Jangan tidur selepas Asar

 Dulu masa kecil, mak selalu pesan. Jangan tidur selepas asar, dan juga ketika maghrib berlabuh. Dah besar dan ada anak. Terus lupa dah segala petua orang tua.


tidur-selepas-asar




Tak semena-mena, menggelupur bangun dari tidur tadi. Sebab terdengar suara orang baca Al-Quran di hujung telinga. Ya Allah!


Celik je mata..


"Lah, abang rupanya. Bila balik?"


"Tadi. Malas kejutkan ayang , sebab nampak status kat whatsapp kata penat kan?" Suami membaca Al-Quran betul-betul di tepi telinga saya. Iaitu di sebelah katil, tempat saya tidur.


"Allahuakbar! bang. Ingatkan saya dah meninggal tadi. Sebab balik dari klinik, letih sangat. Ni letak kepala je, terus tertidur. Saya sendiri pun tak sedar bila tidur. Pastu, dengar pula orang bacakan Al-Quran. Belum solat asar lagi ni."


"Oh, pergi lah ambil wuduk dan solat."


P/S: Bila ingat kembali, memang takut sangat jika tak sempat solat dan meninggal. 
Selepas pulang check up 28 weeks 6 days, badan saya rasa lemah. Sebab parking kereta jauh dari Klinik Kesihatan. Itu yang buatkan saya kepenatan seharian. 




La hawla walla quwwata illah billah.

Catat Ulasan

0 Ulasan