Rezeki Sempit : Mungkin saya kurang melakukan kebaikan

Ada satu ketika, di mana sales saya stuck atau alami rezeki sempit . Writing services saya slow sangat. Yer lah, bisnes ada turun naik kan?
 
Masa tu sedih lah juga. Mengadu pada Allah sudah. Content dah banyak buat di Facebook, Thread, Blog, dan Stories Whatsapp. 

Kemudian, mengadu juga pada suami. Nangis-nangis sambil bercerita sebab rasa gagal tak dapat sales, memandangkan sudah memasuki pertengahan bulan. 


 
Dalam bersedih tu, ada seorang hamba Allah ni datang kepada saya menerusi Whatsapp. Kenalan juga keluarga suami, dengan status ibu tunggal buatkan saya rasa dalam hati "aku patut tolong dia, walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit."





rezeki-sempit




Aku patut tolong dia


Ceritanya bermula dengan seorang hamba Allah. Beliau seller karipap Frozen. Masa tu sembang di whatsapp, kemudian dia terbuka cerita mengenai karipap Frozen.

 
Saya ni tengah takde duit sebenarnya, sales dah lah tiada ketika itu. Tapi sebab makanan favourite anak-anak dan suami. Terus saya order karipap. Dari bersedih, baik saya makan karipap. Haha. Perut kenyang. Dalam rezeki sempit, keluarkan juga duit dalam tabung kecemasan. Tak minta pun dengan suami, faham pertengahan bulan macam ni, dalam masa sama terliur.


Nak dijadikan cerita, seller ni jauh dari lokasi saya. Tapi, masih dalam daerah sama. Jadi, saya saja-saja kutip order dalam group kejiranan whatsapp. Dengan niat memang nak bantu.

Alhamdulillah, dapat lah 3 order untuk seller tadi. Saya tumpang gembira masa tu, sebab dapat bantu seller tadi.
 
Sampai je karipap keesokan harinya, terus saya menggoreng. Syukur! sedap. Rasa sedih mengenai sales saya tu, dah dilupakan.



Keajaiban dari Allah



Selepas seminggu macam tu, Allah berikan saya rezeki dalam servis penulisan. Masya Allah!
 
Rezeki tak putus-putus masa tu. Seorang klien je, tapi pelbagai servis penulisan yang beliau ambil dari saya. Ini termasuklah servis review di blog, Kelas Basic SEO, dan teknikal SEO. Syukur. Masa ni pun, saya dah  menangis. Cuma, kali ni menangis kegembiraan.


Proses pitching pun mudah. Dari page Facebook, klien menghubungi saya pula melalui whatsapp untuk pembayaran deposit kerja penulisan dan teknikal SEO. Projek ini saya selesaikan dalam 14 hari sahaja. Syukur!




Selepas tamat berurusan dengan klien pertama beberapa hari, masuk pula klien ke-2. Masya Allah, memang saya tak jangka langsung. Yang mana klien ini perlukan servis penulisan SEO artikel juga dan teknikal SEO. Beliau melantik saya secara bulanan bagi kerja-kerja di website milik nya. Tugasan tersebut meliputi suntingan 10 artikel SEO, Teknikal di website, dan audit di website klien.



Syukur kerjaya Ghostwriter ini tak terikat dengan mana-mana klien sekalipun. Sekiranya kerja tersebut selesai mengikut tarik, Ghostwriter dah boleh beralih kepada klien berbeza pula mengikut pengalaman dan kemahiran penulis sendiri. 



 

Pengajaran dari kisah saya diatas;


Mungkin saya kurang berbuat baik kebelakangan ini, atau kurang memberi. Jadi sekali buat Allah membalasnya kembali dengan kerezekian. Masya Allah, dengan izin Allah belaka. Dapat lah saya menyimpan duit untuk tabung bersalin pada bulan Januari 2025 nanti. Allahuakbar! 

Selebihnya saya belanjakan keluarga dan tidak lupa juga mak abah saya selaku tulang belakang . Rasa lebih puas sebab dapat upah dari kerja yang saya minati sejak usaha keras dari  tahun 2000 sehingga kini. 



Pemilik bisnes yang mahukan servis penulisan iaitu menulis artikel di website, boleh cari saya menerusi media sosial di bawah. 



Catat Ulasan

0 Ulasan