Berkelah di tepi Pantai Pelindung

 Tiada dalam perancangan pun, selepas singgah ke 7 Eleven. Terus memandu ke Pantai Pelindung. Berkelah di tepi Pantai Pelindung tanpa perancangan jadinya. Dengan matahari yang terik, teruskan juga. Jenis saya, kalau dah keluar. Sekali harung aje lah ke Pantai. Pantai pelindung, yang terletak di Beserah Kuantan Pahang. 


berkelah-ditepi-pantai
Kami duduk makan diatas tunggul kayu sahaja. Sebab situ je satu-satunya tempat yang ada. 20 minit sahaja kami berkelah sebelum masuk azan Asar. 



Artikel lain : Berkelah di Pantai Sepat 


Apa yang kami beli dari kedai runcit dan 7 Eleven  ialah Aiskrim 3 bungkus, beserta Farm Fresh susu segar, Muffin dan Begel Cheese. Terus jadi berkelah di tepi pantai tanpa sengaja pada jam 3 petang. 


8 buah pantai ada di Kuantan

Buat pengetahuan pembaca, di Kuantan kaya dengan Pantai. Keseluruhan pantai di Kuantan mempunyai 8 buah. Iaitu Pantai Beserah, Pantai Pelindung, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Sepat, Pantai Tembeling, Pantai Cherating ( sempadan Kuantan - Kemaman ) . Bila dikelilingi pantai, memang panas lah Kuantan. Best tak banyak pantai? sebab itulah bandar Kuantan menjadi pilihan untuk orang luar bercuti. 



Pantai yang kami berkelah ini ialah di Pantai Pelindung. Untuk sampai ke sini, korang boleh waze je House Boat Mee Calong. Sebab kawasan ini ramai yang tidak tahu, mesti gunakan waze tersebut pastinya korang akan di bawa ke sini. 



Apa yang menariknya di Pantai Pelindung



berkelah-di-tepi-pantai



 Best sangat, bila berkelah di pantai pelindung. Tak serabut macam pantai Batu Hitam. Yang tu, tiada privasi bagi saya. Sebab menganggu ATV tu semua atas pantai. 


Dulu lah, Pantai Pelindung dipenuhi pokok-pokok.  Tapi sekarang dah banyak ditebang. Ini disebabkan sudah ada pembeli tanah di hujung sana. Kalau korang perasan, dalam gambar tu dulu dipenuhi pokok-pokok kelapa. Sebab pembangunan, dah kena tebang. Itu yang panasnya, secara tidak langsung, ramai pengunjung akan ke warung-warung di tepi pantai untuk makan dan minum. 


Apa yang menariknya, selain pemandangan yang cantik. Di sini ada juga bot-bot nelayan yang ditempatkan di bawah pokok. Manakala, sebelah petang boleh tengok nelayan naikkan hasil laut seperti ikan, sotong dan ketam mengikut musim. 


Saya pernah membeli sotong segar, RM 10 sahaja untuk sekilo sotong. Murah kan? lama dulu lah. Tapi, korang kena rajin lah tunggu nelayan. Sebelum malam, nelayan ramai yang balik dari laut. Mungkin sekitar jam 6 petang macam tu. 


Jangan tidak tahu pula, peninggalan sejarah turut ada di sini iaitu Kubu pertahanan. 


Pantai Pelindung menjadi pilihan 


Oleh sebab Pantai Pelindung berhampiran taman perumahan saya, maka sini lah menjadi pilihan hati. Malas nak pergi jauh. Kalau dulu, sebelum pantai ni ada warung-warung. Memang sunyi lah, tidak popular dan viral. Tapi, sunyi teramat. 


Pantai Pelindung, jika melalui jalan sebelah longkang besar berjalan kaki sedikit dapat jumpa Tasik Pelindung. Lagi best. 



berkelah-di-tepi-pantai




Penyu Mural di Pelindung


Korang nak tahu tak, sejak akhir ini. Penyu Mural di Pantai Pelindung tu di hujung pantai sebenarnya. Jauh lah dari pantai saya pergi. Kalau dulu, tempat Penyu Mural tu port kaki pancing je tau. Kini, telah menjadi tarikan pengunjung setempat dan luar Kuantan juga. 


Zaman kanak-kanak, abah selalu memancing di situ. Pada satu hari, abah pernah diusik oleh entiti di sana. Yang berani je boleh tahan. Sekarang wallahualam, mungkin dah tiada. 


Yang best, situ lah abah selalu dapat kerapu laut dan siakap merah. Best! kena tunggu air pasang lah tapi. Sabar tak? tengah malam macam tu. Pernah musim hujan, siakap merah banyak kat tepi-tepi batu tu jer. 


Jadi, kepada sesiapa yang berhajat mahu berkelah di tepi pantai. Cari lah Pantai Pelindung. Kalau tak nak berkelah, boleh je makan Mee Calong House Boat sana. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Beserah antara pantai yang kak ana suka kalau ke Kuantan , tenang je kedesaannya

    BalasPadam
  2. Wahh! Ditambah lagi tempat menarik ke dalam list melancong di Malaysia.

    BalasPadam