Pengalaman Minum Air Gula Klinik Swasta - 28 weeks

 Kandungan ke-5, baru ada pengalaman minum air gula klinik swasta. Jika kandungan lain, sebelum ini iaitu 4 orang anak-anak hanya di Klinik Kesihatan sahaja untuk membuat ujian MOGTT minum air gula. Ini kerana, perut meragam pada tarikh temujanji tersebut. Setiap kali ada temujanji penting, mesti sakit perut. Kali ke-2 temujanji minum air gula pula, muntah akibat keracunan makanan. 


pengalaman-minum-air-gula-klinik-swasta






Temujanji 28 weeks 


Macam sekejap fasa kehamilan kali ini, kandungan dah pun mencapai usia 28 weeks. Maksudnya, saya dah kena ulangi minum air gula buat kali ke-2. 

Paling tak suka minum air gula, sebab utamanya saya akan sakit bila minum air gula. Bukan sakit biasa, terusnya perut sakit dan rasa loya serta pening. 


Kali ini, minum air gula di Klinik berbayar. Ikutkan, saya nak buat je di Klinik Wyko. Memandangkan, saya perlu ke klinik pada hari Sabtu. Klinik Wyko minta datang pada jam 9.30 pagi. Huih, tak menahan nak menunggu lama kalau macam ni. 


Klinik pilihan 


Rasanya Klinik Az-Zahra dah menjadi pilihan keluarga kami jika ada masalah kesihatan. Kali ini, minum air gula pun di sini. Berbeza harga juga, RM 45 sahaja yang perlu dibayar. Berbanding dengan Wyko, tetapi perlu datang sana jam 9.30 pagi. 


Sesuai dengan harga, dan masa kami suami isteri. Klinik Az-Zahra menjadi pilihan. 


Pagi Sabtu, 8.50 pagi minum air gula sebotol. Nak keluar biji mata bila tengok botol besar juga. Tak perasan berapa ml. Pengalaman minum air gula di klinik swasta buat julung kalinya. Haha. Perasa Apple, tapi rasa macam orange. 


Boleh pula doktor tanya sedap ke tak air gula tu? haha. Saya kata, boleh lah. 



Pengalaman minum air gula di Klinik Swasta 


Sebelum saya diberikan air gula untuk di minum. Doktor ambil dahulu darah saya untuk dibawa ke makmal pada hari tersebut. 


"Pekatnya darah awak. Bila last makan semalam?"

"Ye? jam 10 dah puasa." balasku pendek. Dalam hati, dup dap. Takkan darah nak jadi pecah lagi. Seingat saya dulu, masa covid19 darah memang pekat dan pecah. Jadi, bacaan tidak dapat. 


"Nampak macam dah lama sangat awak puasa."


"Entah lah." 



Selepas darah diambil dari pergelangan tangan saya. Sebotol air gula di suakan kepada saya. Sambil diperhatikan oleh suami. 



Jam 10.30 pagi saya ke klinik kembali untuk proses ke-2 iaitu darah diambil. Kata doktor hari Isnin dah boleh ambil resilt minum air gula. 


Bacaan sebelum minum air gula ialah 3.9 


Bacaan selepas minum air gula ialah 5.4 .



Masya Allah. Alhamdulillah, dengan izin Allah tiada GDM untuk kandungan ke-5. Walaupun umur dah pun 3 series, tetap risaukan kandungan gula semasa mengandung. Tambahan pula, saya ni suka sangat minum coffee dan makan manis. Tapi jarang lah. 


p/s : Walaupun lepas kat sini. Tapi, saya masih alami morning sickness yang teruk . Bergilir je dengan suami. Saya dah habis, dia pula sambung. 




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. semoga dipermudahkanNya sepanjang kehamilan hingga selamat bersalin kelak, aamiin

    BalasPadam
  2. wahhh tahniah anak ke 5 dah tu. semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan selamat bersalin nanti. ngeri bila sebut air gula. dulu2 mengandung 2 anak kena minum air gula sebab ada family history diabetes. mujur tak pernah kena GDM masa preg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahumma aamin. Terima kasih Cie.

      Minum air gula semasa mengandung ni antara ketakutan utama ibu mengandung. Hahahah.

      Padam