36 Weeks dah bersalin - Nombor 5

36 Week dah bersalin. Percaturan Allah adalah yang terbaik. Namun, saya bersyukur bersalin kali ini dipermudah. Kronologi bermula dari temujanji di Klinik kesihatan pada hari Rabu bersamaan 11 Disember 2024. 


Temujanji pada 36 week, alhamdulillah. Kandungan kali ini sudah melepasi 35 weeks. Rasa gembira sangat! sehinggakan nurse di KK pun ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi. Kelakar kan? Nurse di bilik 15 baik sangat tau. Sentiasa menjaga patient nya. 



Contraction 


Bermulanya contraction ketika menunggu giliran untuk scan baby pada 36 week. Dek kerana duduk terlalu lama, maklumlah mesin scan perut rosak di bahagian Ibu dan Anak. Jadinya, saya perlu ke bahagian pesakit luar dalam Poliklinik Beserah yang sama. 


Artikel lain : Braxton Hicks 30 weeks menyerang 


Lama menunggu, menyebabkan saya ingin ke tandas. Sekali pergi ke tandas, terpaksa berpaut pada dinding klinik untuk ke klinik. Ha, dah bongkok pun ye juga berjalan sambil mengampu perut. 


Tiba giliran dipanggil, doktor pakar tanya saya. 


"Awak ok ke?"


"Saya ok doktor. Biasalah Braxton Hicks ni."


"Eh, awak jangan. Saya takut ni contraction betul. Kang awak bersalin kat klinik ni." Doktor wanita yang mesra pelanggan.


"Saya tengok perut puan dalam scan, saya nampak air ketuban banyak. Puan tahu? jantina anak pun dah clear, lelaki. "


"Err, yeke? berat baby berapa?"


"2.7kg sekarang. Kalau bersalin pun dah ok ni. Berat melepasi, kalau bersalin hari Contraction awak macam mana?" 


"Ala doktor hari ni ke? Saya takde tanda lagi ni."


"Awak nak bersalin kat rumah ke? nanti awak pergi ke bilik 13. Check jalan ye. Sebab awak cakap mengeras dah 3 malam kan?"


Selepas urusan siap dalam bilik scan, saya ke bilik 13. 


Ketika ini, saya sudah menggigil. Takut! Sebab tak bersedia lagi nak bersalin, nak makan puas-puas, dan masih berkira-kira mahu tambah shopping baju baby.


Ambulans datang


Dipendekkan cerita, nurse dan doktor yang berada di Klinik kesihatan mengarahkan saya ke hospital dengan menaiki ambulans. 


Ya Allah! lagi bertambah takut saya. Kata doktor yang membuat pemeriksaan bukaan ( VE ), katanya kemungkinan kepala baby berada di bawah. Sebab sudah nampak warna hitam seakan rambut dan kepala baby. 


Saya? menggigil ketakutan. 

30 minit menunggu, akhirnya ambulans sampai dari Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA). 


Kali pertama menaiki ambulans dari KK ke hospital. Masya Allah, menakutkan. Nurse yang mengiringi saya siap berpesan supaya menahan perut ( ampu perut dengan tangan)  untuk elakkan risiko terbersalin dalam perjalanan . Syukur! Saya tak bersalin dalam ambulans. 


Naik wad


Disebabkan bukaan 4cm ke 5cm dan tiada  tanda-tanda mahu bersalin, saya dimasukkan ke wad ibu mengandung. 


Macam biasa, saya high risk. Jadinya saya ditempatkan di tingkat atas. 


Malam yang sama, naluri saya mengatakan dah nak bersalin. Jadi, serah diri kepada doktor untuk check bukaan. Ya! tepat sekali, jam 8 malam dan bukaan sudah pun 5cm .


Memandangkan labour room penuh pada malam itu, saya terpaksa menunggu sehingga 11 malam. 


Labour room


Doktor pakar lelaki, bantu saya percepatkan proses bersalin dengan pecahkan ketuban. 


Masya Allah, rasa lega selepas air ketuban keluar. Doktor pun terkejut, air ketuban saya terlalu banyak sehinggakan doktor bermandi air ketuban saya. 


Katil terpaksa dicuci, tukar alas sekali. Air ketuban saya dah buat seakan banjir, sehinggakan lantai pun basah. 


"Awak tak tahu ke ketuban banyak?"


"Tak. Masa scan siang tadi di KK, doktor sana macam was-was pasal air ketuban saya. Dan tanya pasal sejarah kencing manis. Saya takde semua tu."


"Saya dah pecahkan ketuban awak. Nampak baby masih tinggi. Jadi, ketuban awak betul-betul kering, baru mudah baby turun. Anggaran saya, jam 4 pagi awak bersalin." 


Ketika ini, saya sedih lah. Rasa macam down sekejap, sebab ingatkan dah nak bersalin sangat. 


Dalam hati, tak tinggal baca ayat Yunus dan surah At-Taubah ayat 128-129. 


Dipendekkan cerita.


Saya bersalin pada 1.43 pagi 12.12.2024 .


Tiada jahitan, mungkin asbab makan D Aura softgel kelapa dara pada 30 weeks. Ikutkan risau juga, sebab doktor godek macam ayam. Seram kan?


Push 3 kali, baru keluar baby. Itu pun, setelah doktork induce drip untuk datangkan contraction kuat. Dan, ketika itu saya hampir pengsan sebaik baby keluar.


Jutaan terima kasih buat doktor dan staff nurse yang bantu saya keluarkan baby pada 12.12.2024 jam 1.43 pagi. Serius! kali ni, tenaga saya takde. 


Ikutkan nak je C-zer, staff nurse tak beri. Katanya sayang sangat, memandangkan anak saya 4 orang semuanya bersalin normal. 


Doktor bantu tekan perut saya bagi mudahkan baby keluar. 


Masuk wad, saya dah tak boleh bangun sebab takde tenaga. Dah minum dan makan pun, masih. 


Jam 4 pagi, baru lah saya di hantar kembali ke wad ibu bersalin. Selepas melihat saya stabil. Dalam buku, doktor ada remarks Mild anemia. 



NICU 


Baby  tak sempat nak lakukan skin to skin dengan saya. Sedih! tapi reda. Staff tunjukkan jantina sahaja dan, ada sesuatu yang abnormal pada baby. 


Nanti saya sambung cerita pada artikel seterusnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan