Ingat lagi, detik cemas pada tahun 2023 bersamaan Disember ( Jumaat ). Semasa kejadian, saya beritahu suami nak ke rumah mak di Batu Hitam. Tidak pernah lagi saya kalut seperti hari itu. Dan, hari kejadian juga saya meminta suami hantar sebab saya tidak mahu drive sendiri. Bila teringatkan kembali kejadian tersebut, jantung saya berdegup laju.
Buat pengetahuan semua, alarm system ni suami pasang selepas rumah kami dirompak pada tahun lalu. Jenama Bluguard, Ok lah. Pada setiap panel tingkap dan pintu di buat wiring untuk mengawasi keadaan. Cuma itulah, alarm ni kami tidak pasang waktu siang, kecuali ketiadaan orang di rumah sahaja. Dan, pada waktu malam pun pasang.
Alarm system rumah ni boleh di pantau terus melalui smartphone. Jadi, memudahkan untuk membuat pantauan kami. Jika sebarang cubaan pecah masuk berlaku, alarm akan berbunyi bingit dan satu notification akan naik di smartphone suami.
Komen netizen yang menceritakan pengalaman di Thread saya |
Rupa-rupanya alarm system di rumah berbunyi. Masa bunyi tu, saya dah menggelupur sekejap. Yer lah, akhir tahun 2023 rumah pernah di rompak.
"Bang, takkan lagi sekali kot."
Laju tangan suami mencapai smartphone., matikan alarm sistem. Terus buka rakaman CCTV.
"Meh sini, ayang tengokkan. Awak drive je."
Selepas 2 kali rakaman diteliti oleh saya. Tiada penampakan kelibat manusia.
"Bang, takkan false alarm system kot. Ada ke gitu?"
Berkerut dahi suami tika ini.
Setelah 2 jam berlalu.
Kami sampai ke destinasi. Kemudian, bunyi lagi sekali alarm system. Menjerit lagi siren di smartphone suami.
"Bang, betul ke ni alarm rumah kita?"
"Rasanya angin kuat sangat. Jadi, alarm system berbunyi. Dia detect."
Perggh~ dia punya jawapan baru sekarang saya dapat tau. Penat je otak loading tadi, risaukan keselamatan di rumah.
Buat pengetahuan pembaca, saya tidak tahu mengapa rumah saya menjadi sasaran perompak. Sedangkan rumah saya bukanlah rumah mewah. Hanya duduk di taman perumahan kos rendah. Tiada barangan berharga.
Tingkap rumah yang pernah dimasuki pencuri tahun 2023 |
0 Ulasan