Kali ni, cerita pengalaman minum air gula ibu mengandung pula. Di tahun 2024, dengan kandungan ke-7. Tapi, 2 keguguran. Hanya yang hidup 4 orang sahaja. Sebenarnya, tidak sangka juga dengan rezeki kali ini. Saya fikir, memang dah tidak boleh mengandung lagi sebab telah melalui proses cuci rahim . Ye lah, 2 kali cuci rahim iaitu dengan kaedah ERPOC dan D&C. Kemudian, keguguran seterusnya adalah berpunca daripada kuman jahat iaitu Covid19.
Berbalik kepada cerita minum air gula ibu mengandung ni. Saya pun terkejut, baru telefon Klinik Kesihatan di Beserah Kuantan. Nurse beritahu, kena puasa sebab perlu minum air gula. Memang terkejut lah ceritanya. Last mengandung dulu, masa buka buku pink tahun 2020. Tiada pula syarat macam ni.
Faktor minum air gula ibu mengandung
Oh, ye lah. Saya pun dah berusia 36 tahun. Makanya berisiko untuk dapat kencing manis lah atas faktor usia. Ini salah satu punca kena minum air gula. Lain-lain faktor minum air gula adalah disebabkan keturunan kencing manis, baby besar sewaktu kelahiran, berat badan ibu naik mendadak, sejarah mengandung lalu dan juga pernah keguguran.
Buka buku pink
Oleh sebab pernah mengalami 2 keguguran sebelum ini, maka saya mengambil keputusan untuk buka buku pada minggu ke 10. Ada juga nurse tanya saya kenapa, itu jer lah alasan saya. Tak nak kecewa orang kata.
Tapi, sebelum saya nak sahkan betul mengandung atau pun tidak. Saya buat checkup rahim di klinik swasta. Sekali checkup dengan caj dikenakan sebanyak RM 150 . Ini termasuk nasihat doktor, scan, ubat-ubatan seperti asid folik, B Complex dan ubat untuk atasi masalah GBS. Sewaktu scan, kandungan sudah berusia 8 minggu. Ketika ini, janin sudah mempunyai jantung.
Period semasa mengandung
Period selama 5 hari berselang hari. Memang period lewat hampir 2 minggu. Tapi, darah period tu keluar warna merah. Makan je pedas, keluar darah. Masa tu saya syak mengandung.
Takut sangat masa tu. Dalam masa yang sama, saya kuat makan dan loya. Suami belikan upt untuk test sama ada betul atau tidak saya mengandung.
Saya gunakan UPT murah je masa tu. Bila test, naik satu line je. Saya pun terus buang dalam tong sampah dalam tandas. Allah gerakkan hati saya untuk tengok semula upt tersebut, setengah jam kemudian. Naik double line dengan terang.
Wah! masa ni memang saya menggigil. Antara teruja dan takut! Takut disebabkan pernah keguguran , dan ada gangguan berlaku juga keatas diri saya.
trick minum air gula
Sebenarnya, tiada trick pun nak minum air gula ibu mengandung. Asalkan kita jaga mindset sahaja. Kalau kita kata tidak boleh minum air gula, maka memang termuntah lah jadinya.
Di Klinik Kesihatan ( KK ) , saya diberikan minum air gula berperisa oren. Syukur! saya orang terakhir. 9.20 pagi baru nama saya dipanggil masuk ke bilik tersebut.
Mungkin sebab saya datang buka buku pada hari Rabu, jadinya hari tersebut memang sibuk. Appointmet jam 8 pagi, tapi biasalah sibuk kan?
Proses buka buku pink mengandung
Awal pagi tu, kena dengar ceramah mengenai perancang. 7 orang ibu mengandung yang buka buku pada hari tersebut. Kami diberi sedikit penerangan tentang kaedah merancang.
Kaedah tersebut adalah menggunakan pil Norriday. Pil ni selamat untuk ibu menyusu juga. Ramai yang salah sangka, bahawa makan pil perancang ni untuk tak nak anak kan?
Sebenarnya pil Norriday untuk penjarakkan anak sebetulnya. Dulu saya makan pil jasmin yang dibeli di farmasi sahaja. Itu lah, terlewat makan selepas period hampir seminggu. Tidak sangka boleh sangkut mengandung.
Selepas tamat ceramah, proses seterusnya masuk ke bilik khas yang ditentukan oleh alamat kita tinggal. Kat situ lah nurse akan tanya sejarah kelahiran lalu untuk buka buku pink. Kat sini dah sejam. Masa ni, buku mengandung anak last wajib dibawa tau!
Dah settle, baru masuk bilik berlainan untuk ambil darah untuk test HIV dan Hepatitis . Yang ni sukar nurse ambil darah saya. 4 kali cucuk, baru keluar darah. Maklumlah, urat saya sangat halus dan terpaksa menggunakan jarum baby. Sini pun dah habis 40 minit.
Kemudian, baru boleh minum air gula. Cawan plastik, tinggi pula tu. Masa minum air gula, macam biasalah. Perut saya akan bertindak balas. Sakitnya, hanya allah yang tahu. Jadi macam tu, mungkin sebab saya tidak suka makan dan benda manis.
Kesan tersebut, menjadikan saya pening kepala sehingga malam. Seksa!
Ambil Urin
Seterusnya, pergi ke bahagian lain. Iaitu perlu keluar daripada bahagian Ibu dan anak. Punya lah ramai orang. Ramai yang nak buat test urin. Dari budak sekolah, ibu mengandung dan warga emas. Tiada tempat untuk saya duduk ketika itu. Berdiri lah 15 minit, selepas urin diambil bagi menunggu keputusan tersebut.
Oleh sebab, saya perlu repeat ambil darah kali ke-2 pada jam 11.20 pagi. Saya beratur lah dulu ke bahagian farmasi bagi mendapatkan bekalan Obimin daripada KK. Penuh juga bahagian sini.
Kemudian, masuk semula ke bilik yang buka buku pink tadi. Ada lagi soalan yang perlu dijawab ketika itu dan sain borang-borang klinik.
Keputusan bacaan minum air gula akan diberitahu oleh nurse, jika ibu mengandung sangkut dengan GDM. Harapnya, saya lepas dari masalah ini.
Jika anda disahkan mempunyai GDM sewaktu mengandung, appointment ke klinik setiap minggu. Jika tidak, hanya 2 minggu sekali sahaja.
Update : Alhamdulillah, result minum air gula ibu mengandung ni, bacaan 4.5 sahaja. Syukur! bebas GDM sewaktu mengandung.
Kandungan ke-4 dah start minum air gula. Sila baca pengalaman ini .
0 Ulasan