Sumpahan Budu kah?

Sejak berkahwin, saya dah boleh makan budu! Sumpahan kah? Oh, tidak!
Tapi, masa sekolah rendah. Bermula dari darjah 1 sehingga tahun 6. Azabnya, hanya Allah je yang tahu, penangan budu.

Satu hari pun takde ketinggalan, dek abah mengajar ku makan budu dengan nasi putih bersama lauk pauk lain. Manakala, mak hanya sambal belacan juga bersama lauk lain. Tapi, saya lebih tertarik dengan budu.


sumpahan-budu





Abah dilahirkan di Bachok, Kelantan. Tanah tumpah keluarganya. Kemudian, dibesarkan di Kuantan bersama keluarga angkatnya di sini. Saya rasa, sebab ini kot. Abah tak nak kami lupakan Budu. Hmmm, entah lah. Tidak dinafikan, susur galur sebelah abah tidak berapa jelas. 

Berbeza pula dengan mak. Mak orang Temerloh. Sambal belacan , masak tempoyak dia memang suka. Tapi itulah, tiada kaitan kan dengan cerita Budu. 


Hati saya lebih tertarik dengan budu. 



Penangan Budu




Apa yang saya perasan kan, setiap kali makan budu. Saya mesti jadi selsema pada keesokan harinya. Walaupun menyeksakan diri sendiri, apa ada hal orang cakap. Asyik berhingus, tisu kan ada.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari buat saya terpaksa berhenti makan budu untuk selamanya.

Tepi hidung saya ditumbuhi bisul. Semakin lama, ia membesar dan menyakitkan. Muka saya ketika itu dah jadi membengkak macam 'alien'. Serta kesannya akan berdenyut setiap malam. Bayangkan kesakitan tersebut macam mana? menangis je lah saya ni.

Selepas pergi ke klinik panel abah bekerja, sapu krim dan makan antibiotik. Alhamdulillah, selepas itu surut bisulnya dengan izin Allah.

Baiknya bisul tersebut, budu macam biasa masih saya makan. Bisul macam biasa, akan tumbuh cuma tak serius sahaja pada bahagian anggota badan lain.


Taubat tinggalkan budu


Sehinggalah diserang bisul ketika darjah 6. Iaitu pada bahagian punggung. Bisul masa ni memang liat. Dah cubit pun, masih tak mahu mati. Akhirnya, ia membesar dengan jayanya. Kali ini, saya betul-betul insaf mahu tinggalkan sahaja budu.

Kerana bisul tersebut menyebabkan saya kesakitan sehingga tidak boleh ke sekolah. Duduk di kerusi pun, senget sebelah punggung .

  Kadang-kadang terlupa, terduduk macam biasa, menitis airmata tanpa suara. Nak dijadikan cerita, kali ini bisul yang tumbuh di punggung tidak bermata.


 Kau bayangkan lah macam mana. Apabila bisul sudah membesar, saya gigih ikut petua mak. Katanya, tampal bawang merah pada bisul tersebut. Akhirnya petua tersebut berhasil, serta menjadikan bisul telah mempunyai mata dan boleh dipicit. 


Nak ke hospital takut, risau kena tahan di wad lama duduk berseorangan. Itu bayangan saya jika serahkan diri di Hospital. 


 Mujur lah mak yang tolong picitkan bisul ketika itu. Menderita juga! hampir 2 minggu terseksa, mak pecahkan bisul tersebut.


Sejak kejadian, saya tinggalkan budu.



Sumpahan Budu kah?



Selepas berkahwin, saya beranikan diri makan budu. Ketagih bertahun tak makan, memang tak boleh tahan lagi. Alhamdulillah, tiada sudah bisul tumbuh pada saya. 

Walaupun ketagih, saya makan beringat juga. 


Sehingga kini, giliran saya mengajar anak-anak  makan budu berulamkan timun. Sementara itu, suami jenis tidak gemarkan budu. Makan nasi berulamkan timun serta budu boleh bertambah 4 pinggan ya.


P/S: Balik je dari klinik, terus cari ulam-ulaman selain timun untuk menyicah. Mujur jumpa budu sedap.


Saya pernah dengar khabar angin mengatakan bahawa, jika kerap ditumbuhi bisul mempunyai kencing manis. Erm mitos je kot?

Dan, mereka yang suka makan makanan manis paling mudah diserang penyakit kencing manis.  Setakat ini saya memang tidak suka makan makanan yang manis-manis. Sebab perut sensitif dengan benda manis. Saya harap, pembaca di blog juga begini. Dijauhkan daripada penyakit merbahaya. 



PSS: Sehingga kini, perkataan bisul  saya tidak boleh menyebutnya. Jika terlepas juga, terima lah kedatangannya. Cuma tidak seteruk seperti zaman kanak-kanak. Pantang di mulut untuk menyebutnya. 






Catat Ulasan

0 Ulasan