Staycation di Swiss Garden, Kuantan makbul!

  Ulang tahun ke-36 di tahun 2024, pada tarikh 25 November. Sambutan kali ini, tiada kek. Cumanya, ada beberapa kejutan dari suami. Masya Allah, syukur sangat! last minit, suami ajak check in di hotel berdekatan dengan kediaman saya iaitu staycation di Swiss Garden Beach Resort Sungai Karang, Kuantan Pahang. 

staycation-di-swiss-garden

Memandangkan, kandungan saya sudah mencecah 34 weeks. Jadi, suami tidak berani nak bawa bercuti luar dari Pahang. Cukup berdekatan. Tambahan lagi, saya ni berisiko bersalin awal jika ikutkan sebelum ini sudah 2 orang saya lahirkan  anak pra-matang pada 35 weeks. Perut sekarang pun dah kerap mengeras.


Pilihan hotel 

Memandangkan kediaman saya berdekatan dengan hotel-hotel, jadi memang tiada lagi pengalaman menginap di hotel dalam Kuantan. Maklumlah, penduduk di situ. Tidak terlintas mahu bermalam di Hotel. 

Setibanya suami pulang dari bekerja hari Sabtu pada sebelah petang, suami meminta untuk saya membuat pilihan hotel mana yang menjadi pilihan untuk bermalam. Antara Hotel Adena dan Swiss Garden. 

Hotel lain juga ada berdekatan antaranya Mandurah Hotel, Villa In, Timur Bay dan Swiss Bell Hotel Residences . 

Sekiranya pembaca ingin tahu, hotel di Kuantan saya sebutkan di atas semuanya berdekatan pantai. Jadi, best ada swimming pool dan juga pantai sekitar kawasan. Pelancong luar dari luar Daerah dan negeri mesti suka kan pantai? 


Hajat di makbulkan  

Di zaman persekolahan, saya bersekolah di Sekolah Menengah Beserah. Sering berkata di dalam hati, alangkah best dapat bermalam di hotel Swiss Garden Sungai Karang. 

Sekiranya korang nak tahu, jarak sekolah saya dengan hotel tersebut jauh beberapa meter. Selepas sekolah, baru jumpa Swiss Garden tu! 

Seingat saya, sekitar tahun 2000 kot. Swiss Garden menjadi sebutan penduduk kampung di situ. Boleh dikatakan hotel mewah pada zaman tersebut. Itu yang membuatkan saya sentiasa berangan nak bermalam di sana. Tapi, apakan daya. Saya di kalangan keluarga orang miskin ketika itu. Mana mungkin dapat duduk bermalam di sana. 


Walaupun rasa macam tidak mungkin terjadi, sentiasa saya sematkan di hati. Satu hari mesti aku dapat bermalam di sana ( Swiss Garden ). Tanpa mengetahui bila dan bagaimana caranya untuk mencapai hajat tersebut. 



 Akhirnya, hajat saya Allah perkenankan di tahun 2025 pada usia 36 tahun bersama suami dan anak-anak. Masya Allah! macam magik kan? suami tawarkan saya dan anak-anak untuk staycation di hotel dan saya memilih Swiss Garden sempena ulang tahun kelahiran saya. 


Allah izinkan terjadi! mungkin pada orang lain, biasa je kan? tapi tidak pada saya. Ia suatu hajat saya diperkenankan oleh Allah sejak zaman bersekolah untuk menginap di sebuah hotel yang pernah popular satu ketika dahulu. Kun Fa ya kun! Staycation di Swiss Garden, Kuantan. Ikutkan, terlalu dekat macam tidak best kan? tapi itu lah, syukur tambah lagi jatuh pada ulang tahun birthday pada November. Itu istimewanya pada saya, rezeki baby dalam perut juga.  


Semoga Allah lipat gandakan rezeki suami saya lagi, dengan rezeki yang berkat. 



Berapa kadar harga semalaman di Swiss Garden Beach Resort


Kadar harga secara walk in  di Swiss Garden petang itu adalah RM 497.75 . 


Dengan 2 unit single bed . Alhamdulillah, boleh lah menampung anak-anak kami seramai 4 orang. Selebihnya, saya bentangkan toto di bawah. Sementara katil di cantumkan menjadi satu katil yang besar. 



Apa lagi ada dalam pakej Swiss Garden


1. Paling saya suka, apabila pada skrin TV bilik hotel di tulis nama Guest Hotel. Rasa macam appreciated, walaupun bukan nama saya sendiri. Nama suami sahaja, sebab dia yang buat pembayaran dan daftar hotel.


2. Siaran TV pun menarik. Ada banyak pilihan, terutamanya dari Astro dan HBO serta lain-lain. Tv menjadi lebih menarik, apabila ia menggunakan sistem apa ek? tengok movie pun puas hati, sebab nampak real pelakon tu dalam TV.  Hahaha. Naif je saya ni. 


Tempat pelancongan sekitar Kuantan juga ada dalam TV tersebut.


3. Dalam TV tersebut juga kita boleh tengok berapa bil bilik. Ada dicatatkan nombor bilik, nama Guest, suhu cuaca Kuantan di situ. Ok! 


4. Sarapan : Harga dibayar termasuk sarapan percuma untuk kami berdua. Manakala, untuk anak-anak sepatutnya ada bayaran. Tapi, rezeki dapat percuma untuk anak-anak. Sebab katanya staff di situ hari terakhir kami hari tersebut, setelah melihatkan perut saya yang sedang sarat. Ehehe, terima kasih staff Swiss Garden. Moga urusan awak dipermudahkan Allah rezeki lancar sebab mudahkan urusan kami sekeluarga. 


5. Kelengkapan lain-lain :

 Mandian  : seperti syampu rambut, badan, pencuci tangan dan losyen badan semuanya lengkap disediakan oleh Swiss Garden. Saya suka sangat dengan losyen mereka. Wangi sangat! nak kena cari juga 'White musk'. Hair Dryer power! 


Minuman : Nescafe dan Lipton. Creamer dan gula putih. Turut disediakan Kettle, peti ais kecil.


Aircond hotel berfungsi baik. Segala plug sangat banyak, puas hati! mudah nak mengecas smartphone dan buat kerja guna laptop, sebab ada plug untuk HDMI juga di sana. Wifi memang laju. 


Pemanas air dalam tandas sangat function! saya suka sangat. mandi dah tak nak keluar tandas, sebab pemanas air function teruk. Sesuai musim tengkujuh, mandi air panas yang function.


Perabot yang baharu. OK sangat! cuma ada sedikit bauan rokok di sudut hujung katil saya. Benci! 


Selepas 20 minit kami duduk berehat, receptionist dah call untuk dapatkan review Guest Hotel. Nasib baiklah tidak bercakap dengan saya, kalau tidak saya dah complain mengenai bau asap rokok di sudut hujung katil iaitu berdekatan almari. Suami memang tidak merokok. 


6. Rules Swimming di Swiss Garden :


Yang ni, kesian kat anak-anak. Salah mama dan abah juga. Sepatutnya kalau hotel macam ni, kena pakai swim suit. Anak-anak hanya bermandi manda kurang dari30 minit sahaja. Memandangkan slide tidak boleh bermain, ada staff yang menjaga di sana. Sedih! 


7. Sarapan :

Sangat berpuas hati dengan sarapan dari Swiss Garden Hotel, Kuantan. Kerana terdapat banyak aneka pilihan makanan seperti roti, pastries, bihun goreng, mee sup, bubur ( macam McDonalds ) , omalete sedap, mushroom soup, dessert, dan buah-buahan seperti tembikai, nenas, tembikai susu, dan betik ( tembikai merah dia manis, Ya Allah. dah lah saya mengidam tembikai merah ) . Dan lain-lain western : sosej, hamburger slice, salad, keju slice dan yogurt. 


Paling best, ada mesin kopi. Memang tidak pandang dah fresh orange yang ada buat kaki kopi. 


Overall kami seisi keluarga berpuas hati dengan harga yang ditawarkan untuk semalaman di Swiss Garden. Anak-anak saya yang tidak berselera makan setiap kali ke mana-mana hotel pun jadi berselera dengan sarapan di Swiss Garden. Syukur! 



8. Pemandangan bilik dari Balkoni : 


Paling penting, selesa untuk bermalam. Tiada gangguan bunyi pada malam hari. Yang ni approved! bilik 8281 , bilik berhadapan kolam yang ada balkoni. Dari kejauhan sudah nampak pemandangan pantai selain kolam. 



9. Bell Boy 


Kami di sapa oleh bell boy. Staff hantar ke bilik, tanpa kami berpenat angkat beg. Swiss Garden pun besar juga.  Syukur! walaupun kami guest berdekatan, beg kami bawa ok! haha. Banyak lah juga. Malas nak balik ambil pakaian dah, walaupun rumah dekat. Tambah lagi, musim hujan nak berulang. 


Dah gunakan Bell Boy tu, kami berikan sedikit tip kepada staff hotel bagi perangsang untuk staff bekerja pada malam itu. Dalam rezeki kita, pastinya ada rezeki orang lain sebenarnya. 



Masya Allah. Dengan staycation di swiss Garden mampu dah hilangkan stress bekerja suami, manakala saya menguruskan anak-anak dan terapi mereka ( anak-anak )  juga walaupun hanya semalaman sahaja menginap di Swiss Garden Hotel, Kuantan. 



staycation-di-swiss-garden





 





Catat Ulasan

0 Ulasan