Akhirnya, saya dah tukar debit card Maybank. Kategori tukar debit card ada 3 pilihan. Iaitu chip kad rosak, debit card hilang dan debit card expired. Jadi, saya tukar debit card kerana hampir expired. Ikutkan, memang tidak tahu bila mempunyai masa untuk keluar. Maklumlah, tengah sarat 34 weeks. Memandu pun dah tidak mampu lagi, memandangkan perut kerap mengeras. Perut dah mula berat, Braxton Hicks pun dah kerap muncul . Masya Allah. Bagaikan orang di sorongkan bantal sebenarnya saya ni. Di hari Ahad, Ayah dan mak ajak keluar. Jadinya, terus ke bank.
Masya Allah, syukur tidak terhingga. Sementara suami pun sibuk kebelakangan ini, saya minta izin suami untuk keluar bersama keluarga pula. Dah alang-alang kan? cumanya, 3 orang lagi anak terpaksa tinggal di rumah sendirian, tanpa pengawasan suami. 3 jam sahaja masa diambil.
Bila saya keluar, macam-macam permintaan dari anak-anak. Minta belikan aiskrum magnum, air susu kotak, dan buah-buahan. Ok, mama approved untuk awak semua. Demi anak-anak. Siapa yang tidak sayang.
Kat Mana Nak Renew Debit Card Maybank di Kuantan?
Sebelum keluar, saya dah Google dulu cawangan yang ada mesin kiosk Debit Card tu. Kalau tak, memang membazir masa juga lah pusing 1 Kuantan. Dah lah musim hujan bulan Disember 2024. Malas nak berlamaan di luar rumah. Lebih seronok duduk di rumah.
Rupa-rupanya, mesin Kiosk untuk renew debit kad Maybank hanya terdapat di Jalan Bukit Ubi Kuantan sahaja. Aiseh! mujur sangat. Kalau tidak, saya fikirkan cawangan terdekat iaitu di Jalan Beserah. Oh, bukan!
Tepat jam 11.30 pagi, kami 3 beradik tiba di cawangan Maybank Jalan Bukit Ubi Kuantan. Tidak sesak pun. Sebab mesin tu di hujung sekali, tidak bercampur dengan mesin keluarkan duit. Tambahan lagi, cuti Ahad.
Cara Renew Debit Card Maybank di mesin Kiosk?
1. Pergi ke mesin, saya pilih Bahasa Malaysia dan masukkan debit card lama.
2. Tunggu pengesahan kad. Buat pilihan kad. Di skrin ketika itu hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu Kad gambar ceri dan Kad gambar pemain Bola.
3. Masukkan Kad Pengenalan, letakkan ibu jari seperti dipinta di skrin mesin.
4. Apabila sudah disahkan, angkat ibu jari. Keluarkan kad pengenalan.
5. Kad baru di keluarkan oleh mesin. Sementara kad lama, sudah di ambil oleh mesin.
6. Cetak resit. Siap!
p/s : Saya memilih kad pemain bola. Bosan pula asyik gambar ceri kan? nanti nak kena hadap selama 7 tahun kad tu. Expired kad pada 11 / 32 . Alhamdulillah!
Cara untuk mengaktifkan kad debit gantian?
Pengaktifan debit card boleh dilakukan melalui saluran berikut:
Laman Web Maybank2u (maybank2u.com.my):
Log masuk ke laman web Maybank2u
Pergi ke Tetapan > KAD > Urus Kad Debit > Aktifkan
ATM Maybank:
Masukkan Kad > Pilih Bahasa > Masukkan PIN >
Pilih Transaksi Lain > Perkhidmatan Lain > Skrin Seterusnya > Pengaktifan Kad
Alhamdulillah, dah siap semuanya. Dari tukar baru debit card yang dah hampir expired dan juga aktifkan debit card Maybank.
0 Ulasan