan ku ketika ini terkejut.
 
"Ala, janganlah lipas ni pergi kearah kita sebelah kiri dashboard." Baru je cakap, lipas tadi telah bertukar arah kiri.
 
"Abis lah awak ayang. Dia terbang nanti." Suamiku yang sedang fokus pemanduan boleh pulak mengusik.

"Ops! chupp. Kita cuba. Innahu Min Sulaimana wa Innahu bismillahirrahmanirrahim.." Senyap seketika.
 
"Tolong ye encik lipas, jangan tuju sebelah kiri K. Sebab kami golongan lemah. Kau pergi tuju di sebelah kanan sana, tu pahlawan lipas sebenar." Sambung ku selepas potongan ayat dalam Al-Quran dibaca.
 
Tiba-tiba, lipas tadi bertukar arah. Dia terus ke sebelah kanan sebelah pemandu, iaitu sebelah suami.
 
"Syuhh!" Kata pahlawan lipas. Lipas tadi semakin dekat dengan suami. Sikit lagi nak terbang agaknya.
 
"Sorry lipas. Kau pergi main jauh-jauh sana. Masuk kat bahagian enjin kereta pun takpe." Ujar ku lagi, setelah melihatkan keadaan suami yang tidak tenang.



P/S: Dipendekkan cerita, lipas yang bersaiz duit syiling 50 sen terus ke arah dashboard penghujung tengah. Jauh daripada kami. Lega! nasib lipas tak Fly Mode, dia merangkak je bertukar tempat. 


Surah yang saya amalkan adalah dari Ayat 30 dari surah An-Naml.
Biiznillah.



Kisah ke-2 bersama si Rabbit




Surah An-Naml ni saya pernah juga pujuk si Rabbit, semasa berada di Cameron . Kisahnya bole dibaca sini : 


Teringat masa pergi bercuti di Cameron Highlands. Singgah di zoo, ada rabbit.

Kami sekeluarga beri makan kepada rabbit tersebut. Ada sekumpulan rabbit, jadi kami berpecah dengan anak-anak untuk memberi makan kepada haiwan tu.

Tak sangka, daripada rabbit yang jual mahal, kita tundukkan.

Saya pergi ke sudut kiri, ada seekor rabbit yang cantik. Warna kelabu. Jual mahal pula dengan pelawat ek.

Saya suakan makanannya ke mulut rabbit, tapi dia lari. Saya kejar sampai 2 kali, sudut kiri dan kejap ke tengah. Namun hampa.

"Assalamualaikum rabbit. Awak tak kesian kat saya ke? Jauh saya datang tau, semata-mata nak berikan makanan ni."

Kemudian, rabbit tu berkedip mata. Mata besar, super cute lah masa tu rabbit. Itu yang buatkan saya geram dan berusaha juga beri makanan.

"Innahu min Sulaiman 2x"
Wainnahu Bismillahirrahmanirrahim"

Automatik terpacul potongan ayat Al-Qur'an dari ulas bibir ni.

Nak dijadikan cerita, rabbit yang jual mahal tadi tu terus jadi jinak sejinaknya. Sampaikan tangan saya pun dia nak gigit. Sempatlah saya terjerit kecil ketika itu.

Kemudian, datang 3 ekor lagi rabbit lain menghampiri saya. Bahagianya saya masa tu. Dikelilingi rabbit yang cantik dan jinak gitu.

Maksudnya: Sesungguhnya (surat) itu dari Sulaiman yang isinya, "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." (An-Naml ayat 30)



Masya allah, seronok sangat semasa kejadian tersebut. Dengan izin Allah SWT, potongan ayat tersebut akan mustajab apabila diamalkan setiap hari. Dan, tidak berkesan jika mahu dibuat pada ketika itu sahaja. Ini kerana, doa tersebut belum sebati dengan diri.






Catat Ulasan

0 Ulasan