Pembawa Rezeki - Rahsia Allah

Semalam, kami seisi keluarga makan di restoran Jemari di Shah Alam. Kami berani pergi berdasarkan 'review' yang ada di Google dan juga gambar-gambar yang diambil oleh pelanggan.


pembawa-rezeki





 
Tibanya kami di tempat letak kereta. Suami dan saya sudah 'happy'. Suami berseloroh dengan saya..

"Yang, awal lah makanan sampai jap lagi. Ni takde orang sangat dalam kedai." Sebaik suami, melihat kan pengunjung hanya 3 meja sahaja dari luar.

"Kan? pandai kan saya cari?"
 
Kami memilih meja tengah dalam restoran tersebut. Meja panjang dan selesa untuk mereka yang mempunyai 6 orang keluarga.

Sebaik makanan ditempah. Saya dan suami keluarkan 'smartphone' masing-masing. Scroll media sosial berkongsi dengan anak-anak.
 
Lebih kurang 20 minit menanti makanan panas, hidangan siap. 'Smartphone' disimpan, bagi memfokus aktiviti makan malam kami.

"Yang, cuba tengok meja panjang tepi tu. Pastu meja belakang. Tiba-tiba kedai ni penuh. Tadi lengang. Pelik!"
 
"Kan? Ingat lagi tak, saya pernah cakap. Tiap kali kita masuk kedai makan je. Mesti kedai tu akan dipenuhi pelanggan."

"Yer. Tapi takkan kot. Kebetulan kan."

"Abang ni. Saje tau! memang macam tu lah. Takde dalam Islam kebetulan. Tapi, dengan izin Allah semuanya berlaku. Abang faham kan? tapi kalau abang tak faham. Biarlah jadi rahsia."
 
P/S: Keadaan agak tegang. Yer lah. Saya menang kot! haha.
 
Walau bagaimanapun, situasi tegang tu tak lama. Sebab kami menikmati makan malam yang sedap. Nasi goreng kampung, 3 set nasi goreng cina, Mee Goreng, Udang Butter, dan kerabu mangga.

 Manakala, satu jug jus tembikai untuk kami sekeluarga.
 
Berbaloi singgah makan menu-menu Thai.


 
PSS: Gambar sekadar hiasan. Sebab gambar makanan malam tadi, dah habis. Memang kami utamakan makan je, jadi takde bukti.

Catat Ulasan

0 Ulasan