Ghostwriter Artikel - Begini rupanya tugasan sebenar

Dulu, saya fikir kerjaya Ghostwriter adalah menulis novel je. Rupanya salah tanggapan saya selama ini.  Ianya bermula apabila mendapat upah menulis mudah seperti Copywriting dan menjaga page bisnes klien. Dalam hati saya berkata, Oh macam ni rupanya kerja Ghostwriter. Kalau macam tu, saya nak jadi Ghostwriter Artikel . 



ghostwriter-artikel






 Kemudian, saya kembangkan servis penulisan artikel SEO. Memandangkan saya suka menulis artikel panjang, usahakan juga beranikan diri tawarkan kepada klien. Sebab saya sendiri pun pernah menulis di blog peribadi, jadi saya mengkaji penulisan artikel SEO bagaimana yang menjadi kesukaan klien. 


Dipendekkan cerita, tak lama tu saya ditawarkan oleh klien menerusi e-mail untuk upah  menulis artikel Niche kecantikan. Seingat saya, 10 artikel sahaja. Hanya menulis artikel yang fokus kepada kesihatan kulit. Yang ini, hanya artikel tanpa SEO sahaja. Lagi mudahkan saya. Di saar menerima upah menulis artikel kecantikan, memang saya rajin menulis dalam niche ini di blog peribadi.

 
Bulan seterusnya, tempahan artikel pendek 300 patah perkataan iaitu 90 artikel SEO kesihatan yang datangnya dari e-mail. Syukur! saya seronok menulis untuk niche kesihatan. Memang dah jatuh cinta sangat. Tengok macam banyak, sebenarnya tak sukar mana. Janji tahu uruskan masa, untuk mengejar tarikh mati bagi setiap projek penulisan.

 
Job kecil-kecilan juga saya terima, seperti artikel SEO kurang dari 10. Tetap terima!
Walaupun job kecil-kecilan, namun setiap tempahan dari niche klien semuanya bermula dari 1500 patah perkataan. Ada niche islamik, servis, dan teknologi juga. 


Menginjak ke bulan baharu, semakin mencabar sebagai penulis artikel apabila saya dilantik untuk projek singkat selama 5 bulan sebagai Content Writer website dalam niche kesihatan. Tugasan saya perlu keluarkan 30 artikel SEO dengan 1500 patah perkataan setiap bulan.

 
Bukan setakat menulis artikel di website klien sahaja, tapi perlu tahu jadikan artikel mesra SEO.
Kerja-kerja teknikal seperti 'fix error' memang tak terlepas untuk saya selesaikan jika website klien ada masalah. Setiap bulan perlu keluarkan report bulanan dan bentangkan kepada klien.

 
Paling mencabar kerja saya sebagai penulis artikel SEO adalah, buat pemeriksaan berkali-kali di website sama. Klien mempunyai lebih kurang 500 artikel sedia ada, dan mahu menggunakan servis penulisan artikel SEO ketika itu. Jadi, saya perlu lihat keyword apa yang masih belum digunakan untuk artikel.
 
Kemudian, di website sama lakukan Keyword Research. Klien meminta 15 keyword yang berpotensi untuk ranking pada halaman pertama Google. Turut meminta saya menulis 3 artikel parenting, selebihnya berkongsi dengan penulis sedia ada di website klien.

 
Itu lah sebahagian tugasan saya sebagai Ghostwriter Artikel SEO. Ikutkan banyak lagi niche yang saya tulis dan artikel  berjaya ranking  .

Bukan sekadar menulis artikel, tapi perlu tahu macam mana nak jadikan artikel tersebut mesra SEO dan pembaca di Google.



 
Dengan izin Allah semuanya.

 
P/S: Search Engine Optimization ( SEO ) , adalah satu kaedah percuma iaitu dengan tarik trafik ke website melalui artikel yang mempunyai keyword. Melalui artikel, boleh tukarkan pembaca kepada pelanggan. Apa pun, perlu konsisten membina content di website untuk naikkan branding brand itu sendiri di mata bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada supaya kekal relevan.


Sekian cerita.



Jika sesiapa yang mahukan servis Ghostwriter artikel dari saya, terus ke whatsapp : Ghostwriterartikel 






Media sosial  



Facebook  :  Nor Azlina Mohd Ali 




Catat Ulasan

0 Ulasan