Ini 5 Jenis Upah servis Ghostwriter mesti dijauhi

Dengan keadaan ekonomi yang tidak cantik sekarang di tahun 2024, ramai yang berminat menjadi Ghostwriter. Dalam keterujaan tersebut, ada yang melanggar pantang larang sebagai seorang Ghostwriter. Jadi, ada 5 jenis upah servis Ghostwriter yang perlu dielakkan jika mahu keberkatan dalam mencari kerezekian. 

Ramai yang terdesak mahu bekerja dari rumah, dengan  hanya duduk di depan laptop sambil ditemani secawan kopi panas. Selain itu, anak-anak di sisi kalian tanpa perlu menghantar ke rumah pengasuh mahupun taska. 



upah-Ghostwriter





Saya sudah jelaskan apa itu Ghostwriter dan Penulis upahan melalui artikel ini.  


Walau seronok mahu menjadi Ghostwriter, tidak semudah disangka. Ini kerana ada 5 pantang larang yang kalian perlu ketahui sebelum meneruskan hajat tersebut. 


5 Jenis Upah Ghostwriter atau Penulis Upahan yang mesti dielakkan 



1.  Assignment 


Ramai yang salah sangka, kerja Ghostwriter adalah membantu pelajar Universiti menyiapkan tugasan mereka. Ianya adalah salah dan melanggar etika sebagai Ghostwriter. 

Tidak dinafikan, saya percaya memang ada dikalangan mereka yang mengambil upah begini. Dengan niat mahu membantu pelajar tersebut, disebabkan kalian sendiri sudah melalui fasa membuat assignment. 

Sebenarnya, cara tersebut bantu pelajar menipu pensyarah mereka. Jadi, adakah berkat upah yang diterima? Jangan sampai kalian dikenakan tindakan oleh Universiti sudah lah. Beringat sebelum terkena. 


2. Hiburan 


Buat pengetahuan pembaca, ada yang tidak tahu. Segelintir daripada mereka mengambil upah menulis artikel hiburan. 

Tahukah kalian, menjadi penulis upahan untuk hiburan adalah bukan sebahagian dari tugasan Ghostwriter? 

Di mana keberkatan rezeki tersebut? jika penulisan artikel menyebarkan fitnah dan menulis tentang gaya hidup selebriti sepanjang masa. 





3. Politik 


Seterusnya adalah penulisan politik. Mungkin kalian dibayar dengan bayaran lumayan untuk menjadi penulis di page politik. Ia mengajak pergaduhan antara satu sama lain dengan mengadakan cerita dengan sesuatu yang tidak berlaku, boleh pecah belahkan semua kaum dan agama  yang ada di Malaysia. 



4. Surat 


Mungkin ada yang menerima upah menulis surat. Semua itu tidak salah, selagi tidak melanggar etika sebagai penulis upahan.  Asalkan tidak menulis untuk  menjatuhkan airmuka seseorang dan seumpamanya. 



5. Forex Trading dan pelaburan 


Yang terakhir, memang tidak terlepas penulis upahan menerima tawaran menulis bagi niche pelaburan seperti Forex dan seumpamanya. 

Menulis seolah mengajar individu untuk berjudi diatas talian. 

Disebabkan ada fatwa mengatakan ianya adalah haram . Ikuti bacaan lengkap , isu Forex Trading haram .  



Secara kesimpulannya , mahu keberkatan dalam mencari kerezekian sebagai penulis upahan. Kalian mesti membuat kajian terlebih dahulu sebelum meneruskan projek penulisan. Ia berkaitan sumber yang mahu diberikan kepada anak-anak, keluarga, membantu suami tambah ekonomi , serta ibu bapa yang berada di kampung. Sanggupkah kalian makan daripada sumber yang tidak berkat?


Jika dilihat, banyak kifarah berlaku dalam kehidupan jika masih mengambil upah menulis begini. 


Kalian boleh tawarkan servis penulisan berdasrkan ilmu pengetahuan dari kelas-kelas yang pernah sertai, pengalaman kerja dalam bidang, pembacaan serta kajian dilakukan.

 Selebihnya, nak jadi penulis upahan mestilah minat menulis bagi pihak pelanggan serta rajin membuat kajian.


Lebih 40 jenis servis penulisan sebagai Ghostwriter, kalian boleh tawarkan kepada pelanggan.



Jadi, sebagai penulis upahan. Kalian mesti bijak membuka peluang sebagai individu yang tawarkan servis penulisan. Terdapat lebih 40 jenis servis penulisan boleh ditawarkan kepada pelanggan seperti berikut :


1. Menulis surat-surat rasmi seperti surat tidak hadir ke Sekolah, Surat Kenaikan Jawatan, Surat Berhenti Kerja, Surat Perjanjian dan lain-lain.
2. Menulis teks ucapan Guru, Mesyurat Bulanan Syarikat dan Perasmian Majlis. 
3. Memo Syarikat. 
4. Company Profile Syarikat.
5. Membuat slide presentation. 
6. Membuat Carta Organisasi Surau, masjid dan sebagainya. 
7. Menulis artikel website. 
8. Menyediakan report bulanan syarikat.
9. Menulis Content bagi perniagaan syarikat kecil, sederhana dan besar. 
10.  Menulis ayat pengiklanan Copywriting di media sosial. 
11. Menulis Copywriting Landing Page. 
12. Sales Page. 
13. Email Marketing.
14. Storytelling.
15. Cerpen. 
16. Membuat Tagline.
17.  Menukarkan audio kepada teks.
18. Menukarkan video kepada teks.
19. Membuat sarikata.
20. Membuat suara latar ( Voice Over bagi iklan radio dan platform media sosial ) 
21. Menulis e-book ( Buku Digital )
22. Menulis manuskrip. 
23. Menulis Novel. 
24. Menulis rencana. 
25. Menulis Press Release.
26. Menulis skrip drama dan filem.
27. Membuat poster, mini poster, dan banner .
28.  Terjemahan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. atau Inggeris ke Bahasa Malaysia. dan lain-lain bahasa.
29. Pruf 
30. Suntingan ayat. 
31.  Mencari kata kunci atau Keyword Research bagi artikel SEO.  
32.  Menulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ) 
33.  Mengendalikan Wordpress bagi siaran artikel. 
34. Mengendalikan Blogger bagi siaran artikel di blog pelanggan. 
35. Membuat template seperti sistem kira-kira, excel dan Word. 
36. Menulis kapsyen Shopee. 
37. Upah bina Website.
38. Upah buat blog.
39. Upah buat page akaun baharu bisnes di Facebook dengan keyword SEO. 
40. Upah buat akaun baharu page Instagram.
41. Upah buat  akaun  baharu Youtube.
42. Upah buat akaun baharu di Tiktok.
43. Upah edit video di Tiktok.
44. Upah edit video di Youtube. 
45. Upah buat storyline Tiktok. 
46. Upah buat outline e-book.
47. Upah review produk dan perniagaan servis bertulis di blog peribadi. 
48. Upah buat Resume, CV, Portfolio.





E-mail di norazlinaina323@gmail.com  bagi mendapatkan servis penulis upahan daripada saya. 




Blog Ghostwriter : Azlina Ghostwriter 

Catat Ulasan

0 Ulasan