Cerita ayat copywriting kali ini, sudah tentunya membuka minda sesiapa yang menjumpai artikel ini. Manakan tidaknya, cara saya posisikan diri sebagai Copywriter sejak tahun 2020 diluar kotak fikiran. Semuanya dengan izin Allah SWT belaka.
Selepas saya mengikuti Kelas Ghostwriter di tahun 2020 dengan puan guru Nordianah Bachok. Dalam kelas hanya diperkenalkan asas sebagai penulis upahan yang mahu tawarkan servis penulsian sahaja.
Fokus saya ketika itu, hanya mahu menjadi penulis artikel sahaja. Itu yang saya tahu, sebab terbiasa menulis artikel sejak menjadi seorang Blogger dan memiliki blog di tahun 2016 ( permulaan tahun yang serius menulis artikel ) .
Positioning diri
Walaupun, sasaran saya adalah untuk mengambil job menulis artikel. Namun, rezeki yang sering terima adalah Copywriting. Pelik tak? lain yang diharapkan, lain yang kunjung. "Ah, nevermind!" kata saya dalam hati. Sekurang-kurangnya saya mendapat upah menulis hasil kerja tersebut.
Dianggarkan ketika itu, saya mendapat tempahan 6 copywriting setiap hari tanpa gagal. Semua klien adalah direct dan bukannya melalui agensi. Alhamdulillah, dapat menumpang rezeki baby.
Semasa mengandung, kehidupan saya agak susah. Mahu membeli persiapan baby dan berpantang pun tiada. Jenis suka menggunakan duit sendiri, jadi itu lah kesudahannya. Ada perbezaan menggunakan hasil titik peluh sendiri dengan suami.
Saya tidak suka menyusahkan suami, jadi hanya guna apa yang ada sahaja. Berpantang baru lah suami keluarkan simpanan untuk perbelanjaan berpantang dan berurut.
Nak dijadikan cerita, saya mendapat tawaran Copywriting adalah melalui Storytelling saya di Facebook. Hobi saya memang suka bercerita di sana. Jadi, apa aktiviti harian saya. Maka saya akan 'update' cerita supaya menjadi content saya.
Tiada pengalaman
Tidak sangka, klien yang datang kepada saya disebabkan storytelling saya selama ini. Sejujurnya, saya memang kosong untuk ilmu Copywriting. Atas dasar kepercayaan klien kepada saya, mereka sentiasa memberikan saya semangat. Mereka bercakap, penulisan saya mampu mempengaruhi pembaca. Alahai~ haza min fadli rabbi. Dengan izin Allah belaka.
Selepas menulis beberapa Copywriting, saya rasakan penulisan tidak sedap dibaca lagi. Sebab bosan. Setahu saya, bila diri sendiri yang bosan membacanya. Apatah lagi audiens saya? fikir-fikirkan sendiri.
Kemudian, rakan Ghostwriter. Dia mengajar saya, dalam pada tersebut. Copywriting yang diajarnya adalah format biasa iaitu Storytelling. Sama kaedah seperti saya lakukan. Cuma, format kawan agak melewah dan mendatar serta tiada keinginan untuk membuatkan pembaca untuk bertindak membeli. Rasa tidak berpuashati, jadi saya membeli buku-buku mengenai Copywriting dan membuat latihan setiap hari di dinding Facebook saya.
Bukan itu sahaja, selain buku-buku. Turut menyertai kelas-kelas berbayar dan seminar dengan tujuan mahu mahirkan diri dalam dunia Copywriting.
Dimana saya melatih Copywriting
Tanpa segan silu, saya hanya menulis Copywriting di wall media sosial yang dimiliki sahaja seperti Facebook, Instagram dan melalui video di Tiktok.
Hambar atau tidak, saya tebalkan muka. Bagi saya, mahu belajar. Bukanlah mahu menunjuk bagus dan bertanding dengan sesiapa. Apa barangan yang saya beli, terus buat Copywriting di wall. Ayat iklan tersebut saya jadikan contoh penulisan kepada prospek yang mahu melihat gaya penulisan.
Jenis saya, tidak suka dapat tawaran job Copywriting masa itulah kelam kabut nak bina ayat Copywriting. Jadi, bila sudah terbiasa menulis Copywriting mudah saya mengatur mahu menggunakan format yang bersesuaian dengan masalah klien. Penulisan pun tidak kaku asbab sentiasa menulis.
Cerita di belakang tabir sebagai Copywriter :
"Boleh tak saya nak ulang guna di page Facebook copywriting ni?"
Sebenarnya tidak digalakkan. Sekiranya setiap hari update copywriting yang sama akan buatkan audiens bosan.
Ini kerana dalam satu Copywriting bukan fokus kepada semua sasaran pelanggan sahaja.
Jadi, untuk Copywriting boleh perbanyakkan mengikut setiap sasaran bakal pelanggan dengan masalah berbeza.
P/s; Sebaiknya selitkan juga dengan Content yang bersesuaian dengan niche bisnes.
Content tersebut boleh terdiri dari teks, kongsikan artikel dari website klien, video behind the scenes dan social proof lain supaya kelihatan menarik bakal pelanggan anda.
Copywriting Fresh!
Segelintir penulis, akan 'recycle Copywriting' lama dan jadikan sebuah template. Bagi saya, cara tersebut tidak sesuai. Rasa berdosa buat begitu. Seolah menganiaya, dan hilang keberkatan dalam mencari rezeki.
Setiap kali mendapat tempahan yang didahului wang pendahuluan dari klien, saya akan mengkaji dahulu pain point yang dihadapi oleh pelanggan, format apa yang bersesuaian serta membuat swot analysis juga untuk mendapatkan Copywriting berkualiti. Di sini, otak saya akan ligat memproses idea kreatif untuk ayat iklan yang memukau.
Memandangkan saya memiliki baby. Makanya, jadual bekerja saya pada sebelah pagi. Saya bangun seawal jam 3 pagi untuk menulis. Sebelum itu, macam biasa kejar akhirat dahulu. Suka minta ilham daripada sang pencipta sebelum menulis.
Testimoni pelanggan Copywriting .
Cabaran yang mempunyai anak kecil
Memandangkan, ketika itu saya mempunyai baby yang berusia 4 bulan. Asyik nak menempel dengan saya. Allah maha baik! DIA tahu kemampuan saya setakat mana ketika ini. Jadi, dalam tempoh tersebut saya hanya menerima tawaran kerja copywriting dan pengurus media sosial sahaja.
Selain itu, saya juga tidak memiliki sebuah laptop. Segala Copywriting yang telah disiapkan, saya hanya menghantar melalui whatsapp berbanding Email. Ini kerana, klien mahu mudahkan. Saya hanya setting siap di dalam whatsapp, berbanding email mereka perlu download PDF. Ada segelintir klien tidak mahir membuka email. Jadi, sebagai penulis upahan perlu mudahkan pelanggan.
Bahaya jika tidak tahu menulis ayat Copwyriting
Ada satu ayat marketing yang digunakan oleh owner kedai makanan yang melintas di wall saya tempoh hari. Disebabkan penggunaan ayat copywriting yang salah, posting di Group tersebut ramai yang boikot. Bukanlah mahu menyokong owner tersebut, malah perniagaannya di boikot oleh netizen. Ia sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasi syarikat tersebut.
Jadi, kita boleh nampak. Kesan dan akibat dari penggunaan ayat copywriting yang salah. Ada cara tertentu mahu menghasilkan contoh ayat copywriting makanan . Jika ayat copywriting betul digunakan mampu tarik pelanggan.
KLIEN
Apabila dilihat mampu menulis Copywriting dengan baik, saya juga ditawarkan menjadi penulis di page-page bisnes klien. Syukur! sebulan 2 page saya menjaganya. Bagi salah satu page ini, saya menjaganya hampir 2 tahun. Saya sendiri menamatkan tempoh tersebut kerana keguuguran. Klien pernah tawarkan buat kali ke-2, saya rasa segan menebal dalam diri untuk menerimanya.
Dengan penulisan santai, saya mendapat tawaran menulis di page bengkel kereta, agen insurans, Fesyen iaitu baju kurung, tudung, dan kedai dobi.
Bagi percubaan klien lain-lain page secara mingguan. Seperti Restoran dan Minuman Kesihatan. Syukur!
Sebelum saya melarat dengan perkongsian, saya akhiri artikel ini dengan ucapan salam sejahtera dan Assalamualaikum. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca cerita copywriting yang tidak seberapa ini. Yang buruk, tetaplah dari saya sendiri. Terbaik datangnya daripada Allah SWT.
Jika sesiapa yang perlukan servis Copywriting . Hubungi saya.
Hubungi saya di whatsapp
0 Ulasan