Bersembang boleh jana idea penulisan juga sebagai terapi

Kebiasaannya, rutin bersembang dengan rakan Ghostwriter hanya  saya berkelapangan sahaja. Tiada projek menulis sementara mahupun kerja-kerja klien telah selesai. Jadi, bersembang adalah satu terapi. Bagi saya bersembang ni bagus, sebab dapat jana idea penulisan lain. Sebagai contoh, tajuk perbualan saya di messenger mempunyai lebih 10 tajuk. Dari sini, saya mungkin dapat siarkan lebih 10 artikel peribadi di blog peribadi. 


jana-idea-penulisan





Semalam bersembang dengan rakan Ghostwriter menerusi messenger. Satu-persatu topik dibincangkan. Walaupun banyak tajuk, pandai pula kawan tu dia short kan setiap tajuk supaya ada isi penyampaian, jadi perbualan kami tidak kosong. Ada input, sebab masing-masing berkongsi pendapat dan pengalaman juga. 


Puncanya dari body mist di stories yang saya muat naik. Kemudian, melarat-larat dan akhirnya jadi 10 tajuk dalam sejam lebih. Termasuk Body Mist, Perfume rumah, bekam migrain , kopi, kecantikan diri : spa ,  Sunscreen, Scrub badan, jeragat, cermin mata, pengalaman bentan, kerjaya penulis upahan atau Ghostwriter dan projek penulisan.

Ni kalau buat artikel, dah jadi lebih 10 artikel dalam blog. Haha.


Introvert boleh bersembang



Saya ni introvert, jadinya susah lah sikit nak bersembang. Bukan sombong, sebab tidak berjumpa dengan individu yang sama cara berfikir dan minat yang sama.  Tapi, kalau kena tajuk. Insya Allah, macam ni lah. Saya suka berkawan dengan individu yang suka bertukar-tukar pendapat, kalau nak ajak mengumpat lari-lari saya jauh. 


Bila kata introvert, saya tidak mempunyai sahabat baik. Entah lah, sebab nak kecilkan circle kot. Sebab belum tentu yang kita anggap kawan, tetapi di belakang sebaliknya. Sering saya meminta kepada Allah supaya dijauhkan dari golongan ini. Jadi, Allah sudah tapis siap-siap dengan siapa saya berkawan dan patut tinggalkan. Allah akan bagi 'hint'. 



Red Flag, jika anda mempunyai rakan :


1. 24 jam bersembang

Ya, bersembang 24 jam akan mengganggu rutin harian korang. Ini kerana bersembang begini akan menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Boleh jadi, perbualan tersebut boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri dan sarang dosa iaitu mengumpat. 


2. Sekadar melepaskan masalah


Sekiranya korang didatangi individu yang kerap bersembang mengenai kisah peribadi sahaja. Dia nak tahu kisah-kisah peribadi dan kejayaan korang. 

Yang ini, sila waspada! ia mungkin trick mereka yang mahu mengorek cerita peribadi korang juga. Silap cerita, boleh mendatangkan hasad dan terkena ain kepada korang. 

Dengan bercerita begini, korang akan membuka apa kelemahan diri sendiri pada mereka. Tidak hairan, sekiranya satu hari mereka akan gunakan cerita tersebut untuk jatuhkan korang jika berlaku perselisihan faham. 


3. Suka padam mesej whatsapp


Dengan berkawan dengan individu begini pun, tidak boleh. Ada tak korang alami situasi begini? ;

Sedang bersembang di whatsapp. Tiba-tiba chat tersebut di padam oleh rakan tadi setelah korang lambat respon. Menakutkan sangat. Kalau sekali, mungkin ok. Tapi, bila terlalu kerap, dah curiga. Lebih pedih, chat yang di padam tadi, korang boleh baca juga. 



4. Update perkembangan semasa


Jika korang update status di media sosial berita gembira , rakan tadi akan segera whatsapp korang dan bertanyakan kesahihan berita. Nauzubillahi min zalik. 


5. Luahan kerja 


Sekiranya korang sering menjadi tempat rujukan rakan-rakan yang sama bidang. 

Sebagai contoh; setiap kali mempunyai masalah hal berkaitan klien. Mereka akan cari korang, tapi jika tiada masalah korang langsung tidak dihubungi. 

Yang ni, kena awal-awal lari ok. Ini paling red flag bagi saya. 

Korang boleh jer layan, tapi dengan syarat. Kenakan bayaran kepada mereka untuk konsultansi. Sebab masa korang begitu berharga. 

Jadi freelancer ni, pelbagai cara untuk jana pendapatan. Asalkan korang mempunyai ilmu, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan.

Setiap jam yang diluangkan adalah emas. Jadi, tidak ralat sekiranya masa, idea dan tenaga korang dihabiskan begitu sahaja.



Kesan dari red flag diatas, korang akan menarik perkara-perkara negatif  disekeliling. Sebab tenaga korang telah dihabiskan kepada rakan itu sahaja. Tiada added value dalam kehidupan korang. Ingat tu! 



Seperti saya, hanya bersembang sekiranya waktu saya berkelapangan sahaja ( seminggu atau 2 minggu sekali bersembang dengan rakan sebab masing-masing sibuk dalam bidang sama ). Sekiranya ada rakan mengajak bersembang di awal pagi, memang saya akan menjawab selepas tugasan Ghostwriter saya siap. Sebab di awal pagi, cas-cas positif banyak disekeliling kita. Jadi, manfaatkan masa dengan tepat sebagai Ghostwriter. 


Tambahan lagi, kerja sebagai Ghostwriter ni perlu kejujuran. Kita ada deadline yang perlu dikejar. Perjanjian yang perlu ditepati. Sekiranya seorang Ghostwriter banyak bersembang, kerja-kerja akan tertangguh dan hasil kerja juga tidak memuaskan di mata klien. 


Feedback Body Mist 



P/S: Mengenai Body Mist tu, rakan tanya mengenai feedback saya. Jujurnya, Body Mist yang dibeli tempoh hari sesuai untuk remaja dan mereka yang sukakan bauan buah-buahan. Yer, dalam dunia marketing sesuatu produk dicipta ada target tertentu mereka. Jika ada orang lain cakap busuk, mungkin ada kelompok berbeza umur  yang mengatakan body mist tersebut wangi. 

Ini juga berdasarkan feedback dari anak-anak saya, 3 orang yang bersekolah rendah.
Bagi saya, selera seorang ibu dengan 4 cahaya mata, sukakan bauan mewah dan candy. Mungkin faktor umur juga mempengaruhi, jika dibandingkan dulu masa zaman bujang suka dengan bauan buah-buahan.


Kesimpulannya;
Dari bersembang yang bermanfaat tersebut dapat jana idea dalam penulisan. Sebab ia komunikasi secara 2 hala. Masing-masing memberi pendapat dan berkongsi pengalaman.



 

Catat Ulasan

0 Ulasan