Proses Pitching Penulis Upahan - Kena reject atau Close Deal?

 Mesti ada yang tertanya-tanya dalam benak fikiran. Macam mana proses pitching penulis upahan tu? Sepanjang minggu lalu, saya menerima pertanyaan mengenai servis penulis upahan atau Ghostwriter  yang saya sediakan sejak tahun 2020. Korang tolong yer, kalau prospek tanya tu. Tidak semestinya akan menjadi pelanggan. Ada segelintir sekadar 'survey' harga servis sahaja. Ini amaran keras buat korang yang baru berjinak dalam dunia ghostwriting. Bukan apa, tak nak korang hancur hati jika prospek tak jadi ambil servis. 




proses-pitching-penulis-upahan


Ikuti 4 panduan ini, jika tiada tawaran menulis sebagai penulis upahan 


Walau bagaimanapun, tetaplah perlu bersyukur.  Ada lah juga prospek datang kat awak. Hahah. Saya lah tu, diulangi. Saya sendiri. Saya ni suka berangan tau. Selalu berangan dapat job banyak-banyak. Dapat uruskan projek besar-besaran bersama pelajar saya. Ok, abaikan ini. 


Jika ada projek penulisan besar, atau kebetulan slot penulisan saya penuh. Tugasan tersebut saya akan bahagikan kepada pelajar-pelajar daripada Kelas Ghostwriter Expert. Tawaran ini tidak dibuka kepada orang luar kerana, saya mempunyai komuniti sendiri yang mana mereka  sudah di latih  dari awal. 



Berbalik kepada cerita diatas, 3 pertanyaan mengenai tawaran menulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ) . 2 darinya adalah 'loyalty klien' serta 1 prospek hasil rakan-rakan yang mencadangkan nama saya kepada bisnes rakannya. 


Proses Ghostwriting 


Kebiasaannya, saya akan mendengar dahulu apa masalah dan kehendak bakal pelanggan. Dia nak apa, apa yang nak ditambah baik dalam bisnes melalui servis saya. Jadi, tugasan saya mencadangkan kepada bakal pelanggan dengan idea. 


Bakal pelanggan iaitu prospek mahu bina website bagi perniagaan bengkel kereta ( Niche Automotif ) . Kebetulan sangat, saya pernah menjadi Content Writer dalam bidang tersebut selama hampir 2 tahun. Selain itu, beliau mahukan SEO bagi website. 


Apa yang saya cadangkan adalah, tarik trafik organik melalui artikel SEO. Cara ini adalah percuma, kerana tiada pengiklanan berbayar dilakukan.


 Hanya sediakan artikel dengan keyword sahaja. Itu lah yang dinamakan sebagai artikel SEO  ( Search Engine Optimization ) . Jadi, pelanggan bengkel tersebut akan menjumpai bisnes mereka di carian Google melalui keyword yang digunakan dalam artikel. 


Sekurang-kurangnya, untuk website baharu saya mencadangkan paling sedikit adalah 5  artikel SEO di website. Jenis artikel SEO bergantung kepada strategi. 


Buat pengetahuan pembaca, artikel SEO yang saya tawarkan kepada bakal pelanggan adalah termasuk mencari keyword yang berpotensi ranking pada halaman pertama Google . Bukan itu sahaja, selain menulis artikel SEO. 


Tugasan lain juga, perlu lakukan setup di bahagian artikel supaya   mesra SEO. Ada beberapa bahagian teknikal perlu disentuh. Jika tidak, rugi sahaja hanya artikel SEO tetapi tidak pada bahagian siaran. 


Artikel lain : Jauhi 5 jenis upah servis Ghostwriter ini !


Bina Website dengan Web Design 


Memandangkan bakal pelanggan ini tiada lagi website, jadi satu website akan di bina. Bukan saya uruskan, tetapi rakan saya yang mana beliau selalu mengambil upah buat web design. Ini antara kerjasama saya bersama rakan untuk website.

Kat sini, bakal pelanggan perlu tahu website yang diinginkan. Berapa page dalam website, dan web design akan install perisian mengikut keperluan. Anggaran siap hanya 4 hari sahaja jika segala maklumat diberikan dengan mudah oleh bakal pelanggan. 



Setuju atau tak?


Sebelum mahu bermula projek penulisan, satu sebut harga akan diberikan kepada bakal pelanggan. Dalam sebut harga akan dimasukkan kuantiti produk, keterangan kerja, harga seunit dan harga keseluruhan. Tidak lupa juga, berapa peratus deposit yang dikutip serta deadline kerja. 


Ada segelintir bakal pelanggan takut bila keluarkan sebut harga. Kalau sebut harga diberikan oleh seorang Ghostwriter, tidak semestinya perlu menerima. Sebagai bakal pelanggan, korang berhak untuk menolak atau terimanya. 


Setiap urusan yang dijalankan oleh Ghostwriter, ada persetujuan kedua belah pihak. Maka, berlaku jualan. Close deal! Jika salah seorang tidak bersetuju, projek tidak akan bermula. Begitulah. Seterusnya, Ghostwriter boleh mencari pelanggan baharu tanpa perlu menunggu. 



Close Deal


Sementara saya menanti juga bayaran pendahuluan kerja menulis artikel dari 'loyalty klien'. Bajet dengan 3 artikel SEO dalam niche Travel. Sebelum terlupa, untuk dapatkan tawaran menulis sebagai penulis artikel SEO pelanggan perlukan testimoni dan result artikel yang ditulis. 



Sempat saya menerima upah bagi masalah teknikal di website 'loyalty klien'. Rasanya sudah beberapa kali beliau menggunakan servis penulis upahan dari saya. Kali ini, adalah tugasan fix error di website pula.


Bila tiada job penulisan 


Bila bercakap mengenai masalah teknikal, paling berat sedikit. Sebab perlu bermain dengan coding. Masya Allah, klien ini memberi kepercayaan kepada saya sebanyak 2 kali  untuk baik pulih masalah teknikalnya. Saya bukanlah seorang web developer, tetapi berbekalkan pengalaman yang sedikit, saya gunakan. 


Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah. Selesai masalah dalam 2 jam sahaja. Kebetulan tidak perlu usik di bahagian Core Web Vital. Tapi di bahagian website dan Google Search Console sahaja. 


Akhir kata, untuk mengambil job teknikal di website. Korang patut memiliki sebuah website unuk latihan. Dari sini proses pembelajaran berlaku. Jika serius dalam SEO bahagian teknikal.



Secara kesimpulannya, proses pitching sebagai penulis upahan perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam meraikan bakal pelanggan dan pelanggan. Dalam proses ghostwriting, sebut harga diberikan sebelum projek penulisan bermula. Seterusnya selepas siap tugasan kerja satu invois diberikan kepada pelanggan bagi mengutip bayaran baki. 


Saya doakan kepada sesiapa yang masih struggle dalam bidang ghostwriting, dipermudahkan urusan serta lancar rezekinya. 





Catat Ulasan

0 Ulasan