Braxton Hicks pada 30 weeks kandungan

 Bila perut terasa kurang pergerakaan baby. Terus saya periksa kembali kalendar kehamilan. Rupa-rupanya, perut saya sudah memasuki 30 minggu. 


Masya Allah, syukur! dah masuk trimester terakhir rupanya kandungan ini. Berbalik kepada cerita, pergerakan bukanlah kurang sebaliknya tidak terasa sangat disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti suri rumah dan Ghostwriting di  siang hari. Jadi, sebagai ibu kita lah rasa. Bila dikira semula, tendangan memang cukup 10 kali sehari. 



Saya perasan, dalam artikel di tahun 2019. Di ketika itu saya pernah mencatat kenangan , di mana saya pernah di tahan wad pada 30 minggu kehamilan selama 2 malam di HTAA ( Hospital Tengku Ampuan Afzan ) . 

How to get pregnant fast untuk tahu lebih info mengenai panduan untuk mengandung buat kali pertama.




DEXAMETHASONE 


Oleh itu, saya menerima 2 suntikan matangkan paru-paru baby. Suntikan tersebut dilakukan pada anggota tubuh iaitu pada bahagian punggung. Biasanya staff nurse akan panggil dengan nama pendek iaitu Dexa atau nama penuhnya adalah DEXAMETHASONE. 


Disebabkan kejadian , terpaksa menahan sakit. Segelintir staff nurse cucuk tidak sakit. Ada yang cucuk punggung, terlalu sakit. Ini bukan  ibu tersebut kurus dan sebaliknya. Ia terletak kepada kedudukan suntikan. Bagaimana nurse yang menggendalikan proses tersebut. 


Pengalaman saya sudah 2 kali dengan Dexa. Iaitu pada tahun 2012 dan 2019. Ada yang selepas saya menerima suntikan, rasa gatal-gatal dan pedih. Ia disebabkan tahap kepekatan dos tersebut. 


 


Braxton Hicks pada 30 weeks


Braxton Hicks adalah kesakitan pra bersalin. Kesakitan ini mengajar ibu-ibu mengandung supaya bersedia sebelum contraction bersalin yang sebenar berlaku. 


Harus ingat.. setiap ibu, serta kandungan berbeza rasa braxton hicks menyerang. 


Wah, nasib baik pernah catat dalam blog. Kandungan 30 weeks sudah pernah kena braxton hick  . 


Pada ketika ini, sudah ada tanda-tanda Braxton Hicks saya miliki. Antaranya :


1. Pinggang sakit 


Terjadi disebabkan saya berdiri terlalu lama untuk memasak. Bagi meredakan kesakitan tersebut, saya brbaring sahaja sehingga tertidur. Dek kesakitan , terus tertidur selama sejam. 


Kadang-kadang, anak-anak yang akan menyapu losyen pada perut dan bahagian pinggang saya bagi melembutkan otot yang tegang. Syukur! lega. 


Mesti ada tertanya kan? mana suami. Kenapa suami tidak bantu sapu losyen? 

sebenarnya, untuk perkara ini saya tidak sukakan suami menyapu losyen, sebab tangannya kasar. Lelaki! nanti makin sakit jadinya. Tapi, suami saya boleh di harap untuk mengurut setiap kali kaki saya mengalami kekejangan dan lenguh. Yang ni, ok sesuai untuk tugasan suami. 


2. Mengeras 


Perut dah mula belajar mengeras sejak kandungan memasuki 28 weeks. Memasuki 32 weeks, mengeras semakin kerap berlaku kepada kandungan saya.  Pantang silap duduk, dan berbaring. Sama ada terlentang, mengiring ke kanan dan ke kiri, perut mudah mengeras. 


Perut mengeras ni, saya akan meminta anak-anak sapukan losyen. Rujuk nombor 1. 


3. Ngilu 


Seakan rasa ngilu di bahagian miss V dan tulang peha. Entah lah, ini yang boleh saya gambarkan. Ada masa tertentu je sakitnya. 


4.  Senggugut


Ya Allah! ingatkan dah tiada rasa senggugut sebab mengandung. Rupanya masih ada lagi. Cuma rasa senggugut ni sakit. Dia mild, halus-halus je sakitya. Dari bawah perut sehingga ke peha. Ini rasa sakit yang saya alami. Sakit macam ni, biasanya jalan baru nak buka untuk proses bersalin. Entah lah~


Tiba-tiba teringatkan kisah mengandung Soffea, kandungan ke-2. Rasa senggugut tengahari, sakit tu menjadikan saya berpeluh-peluh kemudian hilang. Rupanya, saya dah terberak tanpa sedar. Seketul dah keluar dalam panties. Mujur nak mandi solat Zohor, nampak. 


Malam tu juga, saya bersalin. Pergi ke PAC dah 5cm, sampai ke labour room fully OS ( sementara menanti proses sempat fully ). Amalan minum milo beserta planta. Bukaan jadi cepat untuk proses bersalin. 



Itu jer lah kot tanda-tanda braxton hicks yang saya alami kali ini. Dari 30 weeks hingga 32 weeks. 


Check up Klinik Kesihatan baru-baru ini, staff nurse beritahu kepala baby dah memang bawah sangat. Saya pun terkejut, sehinggakan doktor terpaksa check bukaan dan periksa keputihan saya juga. Alhamdulillah, tiada bukaan dan doktor mengambil lagi sample keputihan. Memandangkan kandungan no 1 adalah GBS, kandungan ke-4 keputihan biasa yang telah membahayakan baby Yusuf ketika itu. 


Katanya doktor, keputihan yang akan menyebabkan kelahiran pra-matang. Betul kata doktor tu, mengikut pengalaman sendiri. Sudah 2 kali saya saya bersalin pada 35 weeks kehamilan . Manakala, 3 orang anak lain adalah sekitar 36 weeks dan 37 weeks. Sekali pun, kandungan saya tidak pernah sampai ke 40 weeks.



Lain - lain :


Oleh sebab braxton hicks terlalu kerap berlaku, maka saya bersiap siaga dengan kelengkapan ke Labour Room . Hari tu beli di Tiktok Shop, 1 Set untuk ibu dan baby di Labour Room bernilai RM 220 . Ok sangat! puas hati dah tidak pening kepala nak cari satu persatu.  Kelengkapan tersebut saya dah siapkan dan masukkan dalam bonet kereta untuk sebarang kemungkinan. 


Kemudian, stokin panjang pun saya beli juga. Ikutkan memang sayang duit nak membeli, RM 38 sepasang tapi itulah tidak sanggup kekejangan kaki lagi semasa mengandung dari 25 weeks. Nanti boleh sambung berpantang pula. 


Set Tangas 


Alang-alang ada keputihan sewaktu mengandung, saya pun beli juga set tangas. Bahan-bahan termasuk garam bukit dan bunga mawar kering. Ok sangat selepas buat rendaman miss V. Keputihan hilang untuk beberapa hari. Boleh sambung guna dalam berpantang juga nanti. 



Tungku 


Memandangkan nanti berpantang dengan baby dan anak 5 tahun. Jadinya, memang terpaksa ambil tungku mudah. Nak guna duit sendiri, memang sayang. RM 277 batu bertungku Mathika ni mujur suami bayarkan. Sebab dia tidak mahu lagi saya bentan seperti berpantang dulu. 


Tapi ok sangat tungku Mathika. Paling penting tidak perlu bakar batu atas api dapur lagi. Plugin sahaja, 40 minit dah panas. Berbaloi beli, sebab penghuni rumah saya ni ramai yang sakit-sakit lenguh. Jadi, ada lah juga kegunaan seisi keluarga. 



Secara kesimpulannya, braxton hicks akan menyerang pada usia 3 trimester kehamilan pada ibu-ibu mengandung untuk latihan awal sebelum rasa Contraction Pain yang sebenarnya. 



Catat Ulasan

0 Ulasan