Nyaris tidak jadi bercuti di Melaka - Cuti Persekolahan

 Cuti persekolahan pertengahan baru-baru ini, kami seisi keluarga bercuti di Melaka. Banyak betul halangan sebelum kami sepakat untuk pergi bercuti di Melaka. Silap hari bulan, dah boleh mengalami kekecewaan yang teruk dari anak-anak apabila janji tidak ditepati. 


Bercuti-di-melaka





Suami macam biasa, setiap kali nak bercuti. Tidak akan booking mana-mana penginapan seperti homestay mahupun hotel. Memang takkan lakukan. Tidak akan booking awal, ini kerana suami lakukan 2 kerja dalam satu masa. Jadi, hari cuti Sabtu dan Ahad fokus bisnes dia kecil-kecilan yang sudah beroperasi 11 tahun. Alhamdulillah. 


Ain 

Ain bukan nama orang, tetapi nama penyakit yang tidak nampak dengan mata kasar. Penyakit yang berpunca dari pandangan mata. Iaitu pandangan ain. Jika terkena, kita boleh jatuh sakit seperti demam, kecelakaan, pergaduhan dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 

Penyakit ain boleh terjadi kepada diri sendiri, anak-anak dan pasangan. Kenderaan pun boleh! 

Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum cuti persekolahan. Ada individu terdekat yang bertanyakan keluarga saya, cuti tidak ke mana ke? bawa anak-anak berjalan. 


Permulaan 

Suami pula terlepas cakap, beritahu akan ke Melaka. Walhal, apa semua tiada dalam perancangan. Sebagai contoh : Lokasi penginapan tiada, itinerary pun kosong, berapa orang nak pergi pun ( suami berkeras nak ajak mak, abah dan adik saya ) . 

Pandangan ain, nak terkena pada kita bukan sahaja dari mata-mata yang mempunyai hasad dengki tau. Tetapi, jika seseorang itu sedih apabila dapat tahu kita mahu pergi bercuti pun boleh terkena ain. 

Berbalik kepada cerita, 2 hari sebelum pergi bercuti di Melaka. Suami jatuh sakit. Cirit-birit, muntah dan demam secara tiba-tiba. Apa yang peliknya, kami seisi keluarga makan di tempat sama. Dan, apa yang saya perasan kan. Tukang masak, memang sakit perut asyik berulang ke tandas. 


Kekecewaan 

Anak-anak saya mula sudah kecewa. Mereka sudah mulai rasa sedih. Saya selaku ibu, memang senyap jer. Tiada sepatah ayat yang keluar dari mulut, apatah lagi bila anak-anak kerap bertanyakan mengenai percutian ke Melaka. 

Sebagai ibu, saya menenangkan anak-anak. Saya beritahu kepada anak-anak bahawa, abah sakit. Merbahaya kepada kita seisi keluarga jika paksa juga abah pergi bercuti. Nasib baik Sara, Wardina, Furqan dan Yusuf faham situasi. 

Puas juga lah fahamkan, terutamanya si kecil yang berumur 5 tahun. Dah jadi pelakon saya ni, untuk fahamkan dia. Hahaha. Janji sampai kan? 


Naluri mak 

Ya. Naluri mak ni lain macam tau! kalau seorang mak dah standby awal-awal, maknanya memang menjadi lah. 

Jika tidak silap saya, 3 hari sebelum bercuti di Melaka. Saya dah beli siap-siap barang keperluan seperti mandian , kopi 3in1, 2 bungkus biskut kering, topup tisu basah dan tisu kering untuk pengembaraan 3 hari 2 malam di Melaka. Gigih lah kan?

Ikutkan, saya adalah orang paling kecewa tau. Sebab banyak barang sudah dibeli untuk percutian tersebut. Maklumlah, kali ni walaupun pergi bercuti hanya dengan keluarga saya sahaja iaitu 6 beranak ni. 

Tetap mahu duduk homestay yang ada 3 bilik di Melaka. Bukan menginap di Hotel sebelum di iaitu Hotel yang ada bathtub di Melaka serta berdekatan bandar Hilir . 


Suami 

Berbekalkan semangat anak-anak dan isterinya. Suami dah kebah dari demam dan sakit tersebut. Iaitu sehari sebelum percutian. 

Sering kali saya berpesan kepada suami. Sakit demam orang lelaki ni kena kuat! tidak boleh lembik. Saya cakap, seorang isteri boleh lahirkan anak secara normal 4 kali, takkan seorang suami tidak menahan dari demam. Mungkin rasa tercabar, dia berusaha juga lah untuk sihat. 

Suami saya ni, sukar nak ikut petua-petua zaman nenek moyang untuk hentikan cirit-birit. Seperti minum air teh pekat. Katanya takut angin! jadi dibiarkan. Cirit-birit disertai muntah di tengah malam non-stop. Memang dasyat lah perginya. Nasib saya tidak hantar ke hospital. 

Waktu siang, saya masakkan sup daging dan suami tidur akibat kepenatan bersengkang mata sebelum dan  membawa sehingga subuh. 


Bertolak ke Melaka

Sehari sebelum bertolak ke Melaka. Suami meminta saya membuat carian di Google dan Facebook group untuk bercuti di Melaka. Alhamdulillah, syukur! 

Semasa suami pulih dari demam. Saya memberitahu kepada suami bahawa, dia dah terkena penyakit ain sebenarnya. Saya ingatkan kepada suami, jika belum berlaku lagi tolong jangan cerita kepada orang lain. Termasuk orang terdekat, apatah lagi orang jauh. Semua boleh terjadi, sekiranya dengan izin Allah. Tidak cepat atau lambat!

Kami bertolak dari Kuantan ke Melaka pada jam 9 pagi. Kami ikut jalan Bahau. Hanya berhenti untuk mengisi minyak dan membuang air kecil jer. Sarapan hanya makan biskut kering dalam kereta. Itu yang cepat sampai di Melaka iaitu pada jam 12.30 tengahari. Harap tiada saman menanti. 


Homestay di Melaka 

Akhirnya, kami jumpa sebuah homestay yang mempunyai kolam renang. Masya Allah, 4 bilik kesemuanya. Aircond di ruang tamu dan 2 bilik. 1 bilik hanya kipas. Bilik loteng, kami tidak gunakan. Agak curam tangganya untuk naik keatas. 

Kami nyaris nak menginap di hotel sebenarnya, memandangkan suami nak mandi kolam secara kerap dengan anak-anak. Jadi, homestay jadi pilihan kami. Syukur! Permulaan tengok dari gambar, macam tidak menarik. Tetapi, kami berserah jer kepada Allah. Jika tidak silap RM 700 juga lah menginap selama 3 hari 2 malam di homestay Melaka.


 Itinerary 3 hari 2 malam bercuti di Melaka 

Hari pertama 

12 : 30 tengahari makan tengahari RM 45.00

 1 : 30 petang Check In Homestay di Bukit Katil, Melaka ( Bersihkan diri, solat, mandi kolam, dan bersiap )

3 : 00 petang Taman Rama-rama dan Reptilia  ( Tiket Rm 166.00 untuk 6 beranak : 2 dewasa 4 kanak-kanak )

6 : 00 petang makan malam di Pengkalan Minyak Ayer Keroh iaitu di Dapoq Ijan Terbakar ( RM 130.00 ) . Rekomen! memang best, kena selera saya dan anak-anak. Cuma suami je tak suka , sebab dalam set ada lala masak Butter. Lain-lain ikan bakar, kerang bakar, sayur kangkung, sotong celup tepung, dan air Jug Laici. 

8 : 00 malam berehat di homestay .


Hari ke-2 

10 : 00 pagi Pergi ke The Shore Oceanarium ( RM 210.00 ) RM 200 untuk kami 6 beranak.  RM 10 tu makanan ikan patin. 

Lost 3 jam, semasa mencari kedai makan tengahari di Melaka. Google Maps bawa jalan-jalan betul dalam bandar Melaka. Hahaha. Sudahnya kami skip jer. Jalan-jalan Melaka kali ni sangat sesak! Makan buah potong jer dalam kereta. Entah lah, nak makan western, tetapi meragukan pula. 

3 : 00 petang - 5 : 00 petang  Dataran Pahlawan  ( beli ole-ole bawah RM 300 termasuk kudapan, dan baju 2 orang anak lelaki. 2 anak perempun beli mainan Kuromi jer )

Malam tidak keluar, kerana ribut petir di Melaka. 


bercuti-di-melaka





Hari ke-3 berada di Melaka 


Selepas subuh - mandi kolam sampai jam 8 pagi. Syok sangat, sebab homestay ada pintu automatik yang mnjaga privasi tetamu homestay. 

11 : 00 Pagi - Keluar dari homestay. 

Okay! tamat itinerary saya selama 3 hari 2 malam di Melaka. Memandangkan kali ni bawa perut, tempat terhad untuk lawatan kami. Tidak pergi ke Zoo Melaka, Taman Buaya dan Repeat di Muzim Melaka. 

Kali ni, buat kali ke-2 kena lagi scam apabila bercuti di Melaka iaitu dengan muzium yang berdekatan Perigi Hang Tuah tu. Masih ditutup lagi. Mungkin disebabkan saya pergi ketika cuti Hari Malaysia, jadinya muzium kerajaan ditutup rapat. Jadi, pergi ke tempat-tempat swasta je lah boleh. Apa pun, seronok je bercuti di Melaka. Ada masa, artikel lain pula menyusul di blog peribadi. Taman Rama-rama dan The Shore Oceanarium Melaka. 


Masya Allah, nyaris tidak jadi bercuti di Melaka semasa cuti persekolahan 2024. Nasib baik, kalau tidak bosan juga duduk di rumah dengan keluarga tanpa ada aktiviti. Tambah lagi, saya baru jer siapkan projek penulisan dari klien Ghostwriter. Jadi, memang perlukan ruang untuk merehatkan minda yang sedikit penat kebelakangan ini. 





Catat Ulasan

0 Ulasan